Saturday, January 9

jana pendapatan sampingan. (bukan pasal MLM)



duit bukan lah segalanya, tapi segalanya adalah duit bukan?

nak minum air suam je pun kena bayar 20sen. lepas 30 minit, kau nak "buang" air suam tu kat tandas awam, 20sen lagi.

mana-mana pun duit. celik mata nak pakai duit. tutup mata pun nak pakai duit. sampaikan masa nak dikebumikan pun kita masih perlukan duit.

itu lah besarnya kuasa duit ni. tapi dalam dunia serba moden ni, sebab duit senang keluar, duit gak senang masuk.

sebab tu lah kita ghairah berblogging ni sebab ni juga salah satu cara mudah nak jana pendapatan sampingan. part ni aku tak boleh nak ajar sebab aku pun tak mampu dapat earnings lagi dari berblog. setakat nak beli topup lepas lah.

sini aku cuma nak kongsi macam mana nak jana pendapatan sampingan selain dari berblog.

1. photographer freelance
kalau tengok sekarang ramai yang memiliki DSLR right? (correct me if im wrong k?) dari benda tu membazir takde guna, apa kata korang mendalami ilmu fotografi. belajar dari orang yang dah senior. belajar dari internet pun boleh. bila dah agak mahir, tawarkan lah perkhidmatan mengambil gambar pada orang terdekat; kawan-kawan dan sedara mara. untuk peringkat awal, tawarkan harga yang rendah. berpatutan la siit dengan kemahiran yang you all ada kan. sediakan portfolio korang, upload gambar kat flickr ke. bila client browse and berkenan, tengok harga plak affordable, mesti lagi banyak job dapat. internet ni memang memudahkan hidup kita. advertise je apa pun kat internet, insya Allah laku.

2. andaman
ini pun sangat komersial sekarang. ramai sangat yang berminat tentang andaman dan solekan. jangan bazirkan kemahiran tu. semua benda pun kita boleh buat duit sekarang tau. sekarang ni, bukan saja kahwin orang nak pakai mak andam, tunang pun orang nak pakai mak andam. lepas tu kat U kan selalu ada dinner akhir sem. selalu the girls mesti nak nampak vogue masa ni. so, sebagai permulaan, korang start dengan job kecik macam ni. bila kawan korang puas hati dengan kerja korang, dia akan recommend pada orang lain. nanti bila dah ada nama sikit, boleh lebarkansayap, mengandam pengantin pula (untung-untung boleh jadi make up artist, sape tau right?)

3. bisnes kraf
ramai orang ada minat buat handmade kad lah, buat sulaman lah, buat aksesori lah. instead of buat sebagai hobi je, why not make it into business? kenapa aku list kan bisnes kraf ni dalam ni? sebab kraf ni sangat authentic. dia kena ikut kreativiti. selalu nya tak akan ada keluaran yang sama sebab dia handmade kan. nowadays, orang memang cari benda-benada yang unik and authentic. especially kalau nak bagi kat orang as present. yelah, birthday kad contohnya, kalau beli dengan hallmark atau memory lane punya, boleh cecah belas-belas. padahal dia cetak banyak. kalau browse kat internet, banyak je dijual handmade cards yang cute, unik and murah sangat. see, peluang nak buat duit memang banyak nowadays.
sesiapa yang minat dengan kraf, boleh klik sini. boleh usha blog-blog yang offer crafts items

4. private tuition
ini yang aku telah buat masa cuti hari tu and sedang buat sekarang. tahu tak, pendidikan sangat dipentingkan oleh parents sekarang? diorang sanggup berhabis banyak duit untuk education anak-anak. this is where private tuition comes. demi memastikan anak diorang diberi perhatian secukupnya, parents hire tutor peribadi. bayaran nya on hour basis. sebab yang ni aku memang buat, so aku boleh cerita banyak sikit lah. rate dia berbeza ikut level and ikut tempat. sekolah menengah lain, sekolah rendah lain. aku just buat untuk sekolah rendah sebab itu speciality aku. kalau di jb, untuk sekolah rendah, rate nya ialah RM30 per hour. kerja nya tak berat sebab kau cuma kena fokus pada seorang pelajar je. kalau di kl rate nya lagi tinggi aku rasa. ok, bagi sekolah menengah lak rate dia adalah RM45 per hour. mahal kan? bayang kan kalau sekali sesi kau buat 2jam. 2 x 30 = 60 dah. seminggu buat 2x je cukup. dah 120 kan? sebulan ada 4 minggu. so 120 x 4 = RM480. senang-senang je dapat duit tanpa bersusah sangat. yang ni aku suggest pada bakal guru. selain dapat duit poket, benda ni boleh brush up skill kau in teaching. aku cakap sebab aku dah buat. so, i know. kalau kau memang aliran edu lagi senang, boleh dapat offer dari student masa kau practical. tpi kalau nak iklan kan kat internet pun boleh. masa cuti hari tu, aku iklan kan di mudah.com. sekejap je dah ada orang call. sebab apa? sebab bidang ni demand dia memang tinggi.

so, cukup lah ni ek. aku bukan dah ada income juta-juta nak kongsi tips berderet-deret. tapi saja nak kongsi ilmu. aku tengok dalam dunia blog ni ramai juga bakal cikgu. siapa-siapa macam berminat nak tahu pasal private tuttion tu, jangan segan k? tanya je aku. kita boleh kongsi ilmu. :) rezeki Allah ni untuk diagih-agihkan.

p/s : siapa minat jana pendapatan melalui blogging, pergi berguru dengan sifu kak ujie. dia ada banyak tips tau!

6 comments:

Unknown said...

saya mmg ada niat nak buat bisnes dgn iklan kat blog, tp xda modal dan xada ilmu..sy minat nak wat design baju...tp tu la..xtau nak mula

cik nurulain said...

buat 1 job dulu. tak perlu keluar modal.

just buat design. hantar tempah pada syarikat lain. as a start lah.

so, u jual u pnye design jelah. nnt klu ah maju br la print sendiri.

zack zukhairi said...

bagi cadangan kat aku, ain. Aku nk bisnes apa?

cik nurulain said...

zack: ko kat jepun. susa sket. ko selalu balik ke?

Asfan Ash said...

woiii ko xcakap ngan aku pon eh tuisyen leh iklan kat mudah
arghhh ruginya gua

JMR said...

bagus2..jarang nak jumpa bizminded dr kalangan bdk2 melayu..slalo yg pk nak mkn gaji jer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails