Sunday, January 24

quality VS quantity. (ceih dah macam tajuk action research)



lagu ni berkumandang dari handphone sony erricson purple ku.

*one new message received*

oh, mesej dari F.

"b, gi mana tadi?"

"b gi jusco bukit indah dengan mak, ayah, nurin n idin."

"oh, jauhnya. cari apa?"

"ingat nak cari crocs lily nak buat practical" (suka hati mak bapak aku je nak pegi sekolah pakai crocs. tapi pedulik hape. sekolah bertingkat-tingkat. daripada kaki ku melecet pakai heels, baik aku beli crocs. selesa gituw)

"dah tu, beli ke tak?"

"tak jadi lah d. mahal sangatt. rm169."

"nape? tak cukup duit ke. b ada berapa? nanti d tambah" (ceit mentang-mentang bekerja, mahu kerek pula si F ni. hehe)

"takpela. b syg duit la. mahal sangat. boleh dapat 4 kasut tu..." (perkh, cam tak caya je jawapan aku ni)

"oh. yeke? takpelah. nanti kita gi beli kasut lain je"

camtu je dia jawab? huh. senget punya bf. cuba lah pujuk-pujuk aku sikit. mana tau aku ubah fikiran and amik duit dia buat beli cros lily tuh.heheh.


 crocs lily yang aku kempunan

bukan apa. hari tu aku browse kat internet, harga dalam 100 je. aku rasa original. bukan imitation. tapi tak tahu lah kalau aku ni tak pandai menilai. maybe yang aku usha kat jusco ni mahal sebab dia jual kat boutique kut. yang aku browse kat internet tu, tak ada saiz kaki aku yang macam gajah ni. kalau tak, memang aku dah rembat. lagipun dulu aku pernah belikan F crocs baya from blogshop ni. memang pueh hati.

takpelah. mungkin memang dah tersurat, aku tak boleh nak pailang di sekolah. yelah, suka suki aje mau pakai kasut getah ke sekolah. tapi aku tak nampak mana salahnya. crocs lily ni still bertutup depan dan belakang. aku tengok certain cikgu tu lagi lah, selamba dek je pakai sandal sarung gi sekolah. macam nak pergi bercanda di tepian pantai lak. nasib aku tak balun flip flop gi sekolah. memang nak makan penerajang namanya.

aku ni sebenarnya niat di hati memang nak paw mak aku beli crocs lily tu. sebab nak ikut kan aku memang tengah tak berduit. kemarau panjang ni. elaun tak masuk lagi. gaji tuisyen minggu depan baru dapat.jadi aku sangat sengkek lah sekarang. tapi tengok tag harga RM169. fuh. tak jadi lah. ayah cakap, "amik jelah. jauh-jauh datang, tak jadi beli lak. lagipun nak pakai gi practical kan...."

wah. macam nak menitik air mata duyung mendengarkan pernyataan ayah aku ni. rasa macam tak nak kerja sampai bila-bila. biar ayah support makan pakai aku. dah lah ayah no idea yang crocs tu macam tak berapa formal untuk ke sekolah. sengal tul aku ni.

tapi isu nya bukan lah duit. sebab obviously bukan pakai duit aku. tapi aku memang rasa sayang and sangat tak berbaloi lah 169 tu setakat pakai kat kaki. lagipun jenis macam aku ni, mana boleh pakai yang sama tiap-tiap ari? naik termuntah aku nanti. so, kena lah aku pakai yang murah je supaya dapat beli banyak. keskeskes.

maybe certain orang sangat pentingkan branding. kalau jeans mesti mau Levi's. kalau baju mesti mau Giordano. kalau kasut mesti mau Onitsuka. (cis aku macam nganjing adik aku faiz je. mati aku kalau dia baca) tapi aku bukan begitu. asalkan cantik dan selesa di pakai dah good enough lah bagi aku.

dan sebab harga yang murah, aku tak bother sangat pasal kualiti or whether barang yang aku beli tu tahan lasak atau tak. sebab aku bukan pakai selalu. macam baju or handbag. collection aku memang baaanyak! so, aku takdelah mengulang baju or hanbag yang sama terlalu kerap.

if aku dah pakai hari ni, paling awal maybe lagi 2 minggu baru aku akan pakai lagi baju tu. tapi perlu di ingat, barang-barang aku semua murah belaka. kalau handbag tu harga paling mahal pun 60. itu pun aku akan fikir sampai nak berkecai sel otak baru beli. masa nak bayar lak tangan terketar-ketar nak hulur duit kat cashier. baju lak paling mahal 50. jarang sangat aku beli baju above 50. even pakai duit mak sekali pun aku tak beli yang mahal. sebab aku rasa sayang. amount yang sama, aku boleh beli lagi banyak.

benda ni terpulang pada masing-masing lah. ada orang pentingkan kualiti. handbag mesti guess, paling cikai pun bonia. tak kisah kalau kena usung bag yang sama selama setahun asalkan bag tu ada brand. aku lain. bag cap ayam pun aku pakai kalau hati dah berkenan. yang penting aku tak pakai bag yang sama tiap-tiap hari.

sampai kan F pun naik sawan. tiap kali keluar dengan dia, aku tukar bag. dia jadi curious mana aku simpan bag-bag aku semua. kalau aku gi mana-mana mesti dia nganjing, " beli handbag tak?" kurang asam betul.


 nak tunggu rak ni roboh dulu baru aku stop beli handbag kut. eh, tapi boleh beli rak lain kan? :p

dahlah. aku rasa entry ni dah berjela sangat. jangankan orang lain. aku sendiri pun dah tak larat nak baca balik untuk edit. yeay! nanti nak beli kasut dengan F! dia tak tahu aku dah beli kasut tadi. syhhhh. korang jangan bagitau tau. harap-harap dia tak baca entry ni. hari tu dia cakap broadband dia kena barring. hahahha. apa nak jadi lah. laki bini malas bayar bil broadband.



pump shoes baru i. studded lagi you. rm39.90 je!


p/s: siapa yang berjaya baca entry ni sampai abis, aku nak bagi dia award lah. hahaha~

18 comments:

ada m0khtar said...

gila panjang weh! huhuhu

Anonymous said...

Beli selipar jepun jer .. murah sikit

cik nurulain said...

syida:

mesti kau layan gambar je kan?

touya:

kalau boleh pakai gi sekolah memang CN dah sarung kan aje.

Anonymous said...

haa aku dpt bace sampai abis.
sile bg aku award oke?
btw, nnt bg no tepon F kat aku sbb aku nk ngadu kat die yg ko da bli kasut da sebenanye =p

Nurul K said...

CN.. aku terkecima dgn koleksi handbag kamu.
tahniah la dah beli kasut tuk praktikal. haha.. lawa seyh. ikhlas ni.. pasni jgn nak hentam aku lak. nasihat aku..balik mktb nnti, peragakan bila perlu je ye.

Asfan Ash said...

oi Cn apekah kaitannye lagu dengan entri ni?hak3

Qiha Aziz said...

saya baca sampai habis! haha.
kalau kasut tak kisah murah ke mahal. asalkan selesa.
beg pula, sebab tak minat handbag sgt, so tak byk collections. asyik pakai yg sama je.
tp seriusly byk gila ur handbag. nak buat macam tu lah lepas ni. hahaha.(komen ni pon panjang juga)

cik nurulain said...

diba:

mana boleh. kau kena subahat dgn aku diba...

ARC:

itu bunyi mesej aku la sengal! tak dramatic lah ko ni...

Qiha:

seriously u xminat handbag? i ni bagmaniac kut. tu yg smpi nak roboh rak tu. takpe takpe. i like comment yg bjela-jela ni. hahahha~

NK:

peragakan bila perlu? kekeke~ i phm u punya maksud tu...

Asfan Ash said...

aku kan seorang yang simple hak3

FaTiN said...

saya dah baca sampai habis! yeehaaaaaaa=p

comel la crocs tu.. berkenan di hati.hihi

Mommy Farra said...

hi...salam singgah ur blog...
i just bought crocs lily tue...
kt KLCC nyer butik...hm...harga agak mahal dr internet...RM220, tp bila tgk kt internet RM169 jer..tak paham npe harga dia diff.byk tue...btw..mmg selesa...n sgt ringan..

cik nurulain said...

ARC:

simple lah sgtt...

Fatin:

comel but mahal...sedeyh ;(

putery farra:

haih?220? i tgk kt boutique crocs mmg 169 lah dear. itu pon i rs dah mahal. maybe u beli kat klcc kut...thats y mahai sket.

Miss PFR said...

huhu...kpd sesiape yg pnh tgk rak bag 2 scara live, akn lebih trpegun lg.. pd akak n nurin : da nak runtuh rak 2...bwk2 le beli rak baru...

zulaikha said...

zu baca smpai habis.. (^.^)V banyak nye handbag CN...leh la pinjam 1 2 eh..hehehe...

deus X machina said...

jangan membazir
Allah marah

=)

cik nurulain said...

zu:

bleh bleh. dah senget dah pon rak tu CN tgk..

deusXmachina:

membazir tu kalau beli barang tak perlu. handbag tu CN perluuuuuuu!! heheh~

Redbloodsnow said...

whoaaaa!!! byk tuh hbeg tergantung babe. mehhh sederkahkan kat zie seketui. dpt pahal nurul t taw..lalalala


:D

zack zukhairi said...

uuhh...
knapa aku xpenah ada nawaitu nk beli kasut crocs? tak berkenan aku. haha!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails