Friday, October 22

harta tanpa nilai susut.

hidup ni tak sentiasa indah kan? sesaat je, macam-macam bencana boleh berlaku. gempa bumi, puting beliung. kita tak boleh duga. dalam sesaat, yang kaya boleh jadi papa kedana. yang di atas boleh berada di dasar. someone can be nobody. bukan sebab masa. bukan salah masa. itu semua keadaan.

malah hati manusia pun boleh berubah dalam sesaat. sekejap kau suka dia, sekejap kau dah tak suka. sekejap kau seronok dengan dia, sekejap kau dah rasa bosan. sekejap kau rasa dia selesa dengan kau, the next minute kau rasa dia cuba menghindar kau.

kita sentiasa tak pasti apa akan berlaku selepas ini. sebab perubahan boleh berlaku bila-bila masa. aku rasa sebab tu lah Allah ciptakan orang yang ada pertalian darah dengan kita. sebusuk mana pun keadaan kita, kita ada keluarga yang akan terima kita. so, aku sangat simpati pada orang yang tak ada keluarga langsung.

atau.

orang yang FIKIR dia tak ada keluarga.

kesian gila. sebab untuk aku, keluarga adalah tempat paling selesa aku. untuk aku jadi diri aku sebenar-benar. tak takut dihakimi, tak takut disalaherti, tak takut direject. kalaupun ada keluarga buat macam tu, aku tetap tau, aku masih ada mereka.

sebab keluarga tak macam orang lain. orang lain ada tahap kesabaran. bila dia rasa dia tak tahan lagi dengan kau, dia akan abaikan kau. anggap kau dah tak ada lagi. even orang yang kau panggil soulmate.kekasih kau, teman jiwa kau. ayah pernah cakap kat aku,

"hubungan ayah dengan kau ni lagi besar daripada hubungan ayah dengan mak tau tak? ayah dengan mak boleh cerai. dengan kau, sampai mati pun kau anak ayah. sebab darah ayah mengalir dalam badan kau"

sadis. tapi benar. mak, ayah dan adik-beradik. itulah harta aku yang tak akan susut nilai. sebenarnya keluarga diciptakan agar manusia tak tandus kasih sayang dan tempat bergantung.

keluarga bukan macam orang lain. bukan macam kekasih, bukan macam sahabat. keluarga sayang dan terima kita tanpa syarat. yang mengikat adalah pertalian darah yang Allah cipta semata.

kekasih, sahabat, tu semua sayang kita bersyarat. please lah. jangan kau nak deny benda ni, kalau kawan kau jahat, kau boleh terima, tapi macam mana kalau kawan kau tikam belakang? berapa kali kau boleh tahan kalau dia tikam belakang kau? khianat kau? kalau dah banyak kali kau bagi peluang, endingnya kau akan serik juga.

hakikatnya, pertalian darah yang kuat. ok, jangan tanya aku macam mana dengan orang yang dari kecil diserahkan pada orang lain. aku tak tahu. aku tak alami. tapi yang aku pasti, mesti dari awal kau tak anggap pompuan tu mak kau pun kan? sebab kau rasa dia taknak kau.

hari ni aku nak cuba terima. watak utama dalam hidup aku adalah aku dan keluarga. yang lain cuma watak pembantu. jangan perlekeh peranan watak pembantu ni. bagi aku penting juga sebab dengan peranan watak pembantu lah bergerak nya kisah aku ni. kalau tak, mesti pincang kisah aku.

aku cuma ada keluarga. at least itu apa yang aku cuba paksa otak aku fikir dan terima. aku taknak fikir aku miliki sesiapa yang lain lagi. baik kekasih mahupun sahabat. sebab bila aku fikir itu milik aku. rasa sakit kehilangan nya adalah lagi besar.

jadi,

biarlah aku fikir begini. biar aku rasa begini.

1 comment:

Unknown said...

nape nih sayanggg.....
mcm ngah mrh dgn F jeh nih..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails