Thursday, January 21

musuh ketat.

hari ni ammar agak behave sedikit. aku suruh wat apa pun, dia ikut je. mungkin sebab dia tak sedap badan. dia macam nak demam and batuk. takpelah. bagus! aku boleh balik cepat lagipun mau jumpa F lepas kelas ni. sejak bizi dengan MQA aku telah mengabaikan F.(alah dia pun bizi jugak.nyampahs!)

tapi semalam ada dia tak berapa nak behave sangat. meroyan aku jadinya. 1jam jadi terlalu panjang bagi aku bila ammar wat perangai menggila dia tu. anyway semalam lepas 1 jam yang azab, kak lin hidang kan roti bosnia. biasanya ammar memang akan makan sama-sama dengan aku.

roti bosnia tu macam mana? ouh aku pun first time makan. dia macam roti john. dalam dia ada telur dengan sayur. lepas tu di balut dengan something like kulit popia. aku rasa dia celur dalam telur lepas tu dia goreng.



kalau korang pernah baca ini, korang tahu lah aku memang tak suka makan sayur. karnivor agak nya aku ni. mentang-mentang lahir tahun harimau, habit makan pun nak macam harimau ke? haha. so, selepas gigitan pertama, aku telah mengetahui isi kandungan roti bosnia itu adalah musuh ketat aku.

aku lantas berintention mahu korek keluar semua sayur aku. baru berniat je tau. belum buat lagi. tiba-tiba...

"cikgu...cikgu tolong buang kan sayur ammar. ammar tak suka"

gulp. apa nak buat ni? ammar ni ada je nak miserable kan hidup aku.

"ammar...mana boleh buang sayur. sayur bagus tau. sayur berkhasiat. kalau makan sayur nanti kita jadi bijak."

perkh tak boleh blah statement yang aku keluarkan tersebut. fake gila la kau ain.

"alah...tak sedap. ammar tak suka"

dah sudah. dia kata tak sedap lak. aku perlu mengambil tindakan drastik nih.

"tak sedap? siapa cakap. sedap lah ammar.tengok ni cikgu makan. erm...sedap nya sayur ni"

adoi. tak pasal-pasal terpaksa aku telan musuh ketat aku. tapi lepas tu ammar pun telan gak sayur tu sampai mak dia kagum sebab roti bosnia tu licin dia makan tanpa buang sayur. nak buat camne kan? aku cikgu. tak kan aku nak ajar budak supaya tak makan sayur lak? walhal masa menelan tu sikit lagi nak terjeluak. huh.


se'adorable' mana pun korang aku tetap tak bernafsu hokayh!


 p/s: cikgu perlu ada skill berlakon yang mantap. lakonan perlu lah meyakin kan. jangan sampai kantoi.

10 comments:

FaTiN said...

tergelak sorang-sorang bila baca entry ni

pandai awk pujuk si Ammar tu makan sayur=p

cik nurulain said...

fatin:

CN terpaksa berpura-pura. yeah. cikgu cemerlang kena pandai berpura-pura.

Asfan Ash said...

kao memang
dah r garang
karnibor lak tu
seb bek x cakcibor hahhahaha

kalau nak bergaduh mari bertumbuk

A.I said...

hahahhahaha, seryes sayur memang tak sedap!!

tapi... x dpt bygkan u kena mkn syur sebab.... gagagagga

lakonan yg baik ley ganti memey pas nih. heee~

cik nurulain said...

ARC:

garang sgt ke hamba ni? ngape tuanhamba asek ckp hamba grg je. kekekek~

cik nurulain said...

aisha:

mmg tak sedap. tu yg nk tjeluak tu. adeh. hah? memey????tak mau r cm pompuan tu. i allergic.

Suraya I. said...

sedang membayangkan harimau makan sayur..
hahahahahaha!~

cik nurulain said...

kalau dah kurang makanan sgt mungkin lah harimau akan makan sayur...

zulaikha said...

cikgu yang bagus...2 thumbs up.
tp ksian CN kan. xpasal2 kne makan sayur.. =p

cik nurulain said...

zu:

mmg mengkasihan kan. :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails