Sunday, February 21

heartbroken

aku dah tak boleh tahan dah semalam. lepas angau-angau then mengada sangat buat entry pasal korean style tu, aku decide nak purchase gak dress and top yang aku duk berkenan tu. bukan apa, lepas aku advertise kan laman web korean style yang offer reasonable price tu, aku jenguk balik blog tu, tup tup top yang aku berkenan tu dah sold out. wuwuuwuwuwu~ nak nangis rasa.

so aku bloghop lah dengan penuh kesungguhan ke blogshop lain. and akhirnya jumpa blogshop lain yang jual design sama tapi harga ada sikit mahal lah dari blogshop yang aku recommend tu. sikitttt je, plus aku dah berkenan sangat.

jadi dengan rakusnya aku pun place my order lah. lagi girang sebab dia kata ready stock. sebab selalunya blogshop korean style yang aku jumpa, pre-order. macam tak sabarr sangat lah kan kalau nak tunggu yang pre-order tu.

and and and. aku bukan order 1, tapi 3! dasar rakus. serious weh. aku memang dah tak peduli dah. siapa yang add aku kat facebook, status aku semalam tu sebenarnya pasal ni je. hahaha. bikin kontroversi je lebih aku ni.

 
 saje taknak crop open tab kat atas tu nak tunjuk betapa gigih aku cari kat blogshop lain


tapi sad to say, sampai sekarang tak ada berita weh. :'(  *sob sob sob* aku bukan setakat fill in the order form, aku antar sms lagi tau. sms delivered tapi tiada sebarang response. and aku rasa aku check mailbox aku hampir setiap 10 minit. crazy kan? still tak ada response.
aku ni memang ada penyakit macam ni tau. selain 'penyakit-sayang-nak-buang' yang aku dah cerita dalam previous entry tu, aku juga ada 'penyakit-sedih-tak-bertempat'. sedih aku ni ni bukan sedih biasa tau. perasaan hampa ini akan menguasai aku dan menjadikan aku kanak-kanak yang murung. kanak-kanak lah pulak tiba-tiba?

dan emosi yang menguasai diri telah mengakibatkan aku menge'post' status ini.



ada orang tegur bahasa aku kasar. sorry, ter'emo'!

ok lah. aku nak pergi check inbox lagi. maniac kan? hurm, kalau takde gak, last resort aku ialah try cari blogshop yang offer pre-order stock. tengok lah macam mana. kalau takde gak, aku give up.

p/s: nanti lah eh aku upload gambar tops tersebut. plural eh plural. kalau dah desperado akan aku iklan kan dan mintak tolong korang search kan. hehe~

p/s/s: add aku kat facebook jika ada ya? ainisz_98@yahoo.com. and no, aku bukan lahir tahun 98. that used to be my fav number. used to be eh. not anymore. macam childish jek ada fav number.

p/s/s/s: perkh irritating bape byk p/s daaa. neway, please please please buat survey kat tepi tu k? alah yg kaler purple tu. kamu memang yg terbaek ah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails