Monday, November 22

jogging VS anjing.

semalam petang aku berjaya menjogging kan diri aku sementelah mengenang nasib diri yang dah meningkat berat. huish, aku ni kalau tak dibendung mesti berleluasa. dah la jenis aku ni lain dari orang lain. berat kalau dah naik memang susah nak turun. ni duduk rumah lak, bagai dipam-pam lah.

hari tu aku konon teruja nak amalkan diet macam marina. puasa nasi. macam berkesan je. tapi, aku tak mampu! aku hantu nasi. manjang nak makan nasi. apakah akan terjadi kalau aku puasa nasi selama seminggu? boleh gila agaknya. oleh desakan faktor itulah aku paksa diri untuk bersenam. ya! paksa. exercise is torture for me.

kalau aku cakap aku gemuk, mesti orang menyumpah-nyumpah. ntahlah ek. gemuk tu tak lah tapi berat semua jatuh kat bontot dengan kaki. jadi bontot dengan kaki dah gemuk gila. silap haribulan nanti nak cari seluar pun susah. jadi, bertekadlah aku untuk bersenam. lagipun, aku ni berkaki pendek, jika kaki semakin gemok, apakah? gemuk pendek lah kaki aku nanti.

jadi petang tadi, dengan berpakaian sukan (semangat gila) aku gi berjogging around neighbourhood aku je. eh berjogging ke? kalau lah 3 minit je berjogging yang selebihnya berjalan, boleh ke kategorikan sebagai jog? haha.ok lah, aku brisk walk je. tapi tak bole blah, dengan pakai t-shirt maktab nya,track dnegan sport shoes. gila macam nak bersukan dalam maktab.dulu kat maktab pun tak semangat macam ni.

hasil dapatan aku selepas brisk walk adalah:

  • neighbourhood aku ramai gila cina kaya. rumah besar tak hengat. tokei apa ntah agaknya.
  • dan oleh sebab diorang kaya, diorang takut sangat pencuri masuk, diorang sume pakat bela anjing (amaran, anjing ganas)
  • ada cina tu bela anjing dalmatian. besar gila rupanya anjing tu. oh, tapi anjing tu tak ganas. mungkin dia anjing hiasan, bukan anjing pengganas. haha.
  • ada yang insecure gila, ada sampai 2,3 ekor anjing. siot betul. dah lah menyalak bagai nak gila bila starangers lalu depan rumah.
  • ada cina yang bengong gila, pagar dah lah jenis jarang, ada anjing lak tu. pastu anjing dah boleh sua kepala keluar dah. nasib baik anjing kau gemuk. kalau terlepas kan sia-sia aku kena kejar anjing?
  • bila aku cuak, anjing akan menyalak gila-gila dan dengan bersungguh-sungguh. selagi aku tak lepas rumah tuan dia, dia menyalak. tapi bila aku buat rilek je, anjing menyalak sekali je then dia ignore aku. heh, tau lak anjing tu aku cuak.

ok, kenapa semua hasil dapatan berkisar tentang anjing? apa tak nya, aku asyik diselubungi ketakutan je dek anjing-anjing tu. aku risau je anjing tu terlepas pastu gigit aku. haru siot, dah lah aku jalan sorang-sorang. kurang hajar punya nurin dia tipu aku hidup-hidup. ada ke dia kata anjing kat taman ni baik and kenal orang.

baik la sangat. ada anjing hitam tu garang gila. dia punya menyalak dah sampai tahap melolong. pastu dia lompat tinggi woah. fantasi aku ialah, dia berjaya melompat melepasi pagar tuan dia. itu memang gila lah kan kalau terjadi. nahas aku dikejarnya nanti. tak cukup tanah lak aku nak lari.

adakah aku akan meneruskan usaha aku esok? haha. we'll see. haraplah aku mampu teruskan. go ain go! demi masa depan yang lebih cerah.

p/s: kevin zahari (betul ke nama mamat tu? bantai ah) kata, sit ups untuk kempiskan perut takkan berhasil kalau lemak still ada. maka, bersenamlah untuk menyahkan lemak dulu yeah?

p/s: budak-budak sains kalau baca ni mesti berguling membayangkan aku bersenam. cis!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails