Monday, January 4

formula jana traffic - K1 + K2 = K3

perihal tarik traffic ni memang hot and spicy sepanjang masa kan? semua orang nak tahu rahsia macam mana nak tarik traffic ke blog masing-masing. aku tak ada sebarang rahsia. bahkan aku bukan lah blogger handalan, tapi ini formula dari Muzzafar Mustapa yang ingin aku kongsikan dengan kalian.

K1 + K2 = K3

K1 - kandungan
K2 - komuniti
K3 - kewangan

Muzzafar Mustapa merupakan features blogger nuffnang bagi Ogos 2007. beliau menyatakan

" Kandungan blog mestilah yang mampu untuk mendapatkan ramai pembaca untuk membacanya. Bila kandungan sudah tersedia, komuniti akan mula terbina. Bila komuniti telah terbina, barulah kewangan akan datang. Begitu sebaliknya. Kewangan datang bila ada komuniti tersedia di depan mata mereka. Untuk mendapatkan komuniti, kandungan blog mestilah yang mampu menguja pembaca. Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak !" [baca sini]

bab kandungan ni, bagi aku tersangat lah penting. apa yang kau harus ingat ialah, kau harus tulis apa yang orang mahu baca. jangan duk syok sendiri je. kalau kau rasa orang banyak nak tahu pasal H1N1, kau tulis lah pasal tu. kalau kau rasa orang banyak nak tahu pasal zizie dengan bung mokhtar, kau tulis pasal tu. as simple as that. yang penting, buat lah research. there's no shortcut in success.

aku tahu, ada blogger yang suka tulis pasal kehidupan sendiri. fine, kalau kau anggap blog kau sebagai virtual diary. tapi kalau kau mahu orang baca, kau harus ubah rentak kau. bagi aku, kau cuma boleh tulis pasal hidup kau sehari-harian kalau kau rasa entry kau tu mampu menghiburkan.

bukan tak ada blogger yang tulis pasal kehidupan mereka. contoh yang aku suka baca ialah blog Kak Diana dan Nurul Haizum. diorang ni memang update pasal kehidupan seharian diorang je. but there's something about their writting style which act as magnet, buat orang sentiasa nak baca. boleh jadi addicted kadang-kadang. bagi aku diorang kelakar and they present their stories in an interesting form walhal kadang-kadang kisah tu ordinary je.

tapi kalau kau kayu macam aku, tahap badigol tak reti buat lawak, hentikan jelah niat nak update pasal kehidupan sendiri. the next phase, bila kandungan dah mantops, dengan sendirinya komuniti akan terbina.

komuniti ni pun sangat lah berkait rapat dengan kandungan kau. kalau macam eldy [blog JejakTrend] tu, blog dia banyak pasal komputer, tutorial blog so komuniti yang membaca blog tu adalah komuniti yang mempunyai kecenderungan terhadap perkara seumpama itu. so dari masa ke masa, eldy kena lah buat research apa lagi informasi tentang tutorial blog yang boleh dia kongsikan dengan readers blog dia. snetiasa up-to-date.

2K tadi, kalau kau jaga betul-betul memang enteng-enteng jelah kau dapat K yang ke-3. KEWANGAN. benda ni semua pun tahu kan. kalau traffic kau tinggi, berapa banyak pulangan kau dapat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails