esok nak buat test untuk Salleh dengan Hanis. so, lepas melagha bagai nak rak petang tadi, lepas semayang maghrib baru nak buka buku select questions. proses select questions tu sendiri dah lambat lepas tu kena tunggu busu balik rumah macam orang bodoh je.
sebab nya? sebab nya aku yang sengal ni tertinggal hp aku dalam kereta ayah. and ayah dah balik kampung petang tadi. so far aku dah jalani 8 jam tanpa hp aku and it sucks! sucks tu bukan part tak dapat texting dengan F ke hape. (alah F pun asik kerja je. workaholic mak aih. tak notice pun aku tak text dia)
nak keluar kena tunggu busu balik. faiz dah keluar pukul berapa ntah tadi. nak ikut kan aku ni sebenarnya takut sangat tinggal sorang. dengan hp nya takde. adoi. ngeri. tapi at last, busu balik. nasib lah tak lewat sangat sebab aku nak kena gi fotostate some of the questions.
tak daya aku nak type cantik-cantik. nak main kolaj je. fotostate lepas tu tampal. gila lah old school. pemalas punya cikgu. sila jangan contohi. baik lah. selepas mem'fotostate' apa-apa yang patut. perut ku jadi sangat lapar. adoi. nak masak ke? jangan harap lah kan. kerja tak siap lagi. pasti nya aku akan beli aje santapan malam ni. (dan mungkin juga esok? haha)
soalnya, nak gi gerai ke warung ke pun aku malas. jadi, aku buat keputusan nak gi beli burger tepi jalan je. nyam nyam. bukan sahaja ringkas, malah lazat hingga menjilat jari. lagi-lagi burger kat belakang rumah aku tu, roti die lembut. bukan macam burger jual kat pudu tu, roti dia mak aih macam baru kuar dari fridge. nasib tak patah aje gigi aku mengunyah.
kenyang ke makan burger je? oh! usah kau tanya. sebab nya aku beli bukan hanya 1 tapi 2 burger (bunyi macam iklan je?) teruk betul habitat aku ni. eh habitat ke? bukan lah tabiat. haha. karang kalau dah gemok bagaikan di pam pam kau jangan tanya kenapa pulak ye ain.
akak tu pun macam dah biasa dengan aku, "taknak sayur eh dik?" aku angguk je. 8jam tak berinteraksi dengan manusia buat aku jadi janggal nak berkata-kata (biar benar?) aku suka tengok orang masak burger. jadi aku bertenggek kat tepi tu perhati burger di masak dengan khusyuknya. aku tengok akak tu tengah susun-susun aksesori atas burger. mungkin customer terdahulu punya order.
customer tu sampai lepas tu dia cakap, "akak, saya punya tadi satu je tau nak sayur. lagi 3 tak nak" aku macam senyum je, dalam hati tergerak, ingat kan aku sorang je tak makan sayur. aku masih lepak situ. agak laris lah jualan akak ni malam ni.
nape ntah semua orang berpusu-pusu nak makan burger malam ni. sibuk je. aku makan, diorang pun mau makan juga. masa burger aku dah nak siap, datang sorang budak lelaki lak. dia pun order, " kak, burger ayam special 1, burger daging 2, semua tak nak sayur" oh, sama lagi.
masuk ni dah 3 customer termasuk aku order burger taknak sayur. haih, untung akak tu. bayar tetap sama. kerja pun lagi senang. tak payah nak susun-susun aksesori kat atas burger tu bagai.
hurm, no wonder lah orang sekarang ni banyak yang terbantut tumbesaran. tak makan sayur rupanya. macam mana lah ek? dah lah F pun tak suka makan sayur. tapi aku cakap dengan dia, nanti dah kahwin kena pura-pura makan sayur depan anak-anak. kalau tak diorang pun tak nak makan sayur.
No comments:
Post a Comment