Monday, January 18

Guru yang terlampau.

aku semakin berserabut angkara MQA. buntu kepala hotak aku nak menyiapkannya. sama lah kawan-kawan aku semua. stress tahap maksima sampai jerawat pun tumbuh 3 biji bawah mata. bapak strategik tempat dia tumbuh. memang siotan.

aku rasa macam nak calit je eyeliner kat jerawat tu biar nampak macam tahi lalat. dramatic sikit kelihatan. wuwuwu. tapi karang macam tak semena-mena je aku ada 3 biji tahi lalat bawah mata.white heads kau tak payah cerita lah. bertepek tumbuh seperti kulapuk tumbuh di atas roti lembap. (apakah?)

tadi tengah hari di kejutkan oleh mesej dari idin. mak accident. mak langgar guard and langgar kereta orang masa nak parking. agak nya mak tertekan minyak. aku try call mak 2,3 kali tadi tapi mak macam busy. banyak benda nak settle barangkali. according to nurin, guard tu dah di hantar ke hospital. kepala dia kena jahit. dia tak parah tapi, masih dalam trauma kut plus darah dia naik maybe sebab dia shocked.

aku rasa, mak aku pun dalam trauma tu. masa aku call tadi menggigil je suara dia. hope mak ok je. benda dah jadi, tak boleh nak cakap apa. ganti rugi tu bayar lah je. yang penting mak selamat and emosi mak terkawal. kesian mak. satu sekolah tau. dah lah dia baru je jadi penyelia petang kat SAB tu.

mesti korang rasa nak mengutuk aku kan? sibuk cakap kerja banyak tapi ber-blog juga. woi. gua penat la bai ngadap MQA 24/7. otak gua pun mahu rest juga. adeh. bila lah mahu tengok adnan sempit ni. orang cakap macam lawak. lawak? memang sesuatu yang aku perlu kan buat masa sekarang ni memandangkan latar hidup yang begitu dull and boring.



hope mak ok. kesian mak.

baiklah. sekarang setelah melagha buat seketika, aku nak gubal pro-forma kursus lak. sengal kan. subjek semester 1 dulu lu nak suruh gua kumpul balik segala mak nota, bapak tutorial segala. yang ado aku simpan lagi. dah bagi kat apek surat khabar lama kut. memang kirim salam lah kan. terpaksa jadi penggubal kursus kejap. kikiki.

ok, dengan semangat waja, CN akan meneruskan perjuangan. chaiyok!

7 comments:

Asfan Ash said...

syukur mak anda selamat

Kisah Profesor Yang Ujub

noah darham said...

MQA mcm sengal..manalah nak ck blik file msa pra dlu..mak datok nenek btol..dahlah byk kerja..nak praktikum lgk..

cik nurulain said...

ARC:

alhamdulillah

nOah:

betul kan? ntah pape je MQA nih.

Didi Nadhirah said...

alhamdullilah mak awak selamat

zulaikha said...

alhamdulillah mak CN ok..smoge bliau dh x shocked.

Anonymous said...

Apasal tajuk tu semacam jer ?

cik nurulain said...

Didi + zulaikha :

tu lah. yg pntg nyawa yg selamat


touya:

sambung kan lah. GURU YANG TERLAMPAU penat...hihihi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails