hari ni aku tergelak besar lagi dengan ammar. adoyai budak ni memang bikin aku pecah perut je tau. nasib baik lah. kalau tak, mesti aku stress gila. bila aku sampai je ammar terus tanya
"cikgu, cikgu dah baik sakit perut?"
aku buat muka sebab memang tak faham. kak lin bagi signal. rupanya masa aku tak datang jumaat lepas ammar duk tanya kat kak lin. so, sebab blur sangat, kak lin cakap je aku sakit perut.
" haah ammar. cikgu sakit perut. tapi sekarang cikgu dah baik sebab dah makan pil chi ket teck aun"
ok, muka dia seriously percaya and macam simpati kat aku sebab sakit perut. haha. lawak la anda ni ammar. pada 20 minit pertama tu, aku memang kagum sangat dengan ammar. dia obedient gila. duduk diam and tulis huruf b kecik. dia macam fokus gila. serius aku hairan.
keadaan rumah tu sunyi je tadi. i don't know why. aku pun tak nampak kelibat abang dengan akak ammar. even adik ammar yang selalu datang menyibuk time ammar belajar pun dah tidur. yang kedengaran cuma bunyi TV yang sayup-sayup dari ruang bersebelahan living room.
all of a sudden, ammar meluru keluar. aku terperanjat. dia keluar rumah!
"ammar! ammar! dah lah, kalau nak main pun nanti lah lepas siap ni."
tapi dia tak menyahut langsung. selalunya dia akan sua kan kepala and buat gaya menganjing aku or wat gaya macam nak suruh aku kejar dia (yang memang aku tak pernah buat pon)
ok. aku dah start cuak. aku bangun. menuju keluar rumah.
"ammar..ammar? masuk lah. belum siap lagi ni."
sekali aku pandang, dia dah ada kat seberang jalan di sisi lori (macam lori jual steamboat kat dataran bandaraya jb) and tak semena-mena keluar lagu dangdut. ok ok. lagu dangdut tu keluar dari lori tu lah. adoi saspen je.
aku keluar pagar, untuk dapat lebih kepastian. yarabbi. rupanya lori tu jual jagung manis dengan apam balik. si ammar duk bertenggek kat situ. nak suruh orang belikan lah tu. dengan tak pakai selipar nya.
"ammar! nape tak pakai kasut? karang masuk cacing tau"
tiba-tiba dia berlari masuk rumah balik. dah sudah. ape hal lak ni? si makcik jual apam balik tu blur tengok aku. " nak beli tak ni?"
aku tinggal kan makcik tu, pegi kejar ammar. dia mundar mandir depan pintu. lepas tu tiba-tiba masuk dalam kereta kak lin menggeledah cari apa ntah. aku fikir dia cari duit nak beli apam balik.
"ammar cari ape? cari duit ke? nak beli apam balik? meh cikgu belikan" pujuk baikkk punya!
"mana selipar ammar ni? takde pon kat mana-mana!"
uh, ok. dia cari selipar dia. hurm makcik tu ada lagi depan rumah. muka memang determined gila nak jual apam balik pelbagai bentuk dan warna dia tuh.
selang beberapa saat, akak ammar menuju ke lori dengan note sepuloh. si ammar sah-sah lah terus meluru. aku stay dalam je. tapi aku pasti banyak gila si ammar tu beli. aku tengok macam dia tunjuk itu ini.
dia masuk dengan wajah gembira dapat beli apam balik. apam yang bentuk bulat tu dia susun 3 lepas tu masuk mulut sekaligus. yarabbi. sengal punya budak. lepas dah makan dalam 4 gigitan...
"cikgu nak? nah ammar bagi sikit.."
boleh lak dia nak bagi bekas taik gigi dia kat aku. takpelah. ada gak intention nak bagi. kalau makan maggi jangan harap lah dia nak share. aku mengecek pon lom tentu dia nak bagi aku rasa sikit.
sekarang ni, yang aku hairan sesangat, macam mana dia tahu lori tu lalu? aku tak dengar sebarang bunyi pon. and aku rasa, dia yang tahan lori tu. kalau tak, buat pe makcik apam tu tunggu dengan penuh jitu kan.
tapi, nakal-nakal dia pun, bila dia nampak muka aku macam sedih dia macam rasa bersalah lak. konon nya sebab dia kita sedih.
"ammar, ammar budak baik ke budak jahat..." sambil wat muka sedih + pasrah + kecewa
" ammar baik. ammar baik"
"kalau baik, dengar cakap cikgu eh? boleh tak?"
mengangguk sambil pandang meja, lepas tu terus sambung tulis phrase "good morning" dalam buku latihan lagi 4 baris. cikgu dia ni pun satu. bagi kerja macam tak study level students. budak-budak macam ammar ni di baginya kerja camtu. jangan harap lah nak tengok kerja tu siap. adeh.
esok, ntah apa lagi helah si ammar ni tanak belajar. menggelupur atas lantai dah pernah, menyamar jadi wolverin dah, meluru keluar rumah macam sasau dah. wait and see je lah. mesti lagi banyak yang aku kena hadapi dengan si ammar ni.
3 comments:
haha adoyaiu..
tabahlah cekgu mghadapi kerenah si ammar itu~ XD
ammar berapa tahun hehehe
suraya: mmg tgh bertabah ni...
didi: ammar 7thn tp nakal mak aih...
Post a Comment