Tuesday, December 22

bermadu atau andartu?

orang cakap single is simple. double is trouble. betul ke? sebenarnya bagi orang yang memang sejak azali single, single memang best. tapi bagi orang yang dah biasa double, single is torture.

masalahnya, bukan senang nak cari pengganti. orang yang serasi dengan hati kita ni, bukan boleh dapat kat tepi jalan. nak cari lak yang baik budi. ada kawan-kawan yang memang kita dah tahu hati budinya, tapi sememangnya sedari azali ditakdir hanya untuk jadi kawan.

makin dewasa ni makim complicated. zaman hingusan dulu, apa yang penting kita suka dia, dia suka kita. sekarang ni macam-macam nak pikir. sebab bukan lagi masa nak flirting around macam masa muda remaja. kena pikir background education. keturunan dia elok ke tak. kerja bagus tak. orang mana, kalau jauh sangat susah lak nanti. mak ayah kita suka dia tak. mak ayah dia suka kita tak. memang complicated la.

sebab tu lah ramai wanita hebat yang tak berkahwin. bukan apa, pikir hal macam ni lagi payah dari nak pikir formula sains ke, pasal bisnes ke. bayang kanlah. laki memang sah sah lagi sikit dari perempuan. dah tu lak dari amount yang ada tu, nak cari yang ikhlas dan baik budi lak memang susah.

dari yang ikhlas dan baik budi tu lak, kita nak saring lagi. nak cari yang ada kerja tetap, bukan penganggur terhormat. lagi, nak tengok gak family dia punya penerimaan. kan ke payah itu? pening kepala tau jadi perempuan ni.

lelaki senang je. choice banyak. sebab tu la banyak laki main kayu tiga. walaupun muka tak seberapa. pelajaran tak seberapa. harta tak seberapa, tergamak diorang main kau tiga. modal air liur je pun. bukan luak pun kan?

bila dah malas sangat kan, tu yang perempuan jadi malas nak pikir pasal laki lagi. fokus kat kerja je. sebab nak distract dari pikir pasal laki. endingnya tak kawin. ntah la ek? aku ni kan, jujur cakap lah. sanggup aku jadi bini no 2, no 3 daripada jadi andartu.

bukan kata nak kata aku ni sanggup sangat berkongsi. bukan sebab aku rasa bermadu itu manis (best jugak seyh ada madu, leh ajak teman shopping!) target mahu dapat payung emas di 'sana' jauh sekali.

tapi, hakikatnya, kalau dah laki sikit, kita ni memang lah kena berkongsi. aku tak cakap lah yang aku sanggup bermadu. tapi kalau itu 2 pilihan nya, aku pilih untuk bermadu. susah tau hidup sorang ni. at least kalau jadi bini no 2 or 3 pun, nanti ada anak, ada gak orang nak jaga aku bila dah tua. nak doa kan aku bila aku dah tak ada.

siapa cakap hidup senang. sentiasa perlu berkorban. itu lah hidup. kau nak jadi tamak tak nak kongsi, mungkin kau akan end up sorang. nak ke? jangan cakap nak. ingat senang ke hidup sorang ni? pikir lah...


bermadu, adakah semanis madu?

10 comments:

YuSeNzE - KniGhT said...

Muahahaha~~~~

Cik Chuie said...

baik i single dari madu2 ni tau.hehe

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Hehe.. Yep2.. Betul tu.. Kita tak tau ape yg Allah dh tentukan untuk kita kan.. Mgkn kita tak suke tapi tiap yg jadi tu pasti ade hikmah.. Tak kesah laa kita rasa prkara tu prkara betul atau salah.. ;)

rafaiz benitez said...

single is better.
nk kawin tnggu pilihan parents.
haha

cik nurulain said...

sue: alah, sharing is caring wut...hehehe

farhana: so, u sama dgn i ke? vote 4 bermadu? :)

rafaiz: tggu pilihan parents? wow, meh aku meminang kau.

zella y said...

entah nape i vote bermadu hahaha!

Asfan Ash said...

bermadula beb..hahaha kan ke madu itu manisssss

pempuan skang extrabanyak so kami kesian dengan kamu, jadilah madu hak3

tapi pernyataan di atas tidak merujuk kepade saye
Saye berpegang kepade monogami =D

cik nurulain said...

zella: mari join bermadu club!

TuARC: eleh berpegang pada monogami sebab tak mampu kan? hahahhaah~

Asfan Ash said...

bukanla..
err tu 1 faktor gak
tp, sygla bini anda sebaik2nye koh3

Cikgu Dahlia said...

memanglah xnak jd andartu..
tp xsanggup gak nk bermadu yang boleh memecahbelahkan rumahtangga orang lain...lagipun ingat, once dah no2, akan ade no3 dan 4..

tapi kalo semua pihak merestui, dah jodoh mcm tu, terima seadanya...tapi seammemangnya, sis rela single and alone....xsanggup nk kecewakan hati perempuan lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails