aku macam tak percaya aku telah diheret untuk berekreasi di tasik Y tadi. pesalah tak lain dan tak bukan ialah rasyada serta kak leha. yang lebih memalukan, situasi ini disaksi oleh izzati. macam sial je pompuan tu gelakkan aku sebab dipaksa bersenam dan beriadah. dia elok berdating boleh lak singgah tasik Y, taknak lepaskan peluang once in a life time tengok aku berjogging mengelilingi tasik Y sambil menghirup udara segar. hak tuihhh!
tau tau jelah aku ni memang pemalas nak bersenam. yang nama nya sukan tu memang tak ada dalam kamus hidup aku. tapi petang aku tahap kebosanan aku dah melebihi paras norma. jadi aku asyik megeluh je kat saudari rasayada. ada bf pun, sibuk kerja je 24/7. menyampah aku. nyamuk ni pun satu. tak reti nak cuti ke? sebab kau tak cuti lah bf aku pun turut tak cuti sama. haish!
tapi, tak sangka lak syada boleh come out dengan aktiviti yang tak berapa favourable di mata aku ni lak. tapi dek kerana terlalu bosan, aku ikutkan je. can you believe it? aku gi berjogging weih. hahahaha. syada dan kak leha wajar diberi pingat kebesaran sebab berjaya heret aku pergi beriadah sambil mengeluarkan peluh.
eleh, kalau nak berpeluh tak payah sukan pun kut. menari zapin pun kuar peluh gak apa...
si izzati sempat gak join kitorang jalan seround. jalan jelah tapinya. dah tu attire dia tak seswai untuk beriadah. kalau tak, memang aku dah paksa dia jog sekali. mana boleh aku sorang je kena torture weh? kurang asam punya kampit. bukan nak jalan sama. sebok buat percubaan membesarkan perut je duduk kat bench nun. taulah dah kurus.
tapi yang tak boleh blah, lepas berjogging, gi pekena roti telur lak. kak leha pekena roti nan chese. hahaha. terbina semula lemak yang konon nya dibakar tadi. ceih, tak guna sungguh! sia-sia aku jog tadi.
6 comments:
hahahaha
u x suke jog ke ain?
ohh..walaupun i gemuk...i sgt2 suke jog..
n skrg hobby baru..swiimmming !
kak ain, jeles nye. at my place, susah sgt nak jog. nak ke sini, takut mat drug seret masuk semak. sana pulak byk kereta. if i were u, sure hari-hari pergi jogging =D
fadh: haih. i memang tak gemar exercise lahhh...
fatin: alahai. sume org gemar berjogging ke??? sy memang tak gemor sesangat. menari i like lah.
sama.. aku pun malas bersenam.. sibbaik roomate aku semua malas gak.. haha!
hahahahahah~ bersenam...apa yg menarik dengan bersenam???
Jom join contest saya boleh menang RM101.00 http://nukilangadiskampung.blogspot.com/2010/10/join-my-contest-be-my-followers.html
Post a Comment