Tuesday, January 12

fashion talks #1: shopping online-the do's and the dont's!

kul 2.30 nanti aku ada kelas. ni ada masa sikit, aku nak update pasal semalam. sekarang ni, nak ber blog pun kena curi masa. sebab memang macam tak cukup sangat dah masa aku ni. pak kal every night aku ajar ammar sejam je. kalau 2 jam, alamat memang aku tak ada masa untuk diri sendiri kut. ain takde life. haha.

lepak kat bilik budak-budak ni pun da jarang dek kerana ke'busy'an yang melanda. anyways, semalam lepas hantar viva aku ke perodua untuk tukar bearing yang haus, aku gi tesco plentong. marina mintak tolong amik kan duit gaji dia masa cuti hari tu. aku on je lah, mana tau nanti marina belanja cendol dengan nasi lemak depan bus stand bp. haha.

ok, selepas proses pengambilan gaji marina di kedai GWT (kedai handbag), aku bergegas nak balik. tapi masa aku lalu kedai baju peace S to XXL tu, promoter kedai tu tengah pakai kan legging grey kat patung dia. aku tak state kan dalam wishlist aku hari tu yang aku nak legging. tapi memang dah lama aku nak cari legging yang panjang and tebal. nak suit kan dengan barbie doll dress. sekarang aku macam agak gila kan barbie doll dress gak. (banyakl betul yang kau gila, shawl lah flip flop la. gila punya pompuan)

bukan apa, barbie doll dress ni kan labuh sampai atas lutut. so bagi manusia berkaki gemuk macam aku ni, baju yang meng'cover' peha aku memang lah aku sangat suka. (dah gemok taknak terima kenyataan) and bila tengok fashion mag, selalu nya they paired up the barbie doll dress dengan legging. so, thats why lah macam nak cari barbie doll dress (aduih nasib baik menaip, kalau bercakap dah tersembur-sembur aku sebut barbie doll dress ni berulang-ulang kali)

leggings


barbie doll dress

mula-mula aku ingat nak usha je. sebab aku tengok material dia elok. for sure mahal kut. aku pegang-pegang material. ouh macam berkenan. masa tu tak tengok harga lagi. sekali aku tengok, harga dia RM15 je weih. OMG. seriously, aku baru je browse kat internet hari tu. dok usha-usha legging ni lah. aku ada came across the exact same legging, they sold it for RM35. seriously. memang the exact same! im positive. 90% positive. (huhu tak berani letak 100%)

aku terus rembat legging tu. aku nak angkat kaler grey sebenarnya, but then aku masih takut nak experimenting legging ni. baru first time nak beli. so i pick safe colour, which is black. its very unlikely me to pick safe colours. selalu aku confirm angkat kaler terang punya.

from this experience, aku dapat simpulkan, barang jual online tu kebanyakan nya mahal. serious. sebab owner blogshop ni, could be anyone. modal diorang kecik. diorang amek barang dalam kuantiti sedikit, bukan nya borong banyak. so thats what resulting to the expensive price. mesti lah mau untung kan. macam kat kedai-kedai tu lak, harga murah sikit sebab dia memang borong banyak.

but for certain items, memang murah. macam ada blogshop jual crocs, original k, bukan imitation. memang harga dia sama dengan harga kat boutique crocs. i even get one for F. memang puas hati. nape dia murah? reason nya, sebab dia buat pre-order. bila pre-order, customer kena bayar dulu masa nak placing order. so, owner tak perlu keluar modal banyak lah. macam kalau handbag ala-ala korea pun harga standard sama dengan kedai biasa sebab dia buat pre-order gak.

so, bagi aku lah kan, kalau kau duduk kat bandar besar macam jb or kl, better kau round shopping mall dulu nak cari barang yang kau desire. unless kau memang anti-social punya orang langsung taknak bergaul dengan hidupan lain. just suka duduk rumah hadap komputer. eeuuu, macam takde life je.

kau boleh browse the internet to get the idea. macam aku, kalau aku minat something ni contohnya legging tu lah. aku memang akan browse dulu. tengok choices yang ada dalam market. pastu take note the price. then aku gi la jalan-jalan cari the one yang aku usha dalam internet tu. kalau jumpa compare the price and make up mind lah sama ada nak beli atau tak.

kalau tak ada kat kedai-kedai, baru lah aku beli kat blogshop yang berlambak-lambak dalam internet tu. beli kat internet ni, sesuai untuk orang yang tak duduk bandar besar. kalau kat johor ni macam muar or segamat. shopping complex tak banyak. sangat limited. kalau nak pegi jb or kl tambang dah berapa kan? so tak berbaloi. golongan ni je aku rasa sesuai beli on the net. jimat masa, jimat kos.

kalau setakat duk bandar besar tu, rajin kan lah diri sikit round shopping complex. kau nak bank-in kan payment tu pon kau dah kena gi bank kan? jalan depan sikit dah jumpa shopping complex. so you might as well search for it first before buying it online coz sometimes harga dia memang jauh beza.

so, apa pun be wise ek? dunia makin canggih sekarang ni, kita kena la bijak juga. pelaburan yang tak perlu tu, kurang kan lah. buat apa bayar mahal untuk barang yang sama. buat rugi je.

p/s: jangan gelak kan aku.aku tau aku gemok.


barbie doll dress + legging

p/s/s: hoi. kan aku cakap jangan gelak kan. siot tul.

3 comments:

Anonymous said...

not really nice on u..seriously

Dak Wan® said...

Advise yg boleh gunapakai tapi ada gak bebarang yg memang murah kat website ni. Contohnya kat Mudah.

cik nurulain said...

anon: ouh yeah? thanks. :)

Dak Wan: kat mudah mmg ok, tp susah gak nak browse. yg murah biasa nya bukan baju2 kut kat mudah tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails