Friday, February 26

kak yati VS mas joko.



lagu ini aku nak tujukan untuk mas joko (*mas = abang) yang kerja kat carwash yang selalu aku dengan family aku kunjungi. kenapa? sebab dia akan mengubah nasib keluarga kami. eccceh. dramatik betul. bukan apa, mas joko ni supervisor kat carwash tu. dia memang kamceng lah dengan ayah. apa tak kamceng nya. 5 bijik kut kereta plet 7812 duk basuh keta kat situ. pagi JES 7812 sampai, karang petang JKB 7812 lak datang. cuma JKX7812 je jarang datang. heh, aku ni pemalas sikit.

so nak dijadikan cerita, kan aku dah tak ada bibik lagi kan? serius hidup menjadi terumbang-ambing. penat gila kut buat kerja rumah. padahal selama ni kak yati buat sorang-sorang termasuk jaga atok aku. jadiknya, mas joko dah bersetuju nak tolong carikan bibik baru untuk kitorang. terbaikkk dari ladang. hahah. dia nak carikan orang kampung dia gak. yeah yeah! mas joko memang terbaek ah!

adeh, napelah dulu aku tak paduk-paduk kan bibik aku kak yati tu dengan joko ek? joko tu hensem weih! kategori lelaki indon yang hensem. kau ingat senang ke aku nak kata jebeng hensem? susah wo. tapi serius, joko hensem. sampaikan aku dengan nurin dulu memang berniat nak match kan joko dengan kak yati.

kak yati bibik aku tu pun hot weih. dah lah cun, rajin buat kerja rumah lak tu. nak cakap yang dia hot sangat, india yang sewa belakang rumah pon berskandal dengan dia. lepas tu kredit kak yati manjang je ada sebab skandal dia topupkan. nanti bila mak nak topupkan dia cakap "ngak perlu buk. masih ada"
cewwah. berlagak tu tanak ditopupkan. kalau tanak bagi kat aku sudeyyy. jujur betul.

kak yati ni garang sebenarnya. rawrrrr! tak tau lah macam mana leh ramai peminat. kalau gi giant pun ada orang ngorat dia. kalau dia dengan joko memang lah macam pinang dibelah belah weih. eh tak tak, macam pinang dibelah 2 lah kan?

lepas tu hidup aku pun senang. dah laki dia kat sini mesti lah dia duk sini, boleh lah dia berkhidmat dengan family aku hingga hujung nyawa. wawawa. susah nak cari bibik macam dia. dahlah rajin buat kerja, tangkas. mulut dia tu kadang-kadang ada bising sikit lah. tapi kerja jalan. so, aku takde hal pon. pekak kan aje telinga.

tapi, malangnya nasib tak menyebelahi aku dan keluarga. kak yati disunting duda kaya kat indon. heh, kan aku dah cakap dia hot. dia kata dia tak kenal pun siapa duda tu. tapi dia rasa kawan abang dia kut. aleh, kak yati ni, tolak jelah. ntah siapa siapa je yang meminang dia tu. belum tentu hensem macam joko.

tapi, maybe kak yati nak bayar hutang kut. duda kaya tu banyak ladang katanya. adeh. takpelah kak. harap akak bahagia. tapi kalau tak menjadi, balik malaysia balik eh? kali ni kitorang pasti takkan berlengah. setiap kali nak basuh kereta bawak akak supaya cinta antara akak dengan joko akan berputik. wuwuwuwu~

p/s: minggu ni exhausting. aku macam nak gila

p/s/s: contestant trendy shawl contest di harap bersabar k? CN busy sikit lah. tapi CN dah ada bincang dengan co-judge iaitu cik syida. tunggu eh result nya. nanti lapang CN umumkan.

ada lagi p/s/s/s: aku tengah tunggu parcel. hari tu ada beli something. ho yeah!

6 comments:

samanosuke_04 said...

tunjuk laa sket gambar kak yati tue.. hohoho.. kesian si pemilik carwash tue..

cik nurulain said...

alahai. takde lar gmbar kak yati tu.

zulaikha said...

ape pon smoge kak yati tu bahagia.. hehhe..

ahmad endo said...

kesian mas joko...hahaha

kuyam said...

hahaha..nk jodohkan bibik la plk CN ni :P

cik nurulain said...

zu:
tu lah dia takde hantar khabar berita

ahmad:

alah. takdelah kesian sgt. ntah2 dia player.

kuyam:
hahhaha. CN kn kepoh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails