Thursday, October 14

kempunan. ='(

jam baru kul 7.27. bravo siot. kelas kul 11 tapi dengan bravo nya kul 7 lebih tak tido balik. actually, aku ada handwash baju aku 2 ketul. satu tu aku takut warna dia menurun.  satu lagi tu takut kain dia tercarik. tu yang handwash tu. alahai, dah kata aku suka beli barang murah. memang ah tak bermutu.

and so bila aku dah handwash tu obviously la air dripping. aku sidai lah kat bilik iron. tapi sebenarnya situ takleh sidai baju. kalau penyelia round, habis kena rampas. penyelia dah la siot gila gi rampas TV marina dan meragut keremajaan kitorang semua. kami pincang tanpa TV marina tahu tak????

tu yang bangun awal tu nak gi selamatkan baju kat bilik iron. selain dari tu, mesti lah sebab nak merapu kat blog ni. keji yang amat ek aku. nak update blog pun kena curi-curi. masa orang tido baru aku update blog. hahaha. si syada dengan zati ni tengah krooohhh kreehhh lagi aku gi buat blog pula. alangkan bagus kalau bangun awal begini untuk study. haip? not gonna happen lah dalam dunia ain.

bukan apa tau. aku ni berblog, aku bayangkan aku sedang bercakap out loud. nama je menaip tapi aku terasa macam aku bercakap kuat-kuat. so kalau ada orang masa aku buat blog, obviously orang tu dengar thoughts aku kan? hahahaha. absurd gila aku ni. [ceih, rasyada dah terbangun. baru 3 paragraph ni. alamak, dia dengan tak thoughts aku? hahahahaha]

eh, ingat tak entry aku whatever hari tu? adui. aku rasa ramai kut yang misunderstood. ingat aku marah diorang especially marda. alahai. aku tak tujukan pada kau lah marda. aku masa tu sebenarnya tengah hot dengan F masa tu. gado catdog sikit dengan dia. gado pasal apa tu biarlah rahsia.

dan oleh kerana dah bergaduh, terpaksa lah dia ajak aku dating [pathetic gila bf terpaksa ajak dating] kalau tak gaduh, manjang je busy mamat tu. OT lah. main badminton lah. haih menyampah. aku dah lah tengah banyak free time ni, dia boleh taknak ajak aku dating lak. keji punya bf. kesian tau aku.


dah lah hasrat nak makan mi bandung kat parit yaani tak tercapai. sedih lagi. *sob sob sob* apa punya sengal la bf aku ni. nak pujuk aku tapi nak makan mi bandung pun tak diberinya. bukan kedai mahal pun. kedai tepi jalan je. alasan dia, takut tak sempat sebab aku kena balik hostel before 10.30. tsk, aku kempunan.

 muka jitu nak order ikan siakap sebab nak balas dendam (cis muka bulat + besar!)

muka tak amik pot langsung, pastu taknak layan aku cakap masa tengok berita.


padan muka dia. sebab tak dapat makan mi bandung, aku order ikan siakap sweet sour. terberak lah kau bila nak bayar nanti. hahahaha. nasib baik aku tengah lapar gila and rasa ikan tu tak menghampakan. kalau tak memang jenuh la nak abiskan. tapi hampa siot. bila nak bayar, rm33 je. ek leh, benci aku. baru nak buat f regret tak bawak aku makan kat parit yaani. cis!


aku dapat bunga. cis tak beremosi sungguh statement aku. alah, time gaduh jela mau rasa. tapi yang tak boleh blah, bunga tu tak ada card. aku cakap dekat f ,

"eh d, mana kad nya ni?"

"alah...d nak cepat la tadi"

"haik? gitu lak. ni baru baru lagi dah tak ada kad bunga nya, kejap lagi apa lak yang tak ada. silap-silap tak ada wrapper ke, tak ada ribbon ke ntah tak ada daun ke agaknya bunga ni nanti"

dah lah wrapper bunga tu macam familiar. macam aku dah pernah dapat sebelum ni. eh eh, ntah-ntah f dah jadi member kedai bunga ni tak? supaya dapat special price. senang nanti kalau gaduh dengan aku lagi. hahaha. dia kan dah pernah kena tipu. gi beli bunga mahal gila. hahahaha. mengkasihankan betul bf aku tu.

aku balik hostel dengan syada malam tadi. sebab minah tu sakit bahu. so lepas makan dengan f, dia hantar aku kat umah kak leha. f sampai-sampai rumah je terus cakap dia ngantuk nak tidur. hahaha. dia dah tak biasa makan malam. tu yang tebabo terus tu. sejak kebelakangan ni dia dah jarang makan malam and selalu main badminton [alamak! bf aku nak kurus ke? aku harusssss bersaing dengan bf sendirik kah lepas ni?] sekali sekala makan malam, gi sebat ikan siakap lak. makan berdua je lak tu. memang semput ah dia. hahaha.

so, itulah alkisahnya. bagi yang tak berkenaan jangan lah terasa ye? aku memang nak tujukan entry tu pada f. ni dah ok dah pun. kan aku cakap, gaduh catdog je.

1 comment:

Unknown said...

hahahaha
ain nih.....kasar sgtla ...
cian bf asek kene kutuk jeh eh dlm blog...
hoho
kalau bf i lah...i tulih entry macam ala2 gaduh cket die sure dh mengamuk. entry yg word of the day tuh pon die dh super mengamuk kt i. die penat, i pon penat so mmg soryla layanan i pd die kureng cket trus die mrh... aiseh... susah jugak kalau kite ade lelaki yg penyayang nih kan ain...hahahha

tp takpe...i tau dlm hati ain nih penuh kasih syg... sbb hati pompuan nih cane pon keras...dalam hatinya sgt lembut..fragile..btul x ain?

papepon gudluck la...
dah2la tuh nak cat2 dog2 tuh...aiseh...
kate nak kawen cepat...asek cat dog jeh camno nak kawen weyhh...hoho.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails