Saturday, February 13

perempuan separa gila.



*klik pada lagu untuk mood sedikit jiwang.


dia bidang kesihatan, aku bidang pendidikan
tapi sama-sama bawah kerajaan :)

dia dengar sinar fm, aku dengar hot fm,
tapi sama-sama gila karaoke

dia suka makanan kampung, aku suka fast food,
tapi sama-sama kuat makan

dia abang yang garanggg, aku kakak yang baikkkk (macam cerita tipu je ek?)
tapi sama-sama anak sulung

dia panas baran, aku tak nak mengalah
bila bergabung memang meletup!

heyya. sudah masuk bulan ke-3. tahniah kepada cik fakharuddin kerana berjaya melepasi fasa-fasa azab bersama saya. semoga cik akan terus bertabah kerana bulan-bulan dan insya Allah tahun-tahun mendatang tak akan semakin indah pun. kerana sesungguhnya saya adalah perempuan separa gila yang keliru dengan identiti diri.

mungkin saya tak wajar meminta lebih sebab kadang-kadang saya juga lokek untuk memberi lebih. bukan kerana saya tak mahu berkongsi. sebenarnya saya insecure. saya takut kalau saya sayang kamu banyak-banyak sangat bila kecewa saya rasa sakit sangat-sangat. saya dah pernah rasa. sebab tu saya tau.

tapi sekarang saya dah jahat. dan tamak. walaupun saya masih belum berani menghulurkan tangan saya sepenuhnya untuk kamu pimpin, saya mahu kamu tetaplah bersabar. bertahan dengan saya. menerima saya seadanya diri ini.

saya pun akan terima kamu seadanya. walaupun kamu lebih suka kerja daripada teman saya shopping handbag. walaupun kamu buta fesyen sampaikan dengan selamba badaknya mengatakan baju yang saya beli macam kain buruk.

saya tetap sayang kamu.

sebab saya tau. kamu kerja kuat sebab nak kumpul duit. tanggungjawab besar sebab kamu anak sulung. kamu cakap baju saya macam kain buruk tapi bila saya pakai kamu cakap cantik sebab kamu tak perasan pun itu baju kain buruk yang kamu duk kutuk tu.

dan lagi. sebab kamu lurus.

"d, d ni kan. time belum couple bagi b bunga. bila dah couple, tak ada pun"

 

walaupun saya tau saya dapat bunga ni kind of sebab saya macam mintak. haha (dasar perempuan tak tahu malu) tapi saya tetap excited. tetap thankful. tetap happy. kan saya ni perempuan separa gila.kepada awak yang saya sepenuhnya sayang (bukan separa walaupun saya separa gila) selamat ulangbulan ke-3.

p/s: esok tarikh tutup trendy shawl contest. sambutan tak memberangsangkan. jadi peluang cerah untuk menang. ada lagi nak masuk? kalau ada klik sini.

3 comments:

Aidi-Safuan said...

huhu...tahniah! da 3 bulan erk? good 1!
semoga banyak lagi kebahagiaan datang. :)

cik nurulain said...

:) thanks.

ISZA said...

sabar itu perlu dalam melayari rumahtangga, bukan ckit.. banyak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails