Tuesday, February 2

blues hujung minggu.

setelah bergundah gulana sepanjang hari dan hampir gila sebab bersendirian, hari ahad aku keluar lantak seharian sampai tak hengat dunia punya.

malam sabtu tu, aku memang sikit lagi nak ting tong lah kan sebab seharian duk terperap je kat blok parit murni nun. aku keluar pun gi makan je kat parit raja dengan F. dia OT. kalau tak memang aku dah heret dia ke mall dah. boley rembat barang sebiji 2 handbag serta tops sementelah elaun sudey masuk. tapi itu cuma anganan palsu sebab macam tak syok pula bershopping seorang diri.

eh, mana aku cerita tadi? oh ya. ting tong tadi kan? so, aku telah me-mesej syada yang ketika itu berada di pasar malam pesta. beliau macam simpati dengan aku. tiba-tiba saja beliau telah invite aku tido rumah sewa beliau. (ape kejadahnya beliau macam lah syada ni menteri besar perak. adeh!)

tanpa mempedulikan alam semesta, aku lantas bersetuju tanpa mengambil kira kalau-kalau syada cuma invite-invite chicken je. belezup terus aku mandi dan berkemas arakian menunggu syada menjemputku di asrama parit murni tercinta.

setibanya di ruma sewa syada...oh my gucci! terperanjat nyah. memang licin takde apa lagi. sengal boley tahan gak minah ni. dah la tilam angin dia tak pam lagi, comforter pon tinggal kat hostel. malam tu, aku, syada n kak leha tidur tanpa alas dan berselimutkan bedsheet syada yang fitted tuh. tragis siot.

keesokan hari nya, aku bangun dengan sakit pinggang. haha. lantas pengembaraan geng bermula. aku ni dah macam ahli rumah dah di heret ke sana ke mari men-shopping perkakasan rumah. hentian pertama kami ialah air hitam. objek sasaran ialah bidai tingkap, tikar buluh serta tirai.

 
ini ialah lampu gantung yang syada nak beli tapi di halang oleh kak leha. yang bulat2 and colourful tu.

kak leha tampak puas hati dengan hasil belian nya. tapi dia ada sedikit kecewa sebab bidai tingkap 2 panel tak ada lak. adoi. penuh seh myvi syada tu. dengan tikarnya, bidai lagi, kusyen depan tv lagi. aku macam dah terperosok kat passenger's seat belakang tu.


walaupun sibuk tawar menawar harga bidai tingkap, kak leha sudi luang kan masa snap gambar poyo kami. kehkeh.

pengembaraan tak terhenti di situ saja. penjelajahan diteruskan ke one stop super store. setahu aku one stop ni ada kat bp je. tak tau kalau kat tempat lain ada tapi kat jb memang tak ada. kat situ kak leha dan rasyada memborong keperluan rumah. segala sudip, gayung, kuali, hanger, bakul sampah u named it lah bai. nak buek camno? owner rumah tu haji bakhil. kipas siling pun dia tergamak cabut.

dah sudah memborong kat situ, kak leha boleh terasa nak angkat sofa plak. adeh. layankan saja. nanti kitorang jugak yang guna sofa tu. (aku ni sekali lagi over macam aku yang penghuni rumah sewa tu). hadui. banyak gila weih tempat kamiorang pegi. penat siot. biasaklah, selera tinggi tapi harga tak mau tinggi. jadi ala-ala mau patah jugak lah kaki aku layankan kak leha. kak leha ni makan makjun ke bertenaga gila.

 
abaikan je pelakon yang buat-buat serius tu. fokus kat sofa je.

 
sekali lagi abaikan pelakon. ni bayaran ciput tapi aksi terlampau. gila glamer lah katakan 


 
muka kak leha tak bole blah. bersungguh gila padahal tengah control kot


tapi, akhirnya, kak leha beli sofa yang ini. comfy wuwuwuw!

kan aku dah cakap, aku lagi over dari penghuni sebenar.

bila kak leha dah gumbira, mestilah dia rela je snap kan gambar aku dengan syada yang sebenarnya dah tersangatlah penat, energy level dah merah gila kalau dalam game sims tu. tapi gambar punya pasal plaster senyum fake 1!

 
kan begitu tawar dan fake sungguh senyuman kamiorang berdua nih. jangan persoalkan gaya tudung ala-ala winter sonata tu. aku dah malas nak selimpangkan selendang tu. free style sudey!


sofa yang kak leha beli tu dapat harga offer tapi dia tak sediakan penghantaran. boleh bayangkan tak sofa tu diangkut dalam myvi putih syada? relax la bai. di mana ada kemahuan, di situ ada hi- way. hahahaha~


baiklah. sekian sahaja program jalan-jalan cari sofa untuk minggu ini. jumpa lagi di minggu hadapan pada hari dan waktu yang sama bersama hos anda,


 
rahsiada utama dan cik nurulain, laen dari yang laen.

chow cin chow.
zass.
layan.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
oke suka ati kau nak tambah apa lagi.




2 comments:

kuyam said...

wuhuuu...shoping2 perabot
bring me along wehhh! hehe :p

cik nurulain said...

jum lah kuyam. mari bersopin!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails