Sunday, December 13

sayang awak. sungguh tak tipu.

ok. aku tak pandai sangat dalam benda ni. the last relationship i had, berusia hampir dekad. jadi kalau nak sambut ulang bulan seperti sangat jenuh. heee.but here it is. genap sebulan dah. :) itu pun mau gumbira ke ciknurulain? orang lain takde kecah pun?

eh, suka i la. blog i kan? (kata-kata hampeh bila kontang idea nak bela diri) hubungan baru berusia setahun jagung, tapi sudah mula mau perang perang. biasalah aku. queen control, control freak, paranoid. aku seorang perempuan menjengkelkan.

sebulan yang rasmi, tapi tempoh mengenali aku mungkin dah cukup lama untuk dia beristighfar dan urut dada setiap kali kena deal dengan keanehan aku. setelah bersama dia, baru aku faham pasal first impression adik syada terhadap aku, "yang aku ni takde boyfriend sebab aku hanya cintakan diri sendiri" omg! sadis gila pernyataan tu. yet its true.

aku ni self centred sikit. dah lah tak pernah nak kalah. mahu menang je. bayangkan lah kalau dengan ayah sendiri pun mau menang, apa lagi setakat boyfriend. sungguh sungguh sungguh menjengkelkan.

but then, he always put up with me. aku pun tak tahu kenapa. nurin cakap tabik spring kat dia. sebab aku memang pompuan jengkel sedari dulu (since lahir bak kata ayah) tapi lepas break dengan shai semakin menjengkelkan perangai aku. sangat disaster. macam monster. (lebih dahsyat dari monster inc.) dan untuk insan yang berjaya tahan dengan aku, memang bravo.

sebab lepas peristiwa hitam tu, aku paranoid. susah nak percaya orang especially lelaki. tapi dia sangat bersabar dan bersungguh-sungguh. (dia tak aware dengan apa yang dia bakal hadapi. kesian.)

pastu dah kalau orang bersungguh-sungguh nak sayang kita, mesti lah lama lama hati cair gak kan? aku ni menjengkelkan je belum lagi tahap hati kering. akhirnya pintu hati aku yang engsel dia dah bapak berkarat tu pun terbuka. tahniah kepada beliau. syabas! (bukan syarikat air syabas tu ye)

cewwah. poyo je kau ain. baiklah. ni grand finale dah ni. kepada Mohd Fakharudin Arifin (jikalau anda membaca) terima kasih sebab bertahan. harap-harap bukan sekejap ini. harap-harap bukan di awal cuma. harap-harap kau mampu bertahan selamanya. sebab apa yang pasti, keadaan tak akan jadi bertambah baik. segalanya akan jadi makin sukar. sebab yang kau tak tahu ialah, aku ada genetik monster.

tak ada apa yang boleh aku janji. serius aku tak boleh janji aku akan ubah perangai. itu next to imposibble. cuma ada harapan. seteruk mana pun keadaan, tolonglah bertahan. sebab di sebalik monster menjengkelkan yang banyak kerenah ni, ada sekeping hati yang sangat sayangkan kamu.

eeeuuuu..muntah hijau sekarang. whatever! its my blog remember? ok, nak tamat kan entry ini. harap tak ada yang baca ini entry. :P




p/s: seriously, takde ke gambar yang tak nampak aku macam camwhore gila? tet! jawapannya tak ada!

10 comments:

ada m0khtar said...

wow... hehehe..

Anonymous said...

mok,comelnya bf baru ko! im glad ure happy now :D u owe me a storyyy

miss u mok!

cik nurulain said...

ada: apa yg wow?
mok: hahaha~ yup indeed i owe u a story!!!

Anonymous said...

ohhh along!!!kantoi dah ada bf x nak habaq merajuk huh !

Nurul K said...

ain? ko dah ade bf eik?
x bgtaw pun..haha..

cik nurulain said...

NK...siot je ek... poyo poyo!

Anonymous said...

ehem ehem ehem..
bahagia sungguh nmpknye.
it's good for you then =)
and i'm happy for u too!

Cikgu Dahlia said...

selamat berbaahagia...

erm...bila bc en3 ni, mcm terkena kat diri gak jer...maybe sbb tu sis still single sbb self centred,,,dan for me, what i;m doing is always right....same laa...dgn sesapa pun, sis mesti nk menang once sis dah bukak mulut..kalo xbukak mulut xper, keep on silent jer..huhuh....nak kena berubah laa nampaknya....umur dah semakin beralih nombor depan..takutttt

flop_shuvit said...

ihik3....

Unknown said...

hye stalker tersyg...:)

so this is ut F lah kan?
muke sgt2 baik..:))
gudluck eh ain...^__^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails