" long, pegi mandi. 9.30 ayah nak pegi breakfast"
eleh. aku tau nurin tu. saja suruh aku mandi dulu supaya dia ada alasan nak membuta barang seminit dua lagi. huh, taktik murahan. tapi menyedari yang aku sedang dikunjungi 'kawan' wajarlah untuk aku mandi dulu sebab bakalan lama tuan puteri bersiram.
hari ni, rasa macam sangat malas. buka cupboard dan terus capai baju yang loose, yang sudah lama terabai. aku tarik shawl yang cik ciare bagi untuk contest pinky lady yang telah aku menangi tempoh hari (bapak show off kau ni ain. itu pun mau cerita ke? hahah. ain show off)
nurin macam main sarung je baju apa ntah. selalunya dia amek masa yang lebih lama untuk pilih baju. mungkin dia rasa ayah setakat nak pegi breakfast je jadi tak payah dress up terlalu wow wow.
ok, dah la lapar gila ni, boleh lak ayah nak pegi basuh kereta dia dulu kononnya dah kotor (adoi, tak boleh tunggu lepas breakfast ke? lapar ni kreeuuukkkkk!) lepas tu, masa pusing-pusing kat kg melayu tu, ayah cakap.
"hari ni ayah nak ajak korang pergi high castle."
nurin dengan faiz muka macam blur blur. aku terus jawab. kota tinggi? pastu ayah macam ketawa terkekek kekek (ayah, is this suppose to be funny? adoi. layan jelah.)
masa ayah duk ketawakan lawak dia sendiri tu, nurin dengan faiz masih lagi dalam mode nak figure out lawak yang aku terjemahkan tu. adoi adik aku 2 ekor ni. kalau idin ada, boleh gak dia join aku hina budak 2 ekor yang lampi gila ni.
doblas jam kemudian (baiklah ini cuma hiperbola) setelah nurin figure out lawak ayah tu, dia macam freak out nak mampos.
"ayah nak gi jalan-jalan ke? nurin pakai selekeh ni."
pernyataan nurin diabaikan. aku dapat bayangkan, dalam hati ayah berkata "ada aku kesah?" hahaha.
ayah tu kalau dia kata nak pegi, ada dia peduli tentang penampilan sekalian anaknya? terutama anak daranya? oh tidak sama sekali. ok, in the end tak jadi pun breakfast di kg melayu. macam nak cari makan on the way (padahal perut masing-masing dah bermain lagu pelbagai genre dah ni. jangan risau, etnik kreatif pun ada)
sampai di area taman pelangi indah, mak sudah tak tertahan lagi. mak bertitah supaya mencari kedai makan dengan kadar yang segera sebab dia sudah lapar tahap orang mongolia.
kami telah mendarat (ceh macam lah naik jet pejuang) di sebuah kedai makan yang sederhana (maaf tak ingat nama) dalam hati aku, habislah kedai ni kalau lambat serve. kami berlima dah macam monster kelaparan ni. mak makan lontong, ayah makan mee + lauk (banyak gila weh lauk ayah amik). nurin dengan faiz makan roti kosong whereas aku makan roti tampal.
masa roti tampal aku sampai, aku macam ragu-ragu dengan struktur roti tampal tu. macam kurang sifat sikit bentuknya. tapi sebab aku lapar, without hesitation aku pun melahap roti tampal tersebut ( gila bunyi macam dinosaur pemangsa je) roti tampal tersebut diiringi paru sambal dan rendang daging.
walaweh, walaupun rupa takde, lazat gila wa cakap lu roti tersebut. menyesal aku pertikaikan kredibiliti roti tampal ni tadi. bukan aku je kesedapan, malahan 2 ekor budak lampi turut kesedapan roti kosong.
lepas tu, langkah seterusnya (tak patut ditiru oleh orang yang inginkan tubuh langsing seperti tiz Zaqyah) aku dengan jitu dan taqwa (ceh apa kaitan) meng'order' roti kosong lagi 2. eh eh. satu je aku punya. satu lagi faiz punya. faiz pun makan dah macam monster sekarang. aku dengan dia kalau kat rumah kalau makan macam berlumba. nurin dari awal dah kalah.
tak cukup dengan tu, siap pergi tambah rendang daging lagi sepinggan. adoi pelahap nya the Shahruni's ni. (cewah macam the incredibles lak) memang sakan la breakfast pagi ni.
blurp. bukan aku eh. faiz ok. aku cikgu. mana bole sendawa macam tu. hilang keayuan ku. haha. muntah hijau sekarang. ok, harga agak murah tau. sembilan belas ringgit bape sen ntah. ok lah tu. selalu kalau makan kat sebulung tu. nak dekat 30 juga takat breakfast.
baiklah pengembaraan diteruskan. ceh macam familiar je frasa tu. jangan plagiat ain. karang kena saman. haha. boleh gitu? nurin muka pasrah je. pasrah-pasrah pun pinjam compact powder dengan eyeliner aku gak. gigih betul bersolek dalam kereta.
alah, tapi jadi anak dara Tuan Hj Shahruni, inilah cabaran yang kau kena hadapi. aku ni 2,3 kali je kut dapat pakai tudung proper-proper depan cermin kat rumah. yang selebihnya, berani mati lah aku lilit selendang aku dalam kereta. dah tu? ayah duk hon-hon suruh cepat. itu belum lagi tahap karma bila sempat pakai eyeliner sebelah mata je. horror betul.
ok, moving on. sesampai saja di kota tinggi, kami menyerbu ke bazar kota. eh eh chup. sebelum tu, ayah macam ada sentimental sikit teringat idin. dia suruh cari cimb sebab nak bank in duit belanja kat idin. eleh, macam lah kalau lambat sikit bank in duit idin mati kebuluran kat kl nun.
eh, tapi kalau idin tak cukup makan memang kesian kut. jap nak bayangkan..........................ok ok. betul lah memang kesian. macam tak sampai hati gitu kalau dia tak cukup makan. lihat lah figurenya yang kukuh itu. (saja guna kukuh, selamat sikit dari ditumbuk idin)
ok lah kat mana cikgu tadi murid-murid? ( gaya cikgu syok sendiri dalam kelas bila dah lari topik) ouh bazar kota. tempat tu lebih kurang macam pasar larkin je kedai-kedainya. tapi ok lah gak.
ada satu kedai batik ni, mak memang selalu gak beli batik kat situ. punya lah ayah pilih-pilih baju batik dah siap. macam-macam pattern kitorang keutarakan pada ayah yang gaya sungguh klise asyik nak pakai warna yang sama je. tapi kan bila sarung kat badan. jeng jeng jeng. tak muat weh. cuba teka saiz apa? ehem ehem. biarlah rahsia. *ayah, u owe me ok* aku macam nak wat lawak "ayah you should hit the gym" tapi takut kena pelempang. lantas aku matikan niat itu.
kecewa ayah tak dapat beli baju batik. tapi jangan runsing, ayah boleh habiskan duit pada anak-anak dan isteri ya. aku dengan tak beragak nya telah sauk baju kurung dah siap. *nanti dah pakai aku post gambar* harga asal rm75. dia bagi 60. aku pun cuba skill menawar aku tanpa campurtangan mak. ehem ehem. not bad gak aku ni. akhirnya dapatlah rm50 je. tadi mak macam nak bayarkan. bila aku berjaya tawar mak macam wat tak tahu lak pegi buat-buat pilih tudung kat kedai sebelah. apa lagi, ayah la mangsaku.
tapi alhamdulillah lah. murah rezeki makcik yang bagi aku harga 50 tu. lepas tu mak boleh berkenan dengan telekung kat kedai makcik tu lak. aku tak hendap lak bape helai mak beli. nampak cam lebih dari satu. (aku tak paham nape mak nak beli telekung banyak-banyak. kat jalan TAR beli telekung gak. adoi) lepas tu, ada 2 makcik yang nampak loaded lak masuk kedai makcik tu dengan penuh determination. confirm borong banyak tu.
baguslah. rezeki masing-masing kan. ok, masa tengah pusing-pusing area kota tu aku macam cakap kat ayah
" ayah, sultan mahmud mangkat kat jambatan tu ke?"
alamak. macam mana boleh terpacul soalan tu? habislah aku kena dengar salasilah kerabat di raja melaka dan sejarah mahmud mangkat dijulang pulak. (ada yang tak tahu ke kisah ni? yang sultan mahmud suruh belah perut perempuan mengandung yang mengidam nangka)
ok, aku ingat ayah setakat nak cerita je kisah tu. guess what? ayah bawak kitorang pegi makan sultan mahmud ok!!!!!! dush. you and your curiosity ain! tapi ok lah. sebab aku pun tak pernah pergi.
baiklah. lepas itu kami pun pulang. eh eh, tapi bukan terus pulang ke rumah. adoi kalau nak cerita memang tak habis lah kan. cik nurulain ni dah la macam murai tercabut ekor. mana boleh stop. sampai mulut lenguh baru nak stop (ini kalau bercakap. kalau menaip, ikut stamina tangan dan jari lah kut)
ok lah. nak labuhkan tirai entry ni dulu. kita tangguhkam entry kita pada hari ini (ceh ceh macam tangguh mensyuarat PIBG je)
before abes, haruslah ada gambar di sebalik tabir kan? kan? kan? sila sila sila.
p/s: idin, if you are reading this, kitorang nampak kembara cat oren (sebijik macam oren ko) kat stulang tadi. tapi plet singapore la.
p/s/s: aku macam biol lagi ni. kejap lagi ada aku menaip lagi ni kang. adoih mintak dijauhkan.
3 comments:
yang penting happy kan.. bosan2 singgah le...
ain oii, ak yg org kota pn xtau bazar kota kat mane. sultan mahmud mangkat dijulang last pegi mse drjah2 dulu..haha
Post a Comment