Saturday, February 20

ala-ala reject shop gituw!

aku korek-korek mmc digital cam aku. nak clear kan lah. dah berkeladak dengan gegambar yang tak berapa nak perlu. aku ni memang ada penyakit. 'penyakit sayang nak buang'. semua benda pun aku sayang nak buang. tu yang cupboard aku penuh tu. padahal half of the outfit aku dah tak pakai lansung!

so, before aku buang mana-mana gambar, baik aku abadikan kat sini kan. wah ayat abadikan tak boleh blah betul. tak serius lah. aku nak simpan pun no point kut. hahaha. keji lah kau ain. punya lah banyak gambar orang kau snap pastu kau nak buang. alasan? gambar kau buruk. hahaha.

 
ini masa boring-boring jaga gerai aza dekat bazar. customer pun tak ramai, jadi aku menggila kejap. spek besar tu pelaris gerai aza. syyyhhhh...

 
 ini my gangsta bro dengan his other half. ceh poyo. ni lah aza, tokei gerai tudung yang aku lepak seminggu nih.

  
 ni pula abg J dengan kak niza. kak niza adalah kakak aza ye. abg j adalah suaminya lah. who else?


  
 ni lak nad sewel dengan kak fini. diorang ni share partner aza. diorang jual handbag kat gerai aza. weih, angkara si nad sewel ni perut aku hampir terburai kat bazar. dia ni gila meroyan punya budak. tak sangka dia bakal nurse.

 
ni pulak aza dengan nyonya jual sayur mana ntah. syial lah muka aku bila tak pakai eyeliner. mata jadi makin sepet. sepet yang tak comel lak tu. hak tuih! 

masa ni we ols lepak kat singgah selalu lepas tutup gerai kat bazar. FYI, masa ni aril af tu pun tengah lepak kat SS jua bersama geng shuffle dia kut. muka kerek piang! kuar dari toilet pastu buat muka kerek. oh please. macam kau glamer sgt. takde pun aku tengok orang berlari terpa kau mintak sign.


 
 jangan risau aku bukan nak pergi terjun bunuh diri pun. kut ye pon nak buat cenggitu aku tak buat kat maktab weih. karang tetiba aku terpaksa menghantui bebudak maktab ni lak. aku hussein!!!!!!!!! (sape tak tengok citer santau tak boleh pick up phrase nih. hahah**)


alah. nak amik gambar jelah.

pssst, baby doll dress ni marda beli dengan aku, hasil hasutan aku. hehehe.masa ni marda je jungkit kaki. adeih.chop chop! tak jadi.


 
masa ni lak aku je sempat jungkit kaki. marda sipi-sipi je nak angkat kaki

 
ok ngam! masa ni dua-dua angkat. aku tak tau motif gambar ni. macam *&%$%^ kan muka aku? kalau cun dah lama kut aku publish ini gambar. hahaha,memang keji.

 
baju belang-belang tu bukan shai eh. please lah. itu aizat, bf marda merangkap classmate aku merangkap membe satu matrik dengan shai. apekah? ada kaitan jugak rupanya. 


hahaha. ntah pape je gegambar yang aku upload dalam entry ni. dah macam reject shop dah. gambar reject sumer aku humban sini. ok. dah berpinar mata kau tengok gegambar ni? bagus! learning outcomes achieved! (dan dan cakap pasal learning outcomes, tau lah isnin kena gi sekolah dah)

** masa jaga bazar aza tu, gerai depan kitorang ni jual dvd. 3 hari straight dia duk pasang dvd santau yang asek kuar "aku hussein!!!"  sampai kitorang dah naik hafal. bila kitorang suh dia main citer lain dia kata "tak boleh lah dik, citer ni tengah 'in' skang, abang nak kena promote. adeh, kaedahnya kitorang lah yang khatam citer tersebut.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails