Friday, January 1

sotong masak lemak fullstop.



Bahan-bahan:

sotong
cili boh
kunyit hidup
bawang besar
bawang putih
santan

Penyediaan (gila skema!):
  1. mula-mula, tumbuk bawang besar, bawang putih dan kunyit hidup (secukup rasa, ikut kuantiti sotong)
  2. seterusnya, panaskan periuk. tumiskan bumbu yang telah ditumbuk tadi.
  3. masuk kan cili boh. letakkan garam dan ajinamoto secukup rasa. (aku guna cukup rasa maggi tu je) gaul sebati dalam periuk (pastikan cili boh dimasak secukupnya, kalau tak, nanti sakit perut)
  4. apabila ramuan sudah cukup masak, masuk kan sotong. gaul sehingga sebati.
  5. masukkan santan. tambah kan sedikit air.
  6. kacau hingga sebati.
  7. biarkan mendidih/masak.
  8. siap!

wah. hari ini memang produktif tahap tak hingat. bangun pagi-pagi dah ada drama swasta dengan para kucing. kena lap najis mutawasittah lak dekat bawah ampaian. dah sudah basuh pinggan dengan sidai baju, aku pun bersilat kat dapur.

tengok dalam fridge ada sotong. baik lah aku mahu memasak sotong hari ni. sotong adalah makana feveret ku! pikir-pikir macam nak masak sambal je. tapi, nanti takde kuah pula. aku pun bertekad mahu masak lemak cili api memandang kan ada santan lebih dalam fridge.

tanpa usul periksa, aku pun berlalalala nak masak sotong lemak cili api. sekali aku check, cili api tak cukup daa. adoi? bagaimana sih? lantas aku mengalternatifkan cili api dengan cili boh. tapi kena letak banyak sikit lah kalau mahu pedas.

bila dah alter ramuan tu, sah lah ciri-ciri fizikal nya turut berubah. itu lah natijah nya sotong masak lemak aku nampak macam sotong masak kari. haha. dan sebab itu lah tajuknya sotong masak lemak fullstop. hehe. sebab cili api tiada dalam ramua. ok lah tu. yang penting rasa kan? rasa not bad lah. cukup masin, cukup pedas (masak sendiri memang lah aku cakap sedap)

jadi, bagi sesiapa yang tak mahir masak macam aku ni, jangan takut untuk buat eksperimen, kau masuk kan apa-apa pun tak jadi mudarat punya, asalkan cukup masak, tak mentah. haha, aku bab eksperimen memang suka. cikgu Sains lah kata kan.

baik lah, selamat mengeksperimen di dapur ya!

p/s: tiada dalam gambar; kacang panjang goreng lada. takkan goreng sayur pun tak reti kan? hehe~





8 comments:

Aini said...

goreng pun sodap... =)

cik nurulain said...

heheh.

ni nama nya resepi suka hati.

Asfan Ash said...

perghh kena bookmark ni
bole masak kat NZ koh3

eh3
saye teringin nak makan benda ni hari2
(ayat lamaran kreatif di atas hanya fiksyen semata2)
koh3

cik nurulain said...

mende ko merapu ni ARC. hahah. oit, mcm lama tak sakat ko. ko dlm gua ke?

Didi Nadhirah said...

sotong goreng tepong i really miss u

Asfan Ash said...

bkn dlm gua....tp berukband ni bikin gua panasssssss

haih =(

zack zukhairi said...

ciknurulain, nnt saya balik malaysia, boleh tlg masakkan utk saya?

pak long said...

salam..
kalau x mau cili boh berbau..masa tumis campur ngan gula...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails