cina memang taknak rugi sesen pun. selagi boleh untung, dia akan cuba. tadi aku alter jeans kat fav spot aku untuk alter jeans. mana lagi kalau bukan kat terminal larkin. standard ah kan pompuan punggung besar + kaki pendek macam aku ni. kalau beli seluar sah lah kena pendekkan kaki seluar then kecikkan pinggang. beli seluar saiz kena 29 atau 30 supaya lepas kat punggung then bersusah payah alter pinggang sebab kalau tak, melorot lah seluar tu dek besar kat pinggang.
ok, nak cerita pasal cina kan tadi? ha, dia boleh tawar harga pulak kat situ. ntah lah ek. aku macam pelik sebab aku selalu tawar harga barang. harga perkhidmatan tak pernah pulak aku cuba tawar. maybe bagi orang lain biasa kut. tapi cina tu tawar sungguh-sungguh. soalnya macam mana? kalau barang kita tawar harga, tak dapat tak payah beli lah kan? ni seluar dah alter. baru dia nak tawar. so camne?
aku tolong aza kat bazar tadi.gerai aza jual tudung. tudung ekin, tudung hawa, shawl, pashimina and accesories termasuk brooch, earings, gelang, rantai and perkakasan rambut. meh lah datang. (cewwah, promote di situ) gerai aza betul-betul dekat simpang jalan, depan OBCB bank. jom jom datang. nanti aku suruh aza bagi harga kawan-kawan. haha.
ini gerai aza ye kawan-kawan
"b, seswai tak shawl ni nak pakai dengan cardigan brown i tu."
"yang mana?"
"alah yang brown tu lah"
*blur*
last-last nya opinion aku jugak pompuan tu mintak. dah bf dia blur sangat pikirkan cardigan mana yang dimaksudkan. bila aku dah masuk jarum, rabak lah poket kau wahai incik bf.
lain tau gaya laki/bini dengan bf/gf. aku tengok kalau dah kawin, husband lagi particular terhadap penampilan bini dia. tilik warna shawl/ tudung kalau boleh nak sampai tudung tu masuk dalam mata kaedahnya. padahal, bukan mati di tempat kejadian pun kalau warna tudung terlari sikit.
kalau gf/bf memang saja lah nak buat aku muntah hijau.
"you...ok tak i pakai tudung ni? kaler ni suit tak dengan i?"
"ok jelah you. you pakai apa pun nice"
pffft.whatever. poyo seh. tengah bercinta boleh lah macam tu kaedahnya. kalau dah kawin agaknya, direct je cakap,
"eiiiee, jangan lah pakai tudung ni. macam mak endon dah"
tak kisah lah ek. muntah hijau pun muntah hijau lah. asalkan jadi beli. anyway, tadi berjaya promote pashmina aza. laku gak pashmina tu sebab tadi aku pakai pashmina. jadi orang macam interested lah nak beli and pakai gak. ada customer puji aku pakai pashmina. auuuwww. blushing i tau. hehehe. alamak, tapi gambar takde la. gambar dalam kamera aza. nanti lah esok-esok aku redeem gambar tu from aza. (ceh semata-mata nak menayang aku pakai pashmina kannnn....)
ok lah. dah pagi ni. tak reti tido ke aku ni. bilik dah lah bersepah gila. esok lak nak ikut aza gi kedai borong amik stok barang lagi. haih, sabar lah bilik. nanti aku kemas kau k? bubbye!
ZZzzzzzzZZZZ
4 comments:
nak tgk ain pkai pashmina!! =)
hahaha. main pakai je. u-ul mesti pandai pakai kan?
Huahuahua..
Kenyataannye ak xpenah g shopping ngan awek kekeke
Hi ARC. lama tak nampak ko.
heh? tak pyh la ikut klu suh bg opinion pun blur. hahaha~
Post a Comment