Tuesday, November 30

we're proud of you!

WARNING: LONG, BORING, LAME STORY. SILA SKIP JIKA TIADA DAYA TAHAN YANG TINGGI.


esok convocation diploma faiz. kesian nurin tak dapat join. aku rasa lepas ni, banyak yang nurin akan ketinggalan. sebab dia susah gila nak dapat cuti. jeles betul aku. idin dah grad, dah attend pun convo for both diploma and degree, faiz esok nak convo diploma. aku je yang tak convo-convo lagi.



nasib baik lah azab dah berakhir. lama gila aku belajar kut.anyway, aku rasa macam baru semalam je mak aku nangis-nangis kat JPN sebab nak tukar kan faiz dari SAB ke EC. SAB tu sekolah yang mak aku ajar sekarang. sekolah tu bukan sekolah premier. meanwhile, EC tu sekolah premier all-boys school.

mak merasakan environment kat SAB tu tak sesuai untuk faiz belajar sebab sebenarnya dia budak baik, tak kacau orang, rajin cuma kawan-kawan dia macam tak minat nak belajar. masa tu, aku sendiri pun risaukan faiz. aku asyik pikir je, adakah faiz ni akan jadi orang nanti. sebab dia a bit slow tapi seriously, dia rajin.

mak memang berdrama kat JPN tu sebab orang yang uruskan bahagian pindah-pindah tu macam tak bagi faiz pindah EC. sekolah tu sekolah kawalan, result faiz lak tak berapa bagus. mak berdrama nangis-nangis cakap dia dah berbelas tahun berkhidmat, takkan tak boleh bagi kelonggaran.

tapi sampai sudah orang tu tak bagi. tapi ntah macam mana, masa nak keluar tu, timbalan kepada orang yang tak bagi faiz pindah tu nampak mak and panggil mak masuk bilik dia. ntah apa cara dia guna, dia sign je pelepasan untuk faiz. mak memang berterima kasih sangat kat timbalan tu. yelah, takut gak kalau dia dikena kan tindakan sebab dia go against superior dia kan.



then faiz pun pindah lah ke EC. memang dia masuk kelas hujung lah. kelas sastera. rasa nya kat EC ada satu je kelas sastera. aku pun tak sure. even masa dia pindah EC pun banyak yang aku risaukan. yelah, sepanjang dia kat SAB aku tak berapa nampak dia ada kawan. so im worried if he had trouble making new friends at EC.

tapi rupanya hidup faiz memang berubah kat EC tu. aku tengok dia ramai kawan, memang boleh nampak yang dia ramai kawan. and kawan dia kat EC tu memang lagi cool. in fact kawan-kawan dia semua macam appreciate dia sangat-sangat. aku tak tahu lah if its the all-boys-school thinggy ke apa. tapi memang nampak sangat bonding diorang.

pelajaran pun makin ok. tak ada lah tiba-tiba dia jadi cemerlang. tapi ok lah. dalam suasana yang semua orang minat belajar, dia pun terikut sekali. satu benda yang aku risaukan tentang faiz ni ialah, dia slow and lemah sikit. cuma kelebihan dia, dia rajin.Allah tu adil kan?

masa dia SPM, aku ingat lagi aku ajar dia Sains. aku ajar dia macam mana nak jawab soalan struktur. dia bersungguh, tapi tu lah, susah sikit dia nak tangkap. but then lepas paper Sains dia bagitau aku benda yang aku ajar dia tu keluar dalam exam.

nak tunggu result SPM dia, aku berdebar je. aku rasa mak ayah mesti lagi berdebar. aku takut sangat dia tak dapat tawaran sambung belajar kat mana-mana. masa karnival pendidikan dulu banyak dah aku surveykan kolej swasta untuk dia dalam bidang art sebab dia memang pandai melukis. itu memang expertise dia. aku survvey kolej swasta sebab memikirkan even idin pun susah dapat tawaran. idin dah masuk KLMU barulah dapat offer politeknik.

masa result SPM tu keluar, faiz sebenarnya tak bagi mak ayah datang. dia kata nak amik result sendiri. tapi mak ayah nak jugak pergi. gembira gila masa tu bila tau faiz dapat 3A (kalau tak silap lah, tak pun 2A). i mean, semua orang nangis kut. mak, ayah, aku. kau tak dapat bayang kan betapa proud nya aku terhadap dia. mak dengan ayah pun proud gila, cerita kat semua orang, walhal faiz dapat 2A je. tapi itu pun dah cukup buat kitorang bangga.

then, tiba lak masa untuk isi borang UPU. memang lah result dia agak membangga kan. tapi aku fikir, boleh ke dia dapat tawaran nak buat diploma? sebab aku fikir, ramai calon yang mohon. semua bagus-bagus. tapi aku berserah je. bab-bab isi borang UPU semua aku uruskan. mana satu kos nya, mana satu universiti nya, semua aku yang decide. mak ayah tak cakap apa, ikut je.

aku tak ingat 7  choices lain tapi semua nya berkenaan art. ada seni tampak, seni grafik, seni halus, perhotelan and kulinari. faiz rasa rendah diri. dia kata mintak perhotelan jela. perhotelan senang dapat. takut kalau dia mintak art susah dapat. at that time, idin pun further graphic design kat KLMU so kitorang tahu, kos tu agak komersial and ramai apply.

tapi aku ikut instinct aku. aku rasa rezeki faiz ada. and aku tahu dia talented. aku letak graphic design UitM as first choice. its kinda a big step sebab fakulti seni lukis and seni reka uitm memang bagus. mak pun tanya gak, boleh ke dapat? aku ikut naluri aku je. aku harap naluri aku betul. aku taknak faiz end up kena amik kos lelong. takut dia tak minat and tak boleh bawak.




memang rezeki faiz, dia dipanggil untuk temuduga. nak apply kos senilukis tu, memang kena attend interview. aku tak ikut masa interview tu. rasanya aku kat kat maktab. tapi mak cerita, interview tu dia banyak kena melukis secara impromptu. dia and mak kata faiz is quite impressive. dia sangat kreatif and mak kata, lukisan dia ok.

sebenarnya masa aku tau dia dapat gi interview tu aku dah ada instinct yang dia memang akan dapat kos tu. i know he's a good artist. and Alhadulillah, faiz dapat sambung diploma kat uitm melaka dalam kos senilukis dan senireka (grafik). mak dengan ayah bangga gila dengan dia. aku pun macam sebak. dalam hati aku, "adik aku ni jadi orang juga...alhamdulillah"

tapi yang sedihnya masa faiz nak mendaftar kat uitm melaka, mak masuk wad masa paras gula mak naik mendadak tu. kalau tak silap aku naik sampai tak ada bacaan and mak memang collapse. mak memang baru je masuk wad masa tu and there's no way doctor nak lepas mak keluar. masa tu yang hantar faiz, cuma idin, ayah dengan nurin. aku stay kat hospital jaga mak.

faiz macam sedih. dia sorang lahir tak normal. masa mengandung kan dia tekanan darah mak naik and terpaksa operate. and now masa dia nak mendaftar u, mak masuk hospital lagi. aku tengok faiz nak gi mendaftar tu pun macam sayu hati je. aku dapat bayang kan betapa mak ralat tak dapat hantar faiz. tapi nak buat macam mana? dah memang itu yang Allah rencanakan.


perjalanan faiz kat uitm pun bukan mudah. dia dikelilingi high scorer. semua budak pandai. siap ada budak SBP. kos ni boleh dikira mudah bagi high achieving group. tapi bagi faiz dia terpaksa struggle gila-gila. dia selalu aim nak dapat dean-list tapi up til now masih belum ada rezeki lagi. setiap kali dapat result dia mesti sedih and rasa down gila. dia kata kawan-kawan dia yang malas pun boleh dapat dean-list tapi dia tak dapat. ada kawan dia tu malam nak exam tengok bola, tapi tetap score. dia pulak pointer paling tinggi takat 2.9. aku sayu gak dengar dia cakap macam tu. sebab dia usaha, tapi dia tetap tak dapat apa dia nak.

walaupun dia tak pernah dapat dean-list lagi, aku tau mak ayah tetap bangga dengan dia. sekarang dia tengah further degree lak kat shah alam.


he's still struggling to achieve dean-list. and it becomes even harder bila dah sambung degree ni. competition pun makin sengit. semua pun budak pandai. makin lah dia rendah diri. tapi apa pun, dia dah berjaya ke tahap ini. aku harap dia tahu yang semua orang banggan dengan dia. :)

2 comments:

Anonymous said...

w/pon dia belajar susah. i believe nanti dia kerja mesti senang. tuhan tu maha adil. dia bagi susah skrg nnti future dia senang.

-qiha-

samanosuke_04 said...

hehe, aku ikot nasihat ko.. aku skip baca.. tengok gambar je.. salam singgah blogwalking :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails