Monday, November 29

hotel 'berBAU' at affordable price.

ok, siapa ingat entry aku pasal hotel lok pin? tak ingat? tak pernah baca? gi refresh memory anda di entry ONE NIGHT underSTAND. siap ada 3 episod lagi entry tu. aku bagi satu link je. yang lagi 2 episod, godeh sendiri. memang tak boleh blah.

so, ayah aku dah trauma dengan experience book hotel through internet. pada dia semua penipu je. letak gambar nak cantik je, bila pergi hampes hotel nya. tadi mak suruh aku cari hotel sebab faiz dah busy uruskan convo dia, tak sempat nak gi urus hotel.

so, medium apa je yang aku boleh guna melain kan internet kan? aku pun search lah. tertarik dengan laman booking ni, nama dia booking dot com anyway, area shah alam, banyak gila hotel dah penuh. i mean hotel yang within our budget lah. takat 3 bintang gitu. sebab aku rasa kalau hotel 4 bintang ke atas macam concorde ke, grand bluewave ke, maybe available lagi kut, tapi mahallll mak aih sampai 300++ untuk per night stay.

aku usha hotel ni, nama dia prescott hotel. 3 bintang. standard dia ala-ala seri malaysia rasanya. located kat klang approximately 15 minutes drive kalau tak jammed. aku amik 2 bilik superior, price 99 not including taxes, dengan 1 bilik deluxe 108 not including taxes gak.

senang gila nak book, guna credit card details. aku takut nak buat decision sendiri, so aku suruh la mak check out pictures of the hotel. yelah, takut pisang berbuah 2 kali, mati aku kena sembelih ayah. hahaha. kalau tak baca entry hotel lok pin tu memang takkan faham. haha. anyway, mak kata macam ok. yelah, hotel 3 bintang harga 99 macam reasonable sangat.

mak pun takut gak. so mak try call ayah. tapi tak dapat. maybe ayah tengah meeting. meanwhile masa tengah tunggu nak call ayah, asyik keluar notofication je yang a book has been made the past hours, bla bla. kat booking.com tu, bila ada orang lain booking, dia keluar notification. so mak macam cuak takut hotel penuh. so mak terus suruh aku book.gejoloh!

aku lak tak explore lebih-lebih site tu. terus je book guna credit card details mak. lepas dah book tu tiba-tiba baru nampak column guest review. huk aloh? nape aku tak nampak tadi? aku pun go through reviews tu. aku jumpa ini,



macam biasa, kalau rabun, sila klik untuk gemukkan dia.



mati aku weih. hotel ni berbau ke? hadui lah kenapa aku tak baca dulu. dah lah tak boleh cancel booking. kalau cancel kena bayar nilai yang di offer tu. so memang no turning back lah kan?

tiba-tiba mak panggil aku. ayah call mak and ayah freak out gila sebab aku tempah hotel guna internet lagi. dia fobia gila kut. dia siap cakap, "apesal nak kecoh-kecoh? kl bukan jauh sangat" dia nakkk jugak stay hotel yang kitorang selalu stay, hotel wira dekat dengan PWTC tu.

tapi kalau aku compare, hotel prescott ni macam lagi ok dari hotel wira. tapi dah ada review hotel berbau ni, aku pun tak tau lah. tapi ada 50 reviews je. and ada je yang cakap clean and comfortable. susah nak cakap. itu review masing-masing kan?

bila ayah freak out, mak lagi lah freak out. mak macam nak suruh aku cancel. aku cakap tak boleh sebab nanti kena bayar. punya lah mak takut dengan ayah.. "alang long kalau setakat 300 lebih tu mak tak peduli lah. biar burn daripada mak kena marah, terus terang mak cakap" heh? sampai camtu sekali lak.hebat betul aura ayah.

mak ni pun satu, tak percaya aku lah tu. sanggup hilang 300 asalkan ayah aku tak mengamuk. yang tak boleh blah, mak tanya aku, "long, bilik hotel ni ada bilik air kan?" hahahaha. ni semua gara-gara hotel lok pin yang bengong tu. bilik air nak kena kongsi dengan mak yang bukak bisnes kat hotel tu. mak ayah aku sampai trauma nak tempah kat internet.

tapi tadi idin call aku, dia kata dia tanya kawan kembara dia si izo tu pasal hotel tu. izo kata ok. aku macam relieve. sebab bila izo kata ok tu makna nya hotel tu orang tau lah kan? bukan sekadar hotel cokia yang tak dikenali, tempat mak nyah buat jualan jumbo menjelang hari minggu. hahahaha.

cuma idin suruh aku call balik hotel tu. sekali lagi idin lak takut kan ayah. "kau baik call. karang kita datang biliknya tak ada macam mana? internet internet ni bukan leh caya sangat" urgh. semua pun nak insecure yang menyebabkan aku insecure gak. tapi betul gak. karang kalau bilik nya tak ada, aku mati disalai oleh ayah.

so, aku pun call hotel prescott tu nak confirm kan booking aku. opinion aku, service dia ok. aku sebut je nama aku terus dia mention yang aku booking 3 bilik. hahaha. aku siap bersyarah sebelum request nak check booking aku "saya nak check booking saya tu dah masuk ke belum. yelah book kat internet ni tak boleh rely sangat. karang tak ada room saya nak tidur mana? loby?" ok, pompuan yang layan aku tu gelak je. boleh lah dia gelak, cuba dia face to face dengan aku, harusss dia irritate dengan aku.

then aku confirm terus berapa kena bayar sebab price yang dia state tu bukan nya nett. so untuk bilik superior tu all in dalam rm114. yang bilik deluxe tu lak all-in rm125. mak nak request government tax lah plak. aku rasa kalau book kat internet ni macam tak ada government tax bagai nih. tapi mak suruh tanya, aku pun layannn.

"oh, kalau i offer u the government tax ni lagi mahal harga dia, dalam Rm155. "

"oh macam tu, so harga yang i dapat ni being offered by booking.com lah eh?"

"haah. kita ada advertisers. so up to them lah nak bagi pakej and price macam mana. diorang dah ada deal dengan hotel. so, thats why harga differ"

oh, gitu rupanya ek? makna nya kan, tempah kat internet ni lagi murah wei. sebab dia bagi kau macam-macam offer. advertisers nya banyak. masing-masing mesti nak compete. so yang untung nya, kita lah! aku stumble accross booking.com dulu. bila aku explore lagi, ada satu site yang handle booking untuk hotel prescott ni, dia offer rm87. huh. rugi di situ. tapi takpela. dapat jimat sikit daripada original price from the hotel. 155 tu weh. 160 dah boleh stay kat grand blue wave. lagi kelasss nyah!

ok, berikut adalah gambar yang buat aku terpesona dengan hotel prescott ni.












gambar hotel prescott sumber dari: [link ini]


haa, macam mana? kalau korang jadi aku tak terpesona ke? hotel standard, harga affordable. tak pe. ini gambaran yang dia bagi dalam site. esok aku amik gambar hotel nya. kita nanti kan jelah. sama ada hotel ni indah khabar dari rupa or memang totally superb!

p/s: aza, jum ikut gi convo esok. stay dengan kitorang. along takut lah tidur sorang. dah ajak ira tapi dia segan lak.

3 comments:

Anonymous said...

this htel qte good...takde la bau bgai...bsar dan selesa..prnh stay sna tok cnvo gak

cik nurulain said...

really? wow. great great. lega sikit rasa... :)

dania said...

haha.. aku duk kat homestay kat kulim pon menarik. rumah 4 bilik rm200. fully furnitured.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails