Monday, December 7
07: random ramblings
adoi. penat lah arini. in fact aku rasa cuti ni memang memenatkan bagi aku kut. nasib baik aku tak jadi kerja. kalau aku tak wat tuition ni, aku sekarang mesti sedang jaga kedai bag GWT kat tesco plentong.
seriously, aku tak tahu nak bezakan mana lagi penat. oleh sebab aku dah tolak offer GWT tu, aku pass kat marina sebab masa tu dia tak dapat kerja lagi. marina cakap kerja macam relax je. penat kalau ada stok baru sampai lah kut.
hari biasa just kena jaga kedai je. nak compare dengan aku, tuition 2jam. seminggu 4 kali. tapi penat dia mak aih. sebab pakai otak kut. plus nak kena kejar masa sikit. aku nak cover the whole syllabus year 5 untuk Hanis and the whole year 3 untuk Salleh.
masa sebulan je. takpe lah. lagipun, terisi gak masa aku di samping jadi latihan. nanti naik je seminggu terus praktikal. kalau time cuti ni aku tak revise apa-apa just duduk rumah korek idung je (eeeuuuu gross!) kang aku blur lak kat sekolah.
eh eh. banyak lak kau merapu ek ain. nak cerita kepenatan hari ni sebenarnya. pagi bangun kul 6.50. lepas solat subuh jenguk mak kat dapur, tolong apa yang patut. (amount aku tolong mak tersangatlah minima)
lepas tu tanpa berlengah terus sambung tidur semula. aku tak berlengah sebab aku tau aku kena bangun awal. kul 10 ada tuisyen. dah lepas sarapan mandi and siap-siap semua terus drive ke taman istimewa (jitu gila pegi sana sini takde lesen, kalau kena tahan bapak polisi memang naya je)
kak rozi tak ada kat rumah. tak pasti lak ke mana tapi yang penting Salleh pun tak ada. so, hari ni 2 jam solid aku kena ngadap Hanis. kelas hari ni agak bosan. aku dapat rasa aku membosankan and definitely Hanis pun rasa camtu.
pegi kat kereta je, hati aku jadi makin panas. boleh lak aku dapat saman majlis perbandaran. bengang! poket tengah rabak ni, ada je yang cari pasal. selepas sesi mengadu kat F, pakej marah-marah MPJB marah diri sendiri sedih dengan nasib diri semua barulah aku gerak dari taman istimewa tuh.
aku banyak urusan nak buat ni. nak kena bayar bil broadband hari ni sebabnya takut kena bar. dia dah bagi warning kalau taknak kena bar masa musim perayaan, sila jelaskan bayaran anda.
bukan tak pernah aku kena dulu. haha. masa tu emo gila marah celcom centre sebab modem tak boleh connect. rupanya tak bayar bil. malu seyh, macam nak tutup muka pakai tudung periuk.
dah lepas kena saman kat taman istimewa tadi, masa nak pergi celcom centre kat taman molek, aku bertekad nak letak parking tiket. seluk seluk dalam drawer, pas aku tu sampai tahun 2008 je.siot punya ain. 2009 pun dah nak berakhir. agaknya selama ni aku selambadek je kut tak letak parking tiket.
whatever lah. aku turun cepat-cepat and terus bayar bil. lepas tu bergegas pegi bsn draw duit. lepas ni nak gi maybank lak, deposit payment. oh ya, akhirnya aku buat percubaan pertama aku untuk shop online. aku beli something untuk F.
haha. nanti lah tunggu parcel sampai aku buat liputan lak tentang apa barang pertama aku beli online aka barang pertama aku nak bagi kat F. lastly, aku balik rumah fetch nurin untuk pegi makan.
yeah yeah. call me lazy and wutever. aku dah penat. malas aku nak masak. ajak nurin makan kat luar je. kitorang lunch kat gerai cendol dekat dengan giant souther city. aku makan cepat gila sampai nurin cakap "kau lapar ke long? nah abis kan nasi aku" hahah~ memang aku habiskan pun.
p/s: balik-balik sakit ati je buka blog. huh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment