Thursday, November 4

perjalanan hari yang panjang.

masa aku taip entry ni aku kat bilik marina. mulanya bersantai sambil tengok shin chan. tapi lepas tu apa yang aku nampak, bukan marina tengok shin chan, tapi shin chan yang tengok marina. marda pun macam dah berlayar. marina ni, esok pagi dia bangun mesti menyesal sebab terbabas nak buat kerja. tapi aku tak sampai hati nak kejut dia memandang malam semalam, aku dengan dia sama-sama tak tidur. pastu pagi tadi masing-masing weng.

dah lah pagi tadi ada kursus KSSR. walaupun menghadiri kursus bukan lah sesuatu yang enak dilakukan, aku sedikit pun tak ada niat untuk ponteng. aku buat AR kat bilik marina then sementara tunggu giliran nak print, aku terlelap kejap. bangun-bangun je kecoh diorang cakap tokiap taknak start kursus selagi budak sains tak datang. dengan keterhuyung-hayangan yang amat tinggi aku balik bilik, capai towel and terus mandi.


AR tak settle pun lagi. argh. tertekan. masa mandi tu dah lambat 40 minit dah. gila! aku main capai je baju apa ada dalam almari. iron memang tak lah kan. hadui. spoil betul sebab lepas kursus ada photoshoot kelas dengan tepak sireh. baju aku and appearance aku tak memberangsangkan lak. takpelah. dah tak ada rezeki aku nak melaram masa photoshoot kelas. redha jelah.

lepas habis kursus tu aku gi jumpa supervisor dengan awi. halamak, banyak lak dia tak puas hati. bila lah penderitaan aku nak berakhir ni? then terkocoh-kacah pula pergi cafe sebab semua orang dah duk tunggu situ. masa tu lagi 5 minit je lagi nak photoshoot. macam dah tak sempat nak makan. tapi sebab malam tadi aku berjaga buat kerja, perut aku memang lapar gila.

aku sempat makan nasi goreng sikit dengan telur dadar je. lepas tu terus berphotoshoot bagai. lepas berphotoshoot dapat berita sedih. Dr Mimah lak mahu jumpa. aduhai. pening kepala aku. nak migrain je rasa. balik tu sambung lagi perjuangan buat kerja. sampai kul 4.0 tak siap-siap gak. dah lah supervisor aku nak mintak soft copy draft AR. aku duk try burn dalam cd asik gagal je. last-last aku bawak je thumbdrive aku. sonang baitu.

supervisor aku cakap dia nak edit kerja kitorang sebab dia tak puas hati kitorang banyak wat salah dari segi teknikal. layan kan jelah. dia tu memang particular bab benda remeh macam tu. balik dari jumpa gaban tu, aku terus tebabo kat katil marda dengan baju tak bersalin. di katil sebelah pula marina tebabo. dua objek yang jadi burung hantu malam tadi tebabo tak sedarkan diri.

aku tersedar dah maghrib. aku bangun and balik bilik. balik bilik bukan buat kerja or mandi ke apa, sebaliknya aku sambung tidur. tapi masa tu rasa perut lapar sangattttt. F call, mesej. dia macam nak ajak makan kat luar. tapi macam mana? sekarang lepas 7.00 pm visitor dah tak boleh masuk. semalam aku keluar dengan F pun tumpang izzati sampai gate maktab.

masa aku tengah weng tu, area 7.40 aku tengok izzati dah pun siap pakai baju nak keluar makan. memang tak sempat lah kan kalau aku nak tumpang dia keluar. aku dengan tak mandi lagi. dengan mata separa terbuka and badan penuh longlai aku cakap kat izzati, "aku nak kirim makanan weh..." izzati cakap ok. dia tanya aku nak makan apa. tapi aku terlalu mengantuk untuk jawab. dia kata takpelah, nanti dia bagitau dia makan kat mana.

izzati keluar je aku terus kembali tebabo. tak sedarkan diri lansung. tup tup kul 10 malam aku terbangun dengan perut yang super duper lapar. aku tengok hp penuh dengan missed call dari izzati dengan F. ada mesej dari nurul, izzati and F. izzati dengan nurul tanya aku nak makan apa. tapi mesej tu adalah 1 jam yang lalu. alamak! macam mana ni?

aku terus call izzati. hampa nya, dia dah on the way balik. dia cakap dia call banyak kali tapi aku tak angkat. alah, aku tidur mati. tak sedar. then aku call nurul lak. nurul kata dia dah kat bilik. alamak, semua orang dah balik. nak kirim makanan kat siapa ni? masa ni aku dah mula nak sebak sebab terlalu lapar. kalau aku call F pun, dia bukan boleh masuk. takkan aku nak menapak ke gate sana? kemuncaknya aku call marda.

"marda....kau kat mana?"

"eh ain, aku kat bilik lah. kau kat mana?"

"hah? kau kat bilik....hurm..." masa ni suara dah bergetar and tersedu sedan sikit.

"weih, kenapa?" marda cuak dengar aku macam menangis.

"marda....aku lapar..." sadis weh.

" weh, makan lah burger aku weih. aku ada burger"

keadaan ini adalah sangat sadis sebab marda tu adalah orang yang suka bagi orang lain makan and tetiba aku menangis sebab lapr. apa kah kasihan sangat aku ni? marda nak bagi burger dia kat aku , tapi aku tanya marina mana? marda kata marina pun baru bangun tidur. dalam hati aku mesti marina pun lapar. marda kata, suruh aku kongsi burger tu dengan marina. oh sadis nya.

tetiba marina datang bilik. rupanya dia nak gi amik makanan kat muzamir. and betul sangkaan aku, dia bangun tidur pun rasa lapar. marina ajak makan dengan dia. wah, seronok nya aku. macam kebulur gila. aku terus mandi sebab badan rasa tak sedap. balik mandi marda cakap kat aku, "ain, rezeki kau. dodol belikan aku makanan. marilah kita makan bersama"

oh, masa tu mata aku bercahaya maca sailormoon sebab dengar ada makanan. sungguh mengkasihankan. lantas, aku. marina da marda makan secara berjemaah. yang jelas nya aku memang menumpang makanan diorang semata. alhamdulillah rezeki dari Allah. kalau tak, mesti aku kebuloq malam ni. haih. baiklah. aku nak ZZZzzzzzzzZZZZzzzz ZZzzz jap lagi.

p/s: great! tetiba izzati datang cakap printer aku dah tak boleh print sebab tak ada ink. aduhai time tegang macam ni lah dia nak habis.

p/s/s: semalam dapat pre-anniversarry present dari F. alah, comel dia tu. terima kasih ye sayang. yang tak boleh blah nya dodol tegur. dia tau ke? dia nampak sendiri ke ada orang bagitau dia ek? haha. pape lah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails