Saturday, February 20

fashion talks #3: we ARE what we WEAR.

 


  

status kat facebook pun boleh bikin panasss ek? alahai.chill lah. macam aku cakap lah kan? aku bukan ustazah. bukan juga orang yang dah successful ala-ala donald trump. pengukur baik jahatnya kita, amalan. pengukur berjaya gagalnya kita, pencapaian. as simple as that.

apesal nak melatah pasal benda ni? opinion aku apa kita pakai tu reflect personaliti. tapi ada yang tak setuju. aku sebenarnya bercakap dari konteks fesyen je. tapi orang salah faham lak. yelah, macam orang yang pakai jeans, t-shirt shortsleeve and flip flop. bagi aku orang nya simple and ringkas. tak payah serabut-serabut.
yang pakai inner then pakai lak dress yang sleeveless tu. dikenakan lak dengan tudung ekin siap letak brooch kat belah belakang. then pakai lak heels. bagi aku orang nya teliti. every details dia jaga. kalau macam aku? nak pakai blouse. tapi footwear tanak lak pakai yg ladies. flip flop gak aku balun. itu namanya caca merba. nak bergaya tapi malas. hahaha~

  
 gaya belah atas dah ok dah. tengok bawah. hancuss. dahlah pakai flip flop flat. oversize lak tu. belum lagi review my first time pakai legging lagi. hakhak~


 
aku takdelah gila gaban suka pink sampai nak pakai macam ni k? ni sebab nak amik gambar untuk pinky lady contest yang dah pun lepas and dah pun aku menang. nak tengok entry aku? klik sini.


itu je aku nak nyatakan. takde lah aku nak jatuh hukum orang pakai seksi tu jahat. aku pun bukan baik sangat. takde gak aku nak judge, orang pakai barang murah tu sengkek, miskin. takde gak aku nak decide orang yang pakai serabai, tak formal ni bukan golongan profesional. tidak sama sekali.

fesyen ni melibatkan decision making gak bai. bukan senang-senang je. ingat lagi dulu masa sem berapa ntah aku belajar seni dalam pendidikan. lecturer aku cakap apa yang kita pakai hari-hari tu pun di kira sebagai seni. sebab disebaliknya, ada sebab kenapa kita pakai sebegitu pada hari tertentu.

even bagi orang yang pemalas macam aku ni pun, ada reason kenapa aku pakai something. contohnya kalau aku pakai tudung bawal hitam tu maknanya aku malas nak iron tudung lain. hitam kalau renyuk pun tak obvious sangat. aku pakai pump shoes yang flat gi ngajar sebab aku suka jalan laju, lepas tu aku selalu tak stabil. kalau pakai heels kaedahnya terpelecok berkali-kali lah aku. ntah kul bape baru masuk kelas. asyik injured je di tengah jalan sebab jatuh terpelecok.

janganlah cepat melatah. kau dah 'buat keputusan' untuk pakai apa yang kau pakai, face the consequences lah kan. kalau kau kisah orang misjudge kau, then kau tau yang bila kau pakai macam tu orang akan misjudge kau, nape still pakai macam tu kan? melainkan kau tak pedulik apa orang fikir. maka pakai lah apa yang kau mahu pakai. sila kan. unleashed your style. cewwah. dah macam iklan silky girl lak.

macam aku ni pakai shawl kat maktab. kau ingat tak kena bahan ke? aku rasa even budak junior yang tak kenal aku pun nganjing bila aku lalu sebelah. panggil aku yuna lah. nyanyi lagu dan sebenarnya lah. classmates aku pun tak ketinggalan. siap masa juara lagu hari tu diorang congratez kat aku. konon nya aku yuna lah.

fesyen shawl ni kat tempat lain dah biasa kut. tapi kat maktab tu orang tak berapa nak pakai sangat shawl. diorang pakai pun kalau keluar ke bandar. maybe itu salah satu reason kut. takut kena bahan. soem of the guys kat maktab tu memang tak suka pompuan pakai shawl, siap tegah awek masing-masing dari memakai shawl. katanya muka bulat lah. kelakar lah.

kalau macam aku ni. lagi orang tak suka, lagi aku buat. hahaha. sekejap je kut diorang bahan-bahan aku. lama-lama bila aku buat dang je,makin pakai lak tetiap hari sampaikan gi gotong royong pun pakai shawl, senyap lah diorang. nasib baik bf saya suka saya pakai shawl. ihiks. :)

p/s: tadi masa jaga bazar, boleh lak ada pompuan ni nak compare harga tudung kat gerai aza dengan tudung dia beli online. bikin line panassss je. takpe nanti aku khabaq satu satu.

4 comments:

Qiha Aziz said...

kalau kat UM pon segan nak pakai shawl! diorg tak nganjing tapi sendiri terasa macam over. kalau shawl plain xpe. tp yg corak2 xbrape sgt. haha.

tapi betul. i pon view org yg pakai flip flop as simple macam tuh.

ween said...

somehow I do agree with ur points. memang la, kan. our 1st appearance bring other people 1st impression. :)

cik nurulain said...

Qiha:

i rasa kt U ok je kut. takde org nak lantang sgt. kat mktb lain syg. chekgu kan...mmg lantang jelah menyuarakan opinion memasing. haish. nk bgaya sket pon susah

cik nurulain said...

ween:

mmg kan? sekilas pndg tgk style org kita da boleh tgk da. at least kita boleh judge whether org tu jenis yg kesah ttg apa yg dia pakai or not. rite?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails