Monday, January 4

makanan rohani : kaabah tak mahu masuk syurga?



macam pelik je kan tajuk ni?



hari ni aku dah start kelas. kelas first aku attend tadi dengan Haji Khairil. subjek kaunseling. wah kaunseling? i like! aku memang suka subjek-subjek mengkaji manusia macam ni. tambah lak dengan Haji Khairil. memang mantops lah.

anyway, tadi Haji Khairil ada sampaikan ilmu baru pada kitorang sekelas. jadi aku rasa, tak salah aku kongsikan ilmu ni dengan semua orang. lagipun, salah satu daripada 3 perkara yang tidak terputus dari anak Adam selepas ia mati bukan ke ilmu yang bermanfaat?

aku tak dapat nak quote benda ni dari mana sebab Haji Khairil sendiri dapat tahu benda ni dari pembacaan nya. sesungguhnya, kaabah tidak mahu masuk ke syurga, selagi hamba Allah yang tawaf mengelilingi nya tidak di masukkan ke syurga.

maka dengan ini, Allah telah menjanjikan bahawa, hamba-hambaNya yang menunaikan haji di Makkah akan dijanjikan syurga. sebab itu lah menunaikan haji di Makkah termasuk dalam rukun Islam.

lepas dapat tahu ilmu baru ni, aku terus tanam azam. kalau Allah murahkan rezeki, aku mahu tunaikan haji bersama suami (kalau dah kahwin masa tu) sebelum menginjak 35. kira ini target aku lah. bukan apa, lebih baik kita pergi masa masih kuat dan muda. lebih mudah untuk menunaikan ibadah.

aku dah pernah pergi umrah masa form 5 dengan seisi keluarga. alhamdulillah ayah murah rezeki masa tu. pengalaman itu sangat berharga bagi aku. kali pertama aku melihat kaabah, air mata aku gugur. aku tak tahu apa perasaan itu, tapi macam runtun sangat bila nampak kaabah. lagi pulak jemaah semua melaungkan 'labbaikallahumma labbaik, labbai kala syari kala kalabbaik' berulang-ulang kali semasa kami mendekati kaabah untuk menunaikan tawaf selamat datang.

dan semasa menunaikan umrah tu juga aku menunaikan Saei' dari bukit Safa' ke Marwah. sedangkan aku yang muda juga merasa letih, dan itu cuma umrah. jadi seeloknya, biarlah menunaikan haji di waktu muda. bila sudah berkemampuan cepat-cepat lah tunaikan haji. tak perlu tunggu tua.

sekian sahaja makanan rohani untuk hari ini. harap dapat di manfaatkan semua.

p/s: sopan betul CN bila cakap hal agama. macam ni selalu kan bagus cik nurulain? hehe.

12 comments:

Aidi-Safuan said...

ouh.tuh la.I pon cair bila cik nurain citer pasal bab agama nih. ahhh~~~
melted already~

PEJUANG KESENIAN EXTREME said...

Oh...begitu rupanya..

cik nurulain said...

yang part mana yg batul cik aidi oi...

mari lah kita menunaikan haji di usia muda ye?

aida said...

sesungguhnya, kaabah tidak mahu masuk ke syurga, selagi hamba Allah yang tawaf mengelilingi nya tidak di masukkan ke syurga.

terharu dgn ayat ni

amirah said...

alhamdulilah kamu terpilih utk wat umrak di sana

cik nurulain said...

Nina: saya pun terharu masa dengar lecturer cakap tadi

cik nurulain said...

amirah: masa tu rezeki ayah murah. lepas ayah dengan mak tunaikan haji masa ain tingkatan 3, terus diorang niat nak bawak anak-anak ke sana.

Didi Nadhirah said...

thanks for the info

ooooooooo said...

azam yang bagus ..saya doakan berjaya
amin

cik nurulain said...

Didi: ur welcome

Umar : thanks k? insya Allah klu de rezeki.

Asfan Ash said...

kalo aku menang contest Reader's Digest nih, mmg aku g haji la beb...simpan dlm tabong aji

cik nurulain said...

sejuk hati aku dgr niat kau tu ARC...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails