Wednesday, February 3

segmen terjah bersama ain si mulut longkang.

sebagaimana yang sebahagian orang tau, aku sangat sibuk sekarang. pagi ke sekolah. petang ada zapin, malam pula ada tuisyen. gila kau minah dah macam wonderwoman. ni kalau tak kurus sikit memang nyatalah lemak tu dah jadi lemak tepu secara rasminya.

so so so..semalam lepas berpeluh ketiak menari zapin dan disasarkan sebanyak 0.05% lemak dibakar, aku pun menganginkan diri aku bawah kipas. yelah, tak tergamak lah pulak aku nak mandi terus dalam keadaan yang sungguh sweaty itu.

tapi tak sangka lak aku berjaya 'menganginkan' diri sendiri. ntah macam mana tergatal pula tangan aku ni buka facebook. teringat pula wedding sahabat dari sc johor yang berlangsung sabtu lepas. teringin gak aku nak tengok majlis orang walaupun tak berkesempatan attend wedding tersebut.

aku secara sahihnya yakin mesti dah ada orang upload gambar wedding masyitah. bak lagu umbrella, ramalan ku benar belaka beb. memang wahidah sudah pun upload gambar wedding si masyitah. wah, not bad gak husband masyitah ni. dengar cerita engineer. bagus lah. semoga berkekalan.

tup tup, aku terpandang benda yang memang tak sepatutnya aku terpandang pada saat genting begini (ceih genting lorh sangatt kan). aku ternampak gambar shai. perkh, masa tu ada satu persoalan bermain di benak aku.

"kalau lah aku datang...."

serious weih, aku memang dah ada instinct yang dia akan datang. sebab nya dia kind of close kut dengan masyitah masa kat sc johor dulu. see, i still know him. i still can read his mind. aceehhh..poyo lebih. tapi memang aku wonder sangat. apalah akan jadi kalau aku datang. adakah aku akan lempang dia? curahkan air kat muka dia? curah asid? tak perlu kut. bukan ada beza pun kut (mulut longkang sial ain)

and dalam gambar tu aku ternampak lah kan satu objek legap ni. macam mesra semacam je dengan objek legap yang lagi satu tu. (serious ni bukan tahap mulut longkang ni namanya mulut jamban, hahah) perkh, faiz ni kan, ni yang bikin gua panas ni. out of so many people, i expect more from him kut considering apa yang dia advise aku after the break up.

ni objek legap yang aku call di kala maghrib angkara gambar 'mesra' beliau dengan objek legap lagi satu

 
ini pula gambar bukti, bahawa dua objek legap adalah  sangatttt mesra.auwww!

the moment aku ternampak gambar tu, aku call my dearest friend adibah. padahal kan, memang tengah maghrib weih. tapi ada aku kesah? dah maki sikit lebey kureng dengan diba, aku macam tak puas hati lagi. tanpa mempedulikan jarum jam yang menunjukkan pukul 7.30, aku terus call faiz.


sebab hati tengah panas je kan, terus je aku terjah si faiz tanpa memberi salam. memang tak hengat lah kau ain.

"ehem, dengar cerita ada orang tu mesra dengan seseorang" gila aku terus tembak takde belok-belok

"ahahahahah. eh, mana kau tau ni?"

sengal je kan faiz ni. dia ingat dunia ni besar sangat agaknya. alangkan dia kat NZ pun aku boleh hidu kegiatan dia. setakat kat pontian tu apalah sangat. macam-macam lah aku tembak dia. not really tembak kut. macam bergosip je.

"ain, kitorang tunggu je kau datang tau. nak tengok drama"

syial je faiz ni, dia ingat aku ni pelakon drama sebabak ke hape? tapi aku pun rasa, kalau aku datang memang MALATOPS kut majlis orang tu. kan aku ni drama queen. mesti kaw kaw punya scene aku create dan dan tu gak.


"weh, kau tau, si raja ridhuan siap cakap lagi dekat shai. kalau ain tampar kau, kau buat bodo je weih"

perkh, diorang boleh bikin lawak kan benda tu. aku pun tak pasti. adakah diorang akan buat-buat faham kalau aku betul-betul tampar shai considering apa yang dah berlaku. atau diorang rasa shai deserve kena tampar? atau mungkin juga diorang akan ban aku kalau aku wat camtu sebab kononnya rosak kan majlis orang.

seriously aku tak tau. tapi thank God lah aku tak pergi. coz bila aku dah tak centre, memang kau tak boleh predict apa aku mampu buat. agaknya kalau budak sekolah pakat pulaukan aku pun aku tak peduli asalkan hati puas dapat tampar dia.

"nak buat macam mana ain. dulu kau dengan aku kaki gosip. sekarang kau lak jadi bahan gosip. hahahah"


sengal lah faiz. apesal aku sorang je kena jadi bahan gosip? sedangkan dulu kaki gosip dengan aku ramai termasuk dia. adoi. padan muka aku. bak kata orang kampung sri gading, what goes around comes around gitu kut.

hish. drama betul. lepas call faiz tu aku termenung kejap. habis lah. dah lah aku nak jumpa F malam ni. karang kalau aku takleh let go, takut berhentam pulak aku dengan F. tapi aku terus berfikir. kenapa aku tak let go lagi? bukan lah aku mengharap kat dia lagi. tapi agaknya aku masih berdendam.

marina cakap, maybe aku just tak puas hati sebab aku tak tahu reason sebenar dia tinggalkan aku. aku pun rasa gitu. agaknya keegoan menguasai aku. aku rasa tercabar kenapa dia ada guts nak tinggalkan aku. maybe lah. aku tak sure. anyway, masa ajar tuisyen, perkara tu still lingering in my head. what the **** lah. karang tak pasal-pasal je gado dengan F.

and that night, kebetulan aku habis tuisyen lambat sikit. tunggu kak lin balik. so, terlambat sikit lah jumpa F. hp pulak tertinggal dalam kereta. rupanya, hampir 45 minit F tunggu depan gate. macam kacau bilau gila hari ni lepas tengok gambar tu.

mesej F jangan cakap lah berteritip dalam inbox sebab aku tak angkat call. tapi the moment aku masuk kereta F everything changes.

"b ke mana? tak pernah-pernah lambat camni"

"kenapa?"

"lah, risau lah.."

and at that moment, automaticaly, segala yang kusut tu jadi terurai. its not about what he said pun. benda tu, maybe sangat common pada sesetengah orang. its just the way he make me feel. the way he treated me.

even masa tu aku still ada rasa tak puas hati pasal shai tinggalkan aku tu, tapi at least satu benda yang aku realise, if aku tak break dengan shai how the hell lah aku akan kenal F kan? aku tak tahu tentang esok, lusa, bulan depan, tahun depan. but for now, im happy with him. dan rasa sangat bahagia sebab dapat kenal dia. andai kata terputus tengah jalan ke, aku tetap happy sebab there's a phase in my life which was filled by him. bukan aku tak sayang F, bukan aku tak fikir future dengan dia.

obviously i do. tapi sekarang aku nak jadi realistik. hidup tak sentiasa indah and this time i want to be prepare. tak nak macam dulu. jatuh tersungkur dan tak mampu bangun semula. sekarang aku nak jadi wanita kuat bukan lemah macam dulu.

ok ok. aku stop lah. biasak lah kalau emo. entry mesti panjang gila tak hengat punya. memang padan muka lah siapa yang terrrrbaca sampai habis sebab secara tak langsung kena dengar aku memaki orang dan bersinis bagai.

akhir kata..ceih siap ada akhir kata. sekalung budi takde ke? haha. akhir kata dari aku, jangan judge aku cuma dari apa yang aku tulis. there's more than what meets the eye. tapi kalau still nak benci aku, terpulang lah. aku kan wanita mulut longkang @ jamban.

6 comments:

Anonymous said...

ini die org yg dicall pd waktu maghrib dtg bg komen..

aku pn setuju ngn marina yg ko susah nk let go sbb ko tatau exact reason nape die tinggalkan.same jek cam aku.mcm la aku leh sgt nk let go mamat yg da patotnye ma** tu kan?

but life has to move on..kalo asik dok pk lali yg tak gune tu padehal ade org laen yg lebih baik tgu kite kat dpn, watpe nk pndg blkg kan??

cik nurulain said...

yesza. :)

diba, aku syg ko. hahaha. jiwang seyh aku.

Ibu Ammar said...

"there's a phase in my life which was filled by him.."

aku suka ayat ko nih.. seyes!

cik nurulain said...

nursarah:

terharu dgn kamu. prooves that u read the whole entry :)

zulaikha said...

smoge en.F dapat jage CN dengan baik..
kalo dier xjage.. kne rotan nnt...

cik nurulain said...

heheh. :)

nyanyi lagu please please please kamu jgn nakal kat F lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails