Saturday, January 2

mentaliti masyarakat tentang CANTIK- part 1

apasal hari ni mood nak cakap pasal CANTIK je ek? terkenan ape ntah?

baik laki mahu pun perempuan, aku rasa semua nak kelihatan cantik. and yeah, CANTIK itu subjektif. untuk lelaki, ada yang rasa rambut M ala-ala tomok zaman Newboyz dulu cantik. ada lak rasa rambut cacak-cacak itu cantik. untuk yang yang perempuan lak, certain rasa rambut beralun cantik, certain lak rasa rambut lurus macam dalam iklan shampoo tu cantik. (ala-ala tiz zaqyah gitu you!)

kalau part tu aku tak kisah sangat. tapi yang aku kisah kan, mentaliti cantik dari segi warna kulit . benda ni memang buat aku rimas sangat-sangat.

orang selalu fikir kalau wajah cerah (putih bak bahasa pasar nya) itu cantik. serious. memang itu mentaliti kebanyakan orang. aku highlight kan kebanyakan because, of course lah tak semua orang berfikiran begitu.

buktinya, kau tengok jelah produk kecantikan kat pasaran sekarang. banyak betul produk untuk mencerahkan kulit. garnier lah, fair n lovely lah.de' putih lah. tengok lah tu, nama brand pun dah prejudis. as if kalau gelap tu tak lovely, tak menawan? diskriminasi betul. pfft.

soal nya bila mentaliti kebanyakan orang dah macam tu, si gadis-gadis yang tak rasional ni mula lah berlumba-lumba beli produk tu semua. padahal, kalau dah pigmen kau tu macam tu kaler dia, cerah mana pun kau boleh jadi walau sebanyak mana kau tepek produk pencerah kat muka kau? kalau dah kelabu tu, kelabu gak la dik non oi.

bagi aku lah kan, yang cantik tu kalau muka bersih takde cela. i mean takde jerawat, takde jeragat, takde parut. gelap pun takpe. in fact aku lagi suka kulit gelap. lagipun kalau kau belajar genetik kan, kulit gelap tu dominan tau. sebab biasanya kulit cerah lebih cenderung untuk kena penyakit kulit. sebab lebih sensitif. itu opinion aku je. tapi in not against orang kulit cerah k? semua ada kecantikan tersendiri.




kan ke manis je tu walaupun kulit gelap.


jadi, just stop it ok? stop puji orang cantik everytime kau nampak orang kulit cerah. bukan aku dengki. tapi benda tu rosak kan mentaliti anak gadis. buat diorang fikir kalau nak cantik kena putih. lagi aku tak setuju iklan yang bila dah wajah cerah/putih baru boleh berjaya dapat kerja, audition or whatever. what the hell? its damaging ok. girls out there, tak perlu pun jadi cerah untuk berjaya. wake up from illusion k?

5 comments:

FFMS said...

Saya pun CANTIK!hihihihihi...

salam ziarah.=)

Unknown said...

saya pun!hehehe..

slm kenal..=)

Asfan Ash said...

sy xcantik. saye kacak koh3
ala cik nurulain guna produk ape lak ye?
melihat wajahmu saja diriku ini sudah cair
koh3

cik nurulain said...

eh, 2 2 nama fatin. hehe. ye kamu berdua cantik.

ARC: aku guna tawas je. haha.

KE said...

bagi aku kecantikan dalaman yang akn membentuk kecantikan luaran. pastikan hati bersih orang akan nampak cantik.

tak perlu putih kalo nak cantik. alangkah indah kalau hati secantik luaran. spesis yang jarang jumpa sekarang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails