Saturday, October 23

shooooh, go away.

kenapa?
kenapa sesuatu benda datang bila kita tak perlukan dia?

macam,

kalau time kita tak cari pun workshop, melambak-lambak workshop berdedaian depan mata.
tapi time kereta rosak, kena lak time maghrib, time tu lah carik workshop satu pun tak jumpa.

ataupun,

bila kita tak perlukan buku kanak-kanak yang siap ada cd sing-along, kita asyik nampak je cd tu kat memana kedai buku, tak cukup dengan tu, time makan kat gerai siap ada salesman datang promote nak jual cd tu.
tapi bila kita tengah practical, minggu depan ada final observe and lesson plan tu ada slot nyanyi-nyanyi,
carik cd lagu kanak-kanak kat merata kedai, hapak tak jumpa.

keadaan ini sesungguhnya amat hampesh. aku benci keadaan ini. serious. i really don't need this now.

urgh!

kenapa baju-baju serta kasut yang comel berdedaian depan mata aku? baik online ataupun di kedai-kedai yang aku kunjungi? i really don't need you guys to show yourself right now! aku tengah tak ada duit, mengerti ngak?

time poket aku tengah tebal, baru-baru dapat elaun, lepas tu terus tanam niat nak bershopping sakan, carik baju, tak ada pulak yang berkenan. carik kasut, tak ada lak yang wow wow. dan dan time aku tengah sengkek semua pakat tunjuk muka. TEMPTING ok?

ouh, aku tak perlu semua itu. at least if i want to spend on something, i should spend on what i would wear for final year dinner next week. theme, purple + black. any idea? ah, idea ada pun kalau duit tak ada, apa guna nya? urgh!

yeah, gambar tiada kaitan. in fact gambar sudah basi. sila fokus pada muka marina yang malu-malu kucing. and yeah, that's our mr asia in his kain gombang.

2 comments:

abigemok said...

sabar la. sebab tu ada pepatah sediakan payung sebelum hujan. hihihi. x tau apa kaitan. hahaha

Q said...

i pon selalu kena macam ni. haha. bila tak cari merata2 jumpa. bila cari satu pon xnampak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails