seriously aku tengah bengang gila dengan makcik aku yang 'tengah hanyut dibuai cinta' tu. sakit hati aku di buat nya. tergamak dia tinggalkan atok aku sorang-sorang? macam orang dah hilang pedoman. aku memang dah tak pedulik lagi dah. siapa suruh perangai kurang ajar sangat? kan aku pun dah jadi kurang ajar!
kau nak bercinta dengan suami orang ke, nak dating tiap-tiap hari ke ada aku kisah? tapi please lah ada tanggungjawab sikit. aku ni dengan atok aku tu memang bahasa kasar sikit. aku suka marah dia. cakap tinggi suara, bukan apa, atok dah tak berapa dengar so kalau nak cakap harus lah dengan suara yang meninggi baru dia dengar. lagi aku suka marah dia sebab dia dah nyanyuk and suka cakap benda yang doesnt make any sense. selagi aku boleh ignore aku ignore lah. tapi kalau dia dah start merapu yang terlampau aku memang marah dia. supaya dia berpijak pada realiti semula.
but then jahat-jahat mulut aku ni pun tak tergamak kut aku nak tinggalkan atok aku sorang kat rumah. kalau jadi apa-apa macam mana? eh ada otak pakai elok-elok boleh tak? ke dah tak berfungsi dah segala serebrum, sereblum dan medula oblongata tu?haish. memang bikin line wa panassss!
dah lah house chores tak payah nak duk harap kau buat dah. bajet rumah ni macam ada maid lagi lah kan? soalnya dulu pun kau ke yang bayar gaji maid tu yang kau nak suruh dia buat kerja untuk ko? kalau tak mak aku gak yang bayar kannn?kalau aku tinggalkan tenggaling macam tu, balik kang aku tengok tenggaling lagi lah benda tu selagi aku atau mak tak betulkan. hish. geram nya yang amat!
aku nak tengok gak jadi ke kau kahwin bulan 3 ni. kau sedia jelah. aku memang tak masuk campur kalau takde hal. kalau kau nak dengar aku melaser lagi cam hari tu try ah buat mak aku sakit hati kan. kalau tak aku bagi kaw kaw kat ko balik. pedulik hape aku kalau lepas tu aku kena tampar dengan ayah sebab kurang ajar sangat. yang penting hati aku puas.
kau dengan mak aku yelah adik beradik. aku dengan kau setakat pangkat anak sedara je. takde mudarat lah kalau kau menyampah dengan aku pun. punyalah mak aku sayang kau. jaga kau. care pasal kau. camni lak kau balas.
sekarang aku dah taknak pertimbangkan lagi soal kau kena guna-guna ke kena senyonyong ke. kalau kau masih boleh sembahyang, kau masih tau hukum so aku rasa kau tau hukum dan tanggungjawab anak terhadap ibunya.
ok. temperature aku pun dah naik ni. baik aku gi amik wudhu sebelum syaitan menguasai aku.
4 comments:
Ahakz.. cam dah kene kuasai jer hehe.. Jgn panas sgt.. cuaca pun tgh panas ni.. kang terbakar lak pokok pisang belakang tu..
Makcik ko tu.. mslh cinta memang kes berat.. namapun cinta.. cipan pun dikatakan tenuk klu dah kemaruk cinta.. aku rase kumpul adik beradik mak ko kasi smash sikit tanggungjawab dia tu.. lum kaawin lg pun.. so ingt2la ..
betul tu..amik wuduk tenang kan hati n fikiran k =)
teruna giler:
dulu aku pikit tenuk dengan cipan sama tau...hahah~
ieqa:
dah waras sikit nih. :)
Post a Comment