Friday, February 5

kemeroyanan ammar.

amaran: aku bagi amaran awal. entry ini panjang. sila skip jika anda sedang bosan.

lama kan tak cerita kisah ammar? siapa ammar tu? haish. panjang cerita nya. kalau tak tau, baca entry musuh ketat dengan hantu berak ni. nanti korang tau lah siapa ammar tu.

selalu dalam penceritaan aku, aku macam describe dia sebagai adorable je. macam mustahil lah kan dia begitu adorable considering how he behave. tapi seriously, there are moments yang aku rasa macam nak picit-picit je si ammar ni. geram aku. tak reti nak duduk diam.

baru-baru ni, disaster gila. ammar ni pelik sikit. dia ekstrim. kalau mood dia tengah baik and dia favour akan kau, dia pakat nak peluk cium kau. (yes, dia buat macam tu kat aku. kalau nak berguling, silakan). but then kalau mood dia tak elok dan kau bikin dia lagi panas, alamat bersilat lah. dia memang macam tu.

bukan dengan aku je. dengan mak, ayah and kakak dia pun dia macam tu. menjerit and memekik mekik kat mak dia tu memang dah biasa sangat dia buat. but the next thing, dia dah pun peluk-peluk mak dia balik.drama betul ammar ni.

maybe aku bukan sesiapa pun dengan dia. takde hak pun aku nak naik tangan ke hape kat dia. tapi bila dia kurang ajar dengan mak dia or ayah dia, memang dan dan tu jugak aku sound. "ammar, nape cakap macam tu kat ibu/ayah? dosa tau. mintak maaf!!"


 
ni ammar. jangan tertipu. masa ni dia belum menggila.

and seriously, kalau kau taknak sesi terganggu, tunggulah habis sesi baru 'tazkirah'kan dia. sebab, kalau masa tu kau suruh dia mintak maaf kat mak dia, jam tu gak dia berlari cari mak dia, nak mintak maaf. selama ni dia buat kat mak dia je.

tapi since aku ada, and aku sound dia bila mulut dia celupar and dia kurang ajar dengan ayah dia, dia mintak maaf and peluk ayah dia sekali. perkh! ayah dia confirm lah pelik. sebab ammar memang tak buat macam tu dengan ayah dia before this.

yang aku gerun dengan ammar ni, ayah dia punyalah garang weih. tapi dia macam tak takut dengan ayah dia. ada one time tu, ayah dia dah hayun rotan dah. dia still nak buat perangai. tak tahu takut betul. aku yang takut.

nakal nya ammar ni memang aku susah nak describe. nurul dengan izzati dah pernah ikut aku. diorang dah boleh tau lah macam mana perangai ammar ni. ada satu masa tu, lagi lah sengal. boleh si ammar ni gi tanya...

"cikgu, cikgu sayang kawan cikgu tak?" mata berkaca ala-ala sailormoon. tulus betul soalan.

"mesti lah sayang" melayankan aje budak ni.

"kalau macam tu, cikgu pergi lah sayang (peluk) dia sekarang. ammar nak tengok."

"erk.."

nurul dah sengih dah. bukan apa. benda tu normal kalau buat kat marda ke marina ke. aku ni buka type lovey doovey lah. hug hug kiss kiss sesama member ni aku memang cukup geli. ni si ammar nak paksa aku buat kat nurul lak.sengal!

anyway, the other day ni, aku macam bertekak teruk gila dengan ammar. as usual lah dia selalu hilang fokus. dia nampak gambar ular kat buku cerita dia. pastu dia tanya aku.

"cikgu, ni apa?"

"ni ular la ammar"

"nanti ular gigit ammar eh cikgu?"

"ular tak gigit lah ammar. ular patuk. macam ni ha" sambil buat gaya mematuk

"cikgu cikgu cikgu, tuliskan ular cikgu"

aku layan kan jelah. lepas tu aku amik buku kotak dia tulis words U  L  baru nak sambung tulis A tiba-tiba dia berketuntang.

"ammar ni apesal?"

"ammar taknak ni lah cikgu" nada membentak gila-gila

"abis nak apa?"

"ammar nak cikgu tulis gambar la bukan ni!" suara dia memang dah meninggi gila masa ni.

"apesal lak nak gambar ular. jangan nak mengada la ammar" aku lak tinggi suara

"cikgu ni cepatlah buat"

"eh apahal nak suruh cikgu ni?"

"cikgu buat lah. kan ammar dah suruh wat. hish...tak paham lak"

"eh, ammar tu bukan nak dengar cakap cikgu. apesal cikgu lak kena dengar cakap ammar???"

seriously masa ni dah macam petir memetir dah kat living room tu. rasa nya satu rumah kut dengar. ayah ammar keluar bawak rotan. dia dah hayun rotan tu. ammar still buat perangai. kakak dia datang macam tenangkan dia supaya dia tak buat perangai and dia diam.

"ammar! dengar cakap cikgu. abah dengar bunyi bising lagi..siaplah!"

lepas abah dia masuk bilik, dia masih lagi berketuntang. tapi macam slow-slow lah. dia still membentak dengan aku. dia paksa-paksa aku lukis ular tu.

aku buat bodoh je. pastu dia memberontak gila. dia makin menggila. dia hentak-hentak meja lepas tu hempas semua buku dia. aku terus senyap je. pastu tiba-tiba je aku dah menangis. aku tak pernah nangis selama ni. selama ni, aku cuma 'berlakon' nangis and nanti ammar akan behave sikit. dia memang macam tu. marah-marah orang. bila orang tu macam sakit atau pun nangis, dia cepat rasa guilty and cepat-cepat mintak maaf.

tapi kali ni aku nangis betul. and kalau before ni aku berlakon nangis memang nak tunjuk kat dia, this time masa aku nangis betul-betul aku cover gila muka aku. taknak dia nampak. aku kesa air mata guna sleeve baju sebab tak dapat capai tisu dalam beg.

ammar nampak kut aku nangis. dia tiba-tiba stop menggila. dia senyap. tengok je aku nangis. aku pun senyap jap. tak lama lepas tu, dia hulur tangan dia.

"cikgu......ammar mintak maaf."

"hurm"

"cikgu...salam lah ammar."

"hurm..."

"cikgu, jangan nangis. dah dah."

"dah lah, ammar buat ni eh" sambil tunjuk homework dia.

"ok ammar buat"

"cikgu jangan nangis lagi tau. kejap ammar nak amik tisu"

"eh tak payah. ammar buat kerja ni"

ntah lah ek. its not usual aku nangis. tapi lately aku sangat penat weih. dengan praktikum nya. zapin lagi. schedule aku sangat lah pack. tak sempat nak buat apa-apa. bila datang ajar ammar dia buat hal macam ni, aku rasa nak merintih. nak merintih sebab terlalu penat.aku nangis tu bukan kecik hati dengan ammar. sebab aku tau lepas tu mesti dia mintak maaf.

almost everyday macam tu. dah buat perangai menggila, bila aku marah or merajuk baru nak mintak maaf. so aku dah biasa. tapi aku dah tak tahan lah. aku penat. and masa aku nangis tu aku terfikir nak stop ajar ammar. seriously.

i mean, its not that aku perlukan duit sangat. duit elaun cukup je. selama ni pun takdelah aku terdesak bab duit sampai nak kena buat extra money this way. aku buat ni pun sebab seronok masa cuti tu buat tuisyen. so bila ada orang offer buat tuisyen lagi aku accept je tanpa investigate dulu budak nya.

but now bila dah involve dengan ammar ni, aku tak sampai hati nak quit. kesian kat dia. dia macam dah build bond dengan aku. sekarang asek tanya je aku sayang dia ke tak. pastu peluk-peluk aku. dia ni nakal. aku rasa kat mana-mana orang asek marah dia. ayah dia...atok dia...cikgu dia. you know, kak lin cerita dulu masa tadika, everyday bila dia fetch ammar, tangan ammar berikat dengan tali. cikgu dia yang ikat sebab dia tak reti duduk diam, nakal.

dia ada idea yang semua orang tak suka dia. tak sayang dia. dengan aku ni, aku tak buat macam tu. sebab kalau dah semua act macam tak sayang dia, manalah dia berminat nak belajar kan? so i always put a happy face and layan dia. layan dia main, berbual.aku perhatikan, lepas aku layan dia,dia lagi behave. lagi dengar cakpa. maybe dia rasa dihargai, so dia pun hargai lah orang yang layan dia tu.

aku tak sampai hati nak quit. kalau aku quit, sape nak ajar dia? dia tak pandai baca lagi tu. duit memang bukan masalah bagi mak ayah dia. mak ayah dia banyak duit. tapi ada ke orang tahan dengan dia? everyday ada je benda dia akan buat. kau langsung tak boleh predict. tengah menulis tiba-tiba memekik and lari keliling meja tu dah biasa sangat dah. buat-buat menggelupur kat lantai pun adalah panorama biasa.

seriously, aku kesian. tapi sampai bila? aku ni pun dah macam sangat tak bertenaga with all the commitments. sekarang ni ok lagi belum start PNP sebab busy dengan sports day. nanti dah start PNP macam mana? aku nak perah otak buat lesson plan lagi.

aku betul-betul dalam dilemma. at the same time, aku pun dah ada attachment dengan dia. dah anggap dia macam adik aku. and macam dah berniat nak ajar dia sampai pandai baca.tapi mampukah aku? aku ni macam dah  terlalu weak je. wajar ke aku quit sekarang. i really dont want to give up on him. he's a bright child. aku tak rasa dia bodoh. dia cuma kurang fokus.

but then, aku ni bukan wonderwoman. tak semua aku boleh kejar dalam masa yang sama. haih.macam terlalu banyak benda aku nak kejar. jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran lak. *sigh*

p/s: whomever yang happens to stumble here, please buat survey kat sidebar tu ekh? thanks. ( " ,)

7 comments:

apek said...

sabar bebanyak... setiap dugaan yang Allah turunkan.. mesti bersama kebaikan.. percayalah..

cik nurulain said...

heks. thanks for the advice :)

insya Allah akan rasional dalam membuat pertimbangan.

zulaikha said...

CN,sabarkan hati.. bdak2 mmg camtu...Allah xkan uji kita diluar kemampuan kita~~

p/s: ammar ni can comel je... *klo dier x buat prangai*

cik nurulain said...

yup. mmg comel kalau tak wat perangai...heheh

Anonymous said...

eh..bdk ni mcm aku knl je..mmbe aku ade anak sedara name ammar gak..lebih kurang ngan bdk ni je..jgn2, bdk ni penah menunggang aku cm binatang tunggangan dulu kot..huhu.. -johan-

cik nurulain said...

sape la plak.

nama mak dia apa?

Anonymous said...

entahla..yg bdk yg aku knl ni mak die doktor.. -johan-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails