tapi memang irritating lah para kucing ni. aku tak faham. aku rasa aku dengan ayah aku dah cukup kejam terhadap kucing, tapi mereka masih berdegil untuk stay the same eh tak, stay kat rumah aku tu. ayah aku pernah kena cakar dengan kucing sampai demam akibat kekejaman dia terhadap kucing. dah tu, dia nak disiplin kan kucing tu macam disiplin kan kitorang adik beradik. mana dapat bai.
dah lah kucing betina. jalang mak aih. dia buat rumah aku ni macam motel murahan dah. bawak jantan ntah mana-mana balik rumah. masalah nya jantan yang diorang bawak balik rumah handsome-handsome lak tu. walhal aku tengok kucing aku ni comot je. hebat di ranjang kut. ceih macam kucing ada ranjang je. celah semak sudey.
nak tahu tak, yang hitam besar tu anak kepada yang putih besar tu. tapi kau tengok lah. si putih tu dah beranak lagi. anak si hitam tu lak dah besar. anak si putih tu dah ada anak sedara yang lagi besar dari diorang. boleh faham tak berapa generasi kucing beranak pinak kat rumah aku. ini yang aku sempat snap gambar nya.
aku tak main-main cakap kucing aku ni jalang. asyik jadi rebutan para jantan yang handsome. anak diorang dah banyak weih. ada yang kitorang dah buang kat pasar kampung melayu. kalau setakat buang kat giant dekat rumah aku tu, kau tengok lah esok lusa dah balik ke pangkal jalan dah.
satu hal lah gak diorang bawak jantan dari segenap ceruk. yang pan-asian pun ada agaknya. siap kucing parsi pun interested dengan diorang. tu lah yang aku pelik. tapi tak kisah lah kan. kau binatang bukan terikat dengan norma kemanusiaan. nak mengawan dengan sape pun kau punya hal.
tapi aku expect kau bijak la sket sebagai betina yang jalang. kau bawak 2 , 3 jantan balik rumah. pastu si jantan tu dok bercekau berebutkan kau kat luar rumah aku. bilik aku ni dah lah kat dapur. asyik kena dengar kucing gatal bercekau merebut kau je.
aku rasa dah tahap banyak sangat mengawan, sampai genetik pun jadi celaru. aku pernah ada kucing yang mata dia sebelah biru sebelah coklat. aku rasa dah terlebih mengawan sangat dah tu sampai berlaku kecelaruan genetik. haha.
yang buat aku lagi bengang si hitam tu pegi ajar anak dia berak dalam pasu bunga belakang rumah aku. aku dok lalu lalu macam ada bau. tapi cari-cari tak jumpa. lahabau betul punya kucing. sampai dah kering taik kau dalam pasu tu. patut lah berbunga semacam je pokok ni. yang lain semua pakat-pakat bunga ala-ala ada je. ada baja baik punya. adoi. syaitan punya kucing.
since aku jadi 'bibik' kat rumah ni, memang aku jelah yang kena hadapi segala keperitan menguruskan kucing ni. bukan pinta ku. dah tu, diorang ada anak. aku tak sampai hati lagi nak buang. nanti lah tunggu anak dia dah besar sikit, dah boleh berdikari baru aku buang. masalah nya kucing ni pun tak berperikehaiwanan. ada sekali masa aku nak buang dia kat giant tu, aku buang dengan anak dia (bukan dalam gambar, anak lain. kan aku cakap dia jalang. dah banyak kali dah beranak) boleh lak dia lalalala balik rumah aku tinggal kan anak dia.
aku dah naik putus asa lah nak buang diorang. confirm datang balik. apa dosa aku? aku tau aku bukan lah seorang yang lovey-doovey terhadap kucing. tapi aku juga bukan geli atau tak suka kucing sampai tahap naik atas kerusi kalau nampak kucing tu. aku tengah-tengah je. aku tak sayang. lebih kepada simpati.
tapi kenapa kucing ni macam nak proove sesuatu pada aku. penuh iltizam gila. hari tu diorang muntah kat karpet depan bilik aku. syial betul. sah-sah aku yang kena bersihkan. kau nak suruh nurin? jangan harap lah. make up kan kucing mau lah dia.kucing ni pun seko. kut ye pun loya masa bunting kau boleh tak pegi makan jeruk ke, mangga muda ke. takde lah menyusahkan hidup aku.
lepas tu, yang si hitam tu fine lah kan ajar anak dia berak dalam pasu bunga. yang si putih ni konon nak make a favour. dia ajar anak dia berak kat toilet. tapi lantai toilet. alang-alang kau dah bijak sangat tu, mengapakah tak ajar je anak kau berak dalam bowl. kan senang keje aku, tinggal flush je. ni aku nak kena sental lantai toilet lak. azab tau ngak?
aku menguruskan kucing je keje sampai kain baju aku pun tak berlipat. tersadai je kat bilik. ntah-ntah kalau kucing pakai baju, aku gak yang kena basuh and lipat kain baju dia. urgh.
ni whiskas dia dah habis. (makcik aku yang beli eh, bukan aku) malam tadi lak kitorang makan luar so, takdak sisa makanan. terpaksa aku pekak kan telinga dengar dua ekor hot mummy ni buat choir. setakat 2 ekor aku boleh tahan lagi. tu aku tengok, dia macam nak train anak-anak dia lak wat choir. dah lah suara anak kucing nyaring gila. cair taik telinga aku jadinya.
ibu tunggal menyusukan anak. padan muka. sape suh mengawan sana sini.
time takde makanan, aku balun je bagi mee siam berlauk kan ikan bilis. licin gak aku tengok.
13 comments:
banyak peminat la katekan.. tu yg ramai berebut tu haha ;p
aku tengok comot je. ape kejadah nya ntah. agak nya rahsia kucing kut.
si kucing betina memang gitu.. Hot sentiase kalo dh cukup umur tau..
Kucing sye dlu lgi la.. balik rumah bile nak beranak je,bile anak besar skit,hilang keluar cri jantan lagi.. perot dah berisi tau plak nak blik, nak orang jage bagai..huh.
menjengkel kan betul tindakan kucing betina nih.
kang klu tak jaga, mcm xde perikemanusiaan lak. sabar jelah~
hahahha patutnya kan, entri ni ko buat macam betul2 terjadik dan last skali baru ko kate kucing akakka
barula mantopppp...ala2 menipu
btw, kucing ko memang jalang. Kalau tukang pimp dia kita nak panggil ape eh?Bapak ayam ke bapak kucing?LOL
hahaha...hye
saya pencinta kucing,tp kalau dah beranak pinak mmg takleh tahan.tp idak le saya buang merata-rata.hantar spca..tp itu pn kene kuar duit.
kucing saya skrg betina.tp alhamdulillah atas tindakan pantas mak ayah,kucing tu dimandulkan.kalau tak sejibik cam arwah mak dia,beranakkkk je keje sampai juling mate...
tp..ape2 pun mereka makhluk allah yg sgt comel!
ARC: aku dah geram sgt weih dgn kucing tu. tak tertahan dah tu yang straight fwd je.
syima:
awak ske kucing? bgus nye lah. pelik lah org yg cinta kn kucing. mungkin sy ni mmg tak penyayang kut. hehe. tapi kan.. mcm x baik je mandul kan kucing tu? kesian dia. nafsu terbatas
AHAHHA
kucing aku punya la jalang smpai kena aids!
serious
hari2 aku tgk die bwk bf lain2 balek rumah..
kejap wane oren,, kejap wane putih la, wane hitam lah..
skali ambek ko.. padan tgk lembek smacam.. bila bwk g vett, doc kata kena aids
wakakkakakaka
skrg dah mati pon memel jalang tuh
XD
hahaha....dah cam orang sewel je ak bace entry ni. gelak sorang2..
nasib baik ak da xde kucing. dier da mati. sobsob..
hahaha... mcm geram sgt awk ni dengan kucing eh..
Nasib kucing aku jantan... hehe
lagipun kucing aku tu tak pndai bawa gf dia... haha
Seekor je la dia kat rumah...
kutojimedo:
huwargh? sampai kena AIDS? hadush. kucing klu dmm pon bwk g vet leh cecah 600. kalau AIDS????? hahhaha~
zulaikha:
bgus awk xde kucing. kang dpt nsib cm saya.
kyuubi:
kucing jantan takpe. dia tak beranak. buat anak jelah. hahaha~
Post a Comment