orang yang kenal aku akan tau, aku ni bukan lah tahap penakut mana pun. aku masih boleh ke toilet sorang-sorang waktu malam. mandi sorang. tapi yang nama nya tengok cerita hantu tu, sedaya upaya aku cuba avoid, especially menonton cerita sebegitu di waktu malam. sebab aku cenderung untuk membayangkan visual dalam cerita tu no matter how stupid the ghost look like. and bila dah imagine tu, trust me, dia jadi scarier tahn in the movie.
kebodohan yang melampau menimpa diri aku setelah aku berpenat lelah malam semalam dengan basuh bathroom nya ber masker lagi, tetiba masa nak bilas masker kat muka masa tutup mata tu aku terbayang something. to be specific aku terbayang hantu. guess where are the visual come from? JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK 2. bangang. ok, kalau nak gelak bergulingan silakan. sebab yeah, memang sound stupid gila. takut terbayangkan hantu dalam cerita lawak. what the hell.
tapi i really can't help it.asyik terbayang je. sampai kan mata pedih sebab taknak tutup mata masa bilas masker and facial foam. bodoh gila. masalah aku ni memang kronik woah. bayangkan lah kalau hantu ju-on dalam scary movie tu pun aku takut. it supposed to be funny tapi aku lak takut. to be frank kan, aku tak tengok pun cerita ju-on tu. tapi tengok figure hantu ju-on dalam scary movie yang bapak bodoh tu pun boleh wat aku seram sejuk.
lepas tu aku try nak distract mind aku dengan download lagu ke, surfing internet ke. maybe it could take my mind off the scary visual. tapi dalam banyak-banyak masa kan, aku tak tau kenapa masa ni lah line broadband aku nak wat hal. bila aku nak connect je dia kata no service. cis. aku tak boleh stay dalam bilik ni tanpa sebarang benda untuk distract mind aku. dahlah laptop aku tak ada sebarang game.
aku pun bercadang nak tengok TV. aku bukak channel starworld ada desperate housewives lah pulak. siap siri dia berturut-turut. season 5. ah, layan ah. at least aku dah takkan ingat benda-benda scary lagi. tapi tu lah lagi satu masalah aku. orang lain boleh terlelap kalau tengok TV. but sad to say aku tak boleh. tengok TV membuatkan aku akan menumpukan sepenuh perhatian justeru tidak boleh tido.
ada lah dalam 3 siri desperate housewives tu aku tengok. sampai dah habis tayang desperate housewives, dia tayang cougar town lah pulak. masa tu dah dalam kul 5 lebih. aku pikir nak habiskan tengok cougar town tu sampai kul 5.40, nak semayang subuh then tido seenak nya. ok, itu impian aku lah.
tapi aku tersedar sebab mak call. ouh, mak aku kat bilik atas je ye. dia bukan berada di latitud berbeza dengan aku pun. saja malas nak kejut aku secara manual. masa mak kejut tu jam kul 7. what? baru 1 jam je aku terlelap. depan TV lak tu. badan aku sakit gila.
tak cukup dengan tu, mak menyampaikan berita sedih. berita nya ialah aku dikehendaki bersiap sebab 7.30 mau gi jogging. oh my prada! aku baru tido 1 jam dengan belakang sakit gila and im supposed to go jogging? warghhhhh! rasa nak mengamok.
tapi aku gagahkan jua. basuh muka, gosok gigi. buka cupboard pun meraba-raba. main capai je apa nak pakai. contact lense memang tak ah kan. tak kuasa aku. tudung pun pakai tudung indon yang awning dia dah terkelepet gila-gila. bapak selekeh. tapi aku memang dah tak larat. dah sarung baju, track and tudung aku mendamparkan diri kat sofa sementara tunggu mak ayah turun " ada masa lagi ni nak tido" walhal jam kul 7.15. taik kucing lah sempat tido.
dah pakai stokin carik sport shoes tak jumpa lah pulak. ntah mana dicampak sport shoes lama. yanga da kat umah cuma kasut nurin; kecik sangat and kasut faiz; besar sangat lak. ending nya, aku cabut stokin and sarung selipar je. read: selipar, bukan sandal. selipar as in selipar jepun ye. mampos ah. aku dah tak larat pikir. makna nya aku akan berjalan sahaja hari ni. no running. no jogging.
disebab kan muka aku selebet gila and attire aku pun selekeh gila, masa jalan kat taman istana tu, aku malas nak buat eye contact dengan orang. and aku berharap sangat jangan jumpa kawan-kawan aku apetah lagi ex mahupun scandal lama. please oh please, jangan lah masa ni lak nak terserempak. aku tak mungkin akan maafkan diri aku sendiri. sambil berjalan aku asyik amik gambar mak dengan ayah je. pastu mms kat nurin. sebab gaya diorang sangat botet. i can't help myself laughing. lagi-lagi time stretching, masing-masing gaya dah macam kanak-kanak ribena.
seriously, banyak aksi lain yang kelakar tapi aku tak sempat nak snap sebab obviously aku tengah bantai gelak.
mengamalkan gaya hidup sihat sambil mengheret anak yang tidak berdosa jogging sekali.
lagi tak boleh blah sambil berjalan having sweet time tu, ayah boleh pasang loudspeaker lagu dalam handphone dia. lagu pulak tu yang ala-ala al-jawahir. nasyid-nasyid gitu. ntah-ntah bluetooth dari 'imam-imam muda' kat office dia. yelah, dia kan kerja dengan imam, bilal, ustaz. tu lah line-line budak bawah dia. hahahaha. tu lah hari tu masa marhaban kat rumah aku, aku suruh syada survey the bachelor imam. mana tau boleh buat calon. sejuk hati pakcik rahim. hahahaha.
selepas upacara menguruskan badan, kita buat pula upacara menggemokkan badan. menu aku seperti biasa, nasi jawa. lazatttt. habis terbina semual lemak yang baru dibakar tadi. dengan air teh tarik nya. mak lagi over. dah lahap laksa sepinggan, dia boleh buat muka sambil gosok perut and then cakap kat ayah, "kita lapar lagi la" hahahahaha. tak boleh blah. tapi aku dengan ayah halang mak dari makan lagi. dah ada diebetik tu tak reti-reti lagi nak control makan tau mak aku ni.
nasi jawa yang aku igaukan. rupa nampak sengkek. try rasa, baru tau beb!
jalan dengan mak adalah sukar. mak tak reti konsep scanning. semua gerai dia nak masuk tengok satu satu, walhal aku tau dah dia tak ada intention nak beli and ending nya aku tak dapat khatam semua gerai sebab ayah dah call. dia je beli syria. siap suruh bayar pakai duit yang ayah bagi lak tu. cis sungguh! "alah long, kalau kau tak guna duit tu, nanti kau kena pulang kat ayah balik jugak. so, baik guna kan?" heh. memang lah guna. tapi untuk aku. tadi aku suruh dia mintak kan duit kat ayah, dia beriya taknak siap cakap dia taknak beli pape. licik betul mak aku ni.
and finally, balik lah kami ke teratak kami. wow. ini masa yang aku nanti-nanti kan dari tadi. perancangan aku ialah, mandi---> tido. tapi sekarang macam dah lari. so, blogging-----> mandi ------> tido. or, boleh tak kalau blogging----> tido. hahaha. bukan ada orang tau pun kalau aku terus tido. hehe. tapi baik aku mandi dulu, kalau tak bangun tido nanti mesti aku mengamuk sebab rimas and tak selesa. baik lah. penulisan blog ini sudah memakan banyak masa. aku pun dah terhuyung hayang pandang skrin laptop.
untuk syada dan marina, sambut lah kepulangan ku petang ini ya. aku mau beradu dulu. eh, alamak, kantoi lak takmau mandi. hahahaha. dada! ZZzzzzzZZZZzzzzzzzzzzZZZZ...
3 comments:
seriously that shoulld've been me. jealous ny aku, aku kt sini mcm anak tiri je.
sucks gile wehh. ayah poyo, ego.
ehhh xpe xpe.. xcontact aku, aku pn nk mkn nasi jawe.
kt sini hakktuii jadah aku kebulur tggu mknn sedap,
hehe, klakar laa cite koo.. walopon panjang tapi aku bace sampai abes.. sporting gila mak ayah ko... payah nak cari org2 tua camtue.. hehe
rin:
ceihhh...jeles lah tu.
samanosuke:
baca smpi abes ke? syabas lah! mak ayah aku mmg sporting pon.
Post a Comment