Friday, December 18

memadam keterusikan hati.

sekarang dah tahu kenapa emosi macam rollercoaster. lantak kau lah emosi. kalau 'kawan' tak datang pun, kau memang dah cukup gila dan biol pun.

semalam, seseorang dari masa lalu datang menerjah hidup aku kembali. setelah sekian lama membisu tanpa sebarang berita, ceh. lagi mau jiwang. ini kan entri emosi. haha. aku tak tahu apa perasaan sebenar aku. nak kata aku tak peduli, eh aku peduli lah.

adakah aku rindu dia? mungkin ya, mungkin tak. dia tahu pasal F. aku teka, dia baca blog ni. aku teka je lah. sebab entri tentang F lagi latest kalau nak banding dia nak korek dalam wall facebook aku. macam sudah berjeman.

macam terusik kejap hati aku. konon macam bangga lah sebab dia cari aku. berusaha cari aku. walaupun sebenarnya dah lama dia ada account facebook. tapi lepas aku fikir balik reason aku menjauh dengan dia, baru lah ilang rasa keterusikan aku tersebut. ceh, ingat rasa terusik boleh padam pakai eraser ke? biol punya ain.

konon-konon mahu jadi rasional, aku simpulkan everything happens for a reason. it ends somewhere along the journey. tentu ada hikmah kan? mungkin lah. ini cuma mahu sedapkan hati saja. eh eh. baru aku perasan. nama S juga. tapi dia bukan anak sulung. ceh, macamlah itu satu kriteria yang aku memang tentukan.

p/s: aku rasa aku sedang fikir pasal S tapi kenapa aku mimpi kan R instead? adik aku cakap kalau kita memang takde fikir pasal orang tu tapi kita mimpi dia, makna nya orang tu tengah fikir pasal kita. logik ke?

1 comment:

mirna said...

aku dah mcm baca laporan penyiasatan rahsia la...ish ish,,,aku harap aku faham...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails