Saturday, January 23

kemangkatan sultan johor.

Rafak takziah, di atas kemangkatan sultan bagi jajahan takluk Johor, Sultan Iskandar Ibni Al-Marhum Sultan Ismail.


susah untuk dipercayai, tetapi masa aku tonton video tentang al-marhum sultan di sini, menitis air mata aku. aku tak tahu kenapa macam sebak sangat. walhal aku bukan sesiapa. cuma lah rakyat biasa. pagi-pagi lagi ayah dah bersiap dengan baju melayu hitam dan songkok berlilit kain putih. ayah hadir upacara, sebagai wakil salah satu anak syarikat di bawah Johor Corporation.

sejarah ayah dengan almarhum Sultan sangat banyak jika aku kenang kembali di suatu ketika dulu. suatu ketika dulu, ayah merupakan Setiausaha Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang. di sana lah ayah menyinar ketika menguruskan festival berprestij, festival layang-layang antarabangsa yang disertai peserta dari luar negara.

waktu itu nak menaikkan nama festival layang-layang sangat susah. tapi sekarang aku kira, festival itu memang sudah tersohor dan diketahui umum. festival ini menarik minat almarhum sultan, dan setiap kali perasmian dan penutupan festival ini, almarhum baginda akan turun padang untuk turut serta.

di sinilah banyak nya sejarah antara ayah dan al-marhum sultan terbina. dan aku kira juga, kerana faktor inilah ayah telah di kurnia kan Pingat Ibrahim Sultan (PIS).



al-fatihah untuk almarhum baginda. semoga roh almarhum dicucuri rahmat. seluruh rakyat jelata mendoakan kesejahteraan al marhum dan kerabat baginda kerana almarhum baginda merupakan pemerintah yang tegas tetapi adil.

2 comments:

mirna said...

aku memang setuju...sape-sape yang tidak bersetuju untuk berkabung..fikir-fikirlah..jangan jadi bodoh sombong...

cik nurulain said...

cewwah. bila rakyat jhr dah bersuara...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails