tapi kalau flashback balik, memang since sekolah dulu orang macam 'kurang gemar' dengan aku. aku banyak mulut sangat kut. kat sains johor dulu lagi lah. budak laki siap panggil aku blukang. memang kurang ajar.
cakap pasal blukang ni aku teringat satu kisah yang tersangat bangang. memang aku tak boleh blah dengan benda ni lah.
ok, proceed. masa aku duduk asrama, belajar kat sains johor kluang, boleh di katakan every week parents aku datang jenguk aku. anak kesayangan lah kata kan ehem ehem. hahaha. padahal kena control dengan ayah aku. whatever lah. dah jadi manusia pun aku sekarang (eh yeke aku dah jadi manusia? haha)
then, one day ni, mak ayah aku datang macam biasa. kedengaran announcement nama aku dibuat oleh pengawas dalam bilik gerakan pengawas
" perhatian kepada saudari nurulain hanis dari tingkatan 3M1, anda di kehendaki menghadirkan diri di hadapan dewan sri budiman kerana ada tetamu ingin berjumpa"
ok, kalau dia sebut ada tetamu ingin berjumpa tu, makna nya sah lah ada parents atau visitor dari luar yang buat announcement tu. aku pun terkedek-kedek bersiap pakai tudung pakai stokin bagai (masa form 3 aku belum pailang lagi, keluar hostel pun pakai stokin)
masa aku approaching dsb (dewan sri budiman) tu, tiba-tiba ada suara dari aspura memekik.
"blukang! blukang!"
siot! masa ni lah korang nak menganjing aku. ok, aku dah biasa dengar benda tu. dah biasa sangat. cuma tak pernah lagi mak ayah aku dengar aku di panggil begitu.
lepas cium tangan mak dengan ayah. aku pun duduk terus nak serbu puding yang mak memang occasionally buat kalau datang visit aku kat kluang. tiba-tiba mak bersuara
" apa perangai kau yang tak senonoh sangat sampai bebudak tu panggil kau blukang long? mesti kau cari gaduh dengan budak laki kan?"
aku macam nak tersedak pun ada. aku nak jawab apa? perangai aku memang tak berapa nak semenggah pun. asyik nak cari pasal je dengan budak laki. sebab dulu masa aku sekolah rendah kat sigs, aku anti laki. haha. itu next time aku cerita.
"mana ada tak ada pape. mesti ada pape punya. ikan blukang tu ikan pengotor tau tak?"
tiba-tiba ayah mencelah, " mana ada blukang pengotor"
"eh betul lah blukang pengotor"
"eh takde takde. ikan keli lagi pengotor. hidup kat parit makan sampah. ikan blukang duduk kat laut mana ada makan sampah"
"ada ke pulak gitu?"
keskeskes. boleh pulak mak dengan ayah aku nak bertekak pasal ikan apa lagi pengotor semata-mata sebab budak laki panggil aku blukang. haha. ayah aku memang back up besar aku. masa tu, aku macam anak kesayangan ayah maybe sebab aku bijak sikit dari adik-adik aku. haha. perasan. tapi masa tu jelah. lepas tu aku bukan lagi daddy's little girl. sob sob sob *kesat hingus*
tapi serius, nama tu lekat. aku rasa up till now, ada certain budak laki sains johor tak tahu pun nama betul aku, tapi kalau sebut blukang diorang kenal. aisk. takpelah. memori tu. kalau aku tak jahat dulu mesti takde memori sebegitu.
* * * *
ok, sebab aku ni keji, aku nak bagitau. marina dengan nurul pun ada blog weyh. pergilah jenguk blog diorang. yess aku keji. lepas ni biar orang-orangan lain lak kena nganjing in stead of aku je.
sila lah buka untuk tahu which is which. mana satu nurul punya mana satu marina punya. hahahahaha. gelak kejam tahap gila babas.
sila fokus pada nurul dengan marina ok.
11 comments:
haha..go ain go!! -johan-
hekhekhek lucu...blukang pun blukang la...keli sedap gak org makn..eh...layann je
dorg nganjing ke ape ke tu tnda dorg prihatin..so rasa lah diri anda d sayangi ;)
Khaizarien Blog @ atie
ika pun ada nama yang dak2 ni selalu dok ngate dulu.. malas nak layan je buat do noe je luk hehe
dulu ika pun sekolah kat kluang..kt ats bukit jalan hospital tu tau x??hehe
singgah sini tuan umah..
ada eh nama ikan blukang?
tak pernah dengar pun..
huhuhu.. (^__^)
rileks giler tuan rumah org panggil macam-macam. Orang panggil ikan blukang pun boleh stay cool lagik. Ala peduli kan org-org macam tu, janji kita happy. setuju tak?
^^
saje nk komen.. coz terasa cam jelitawan.. hehe
johan:
sengal lah ko
atie:
dah terlebey perasan diri disayangi lah ni atie...
ieqa:
sekolah pe ieqa? klu sebut nama sekolah mungkin CN igt.. :)
Faarihin:
ntah lah. sebenarnya CN tau pun sbb diorang duk ejek CN begitu
Fatin:
betul tu. bukan diowang yg bg CN mkn pon.
azalina:
yeah tindakan bijak dgn mengkomen. terus jadi jelita.
hakhakhak....blukang...sape la yg jerit tuh...laen kali pakai mic kt bilik anjing pengawas jek..
Pelbagai info2 menarik berkaitan ikan keli....
http://kelipenang-aquamutiara.blogspot.com/
Post a Comment