Friday, December 18

tak suka!

mood penulis semasa menulis : sedih yang teramat sangat

sob sob sob. aku sedih ni. F tak jadi datang esok. kena kerja lak esok. sedihnya. bos dia ni tak reti call awal-awal ke? sekarang aku dah sedih and kecewa. siapa nak tanggung? mereka dan keluarga mereka gak nak kena tanggung.

aku tau tak wajar untuk aku marah. bukan dia pergi bersuka-ria. dia kena kerja. dia bukan sengaja. tapi. hakikatnya ini aku. nurulain. as much as aku nak jadi understanding gila. aku tetap aku. bila jadi macam ni, aku cenderung untuk mengamuk dan cari pasal.

sebab? sebab bukan salah dia, dia kena kerja. tapi aku nak juga salah kan dia. sebab aku sedih. sebab aku marah. so, aku cuba cari pasal. cari salah dia tapi pasal lain. supaya aku ada reason untuk marah dia. jahat nya aku.

tapi itu memang aku. benda ni macam dejavu. dulu aku dah pernah lalui nya. and it seems like aku memang bermasalah dengan rescheduling date/ meeting or whatever yang seangkatan dengan nya.

in my opinion, kalau kali pertama orang tu dah tak boleh proove dia punya komitmen. tak ada masalah untuk dia blew off the the 2nd one. and when it comes to rescheduling, susah aku nak trust. takut yang reschedule tu pun cancel. aku kan paranoid.

hish. dah lah emosi aku ni tengah tak stabil. jadi macam ni lak. rasa macam nak transform jadi raksasa pastu musnahkan semua bangunan kat jb.

saja.

nak lepas geram.

arghhhhhhh! (kala ini aku dah bertukar jadi raksasa)

chup! tiba-tiba aku confuse. aku ni sedih ke marah?

2 comments:

Anonymous said...

relax k, babe.
jgn la emosi sgt.
die tak dtg sbb keje kan?
so jgn la carik sbb laen plak nk marah die..kesian die..
nnt die rase sgt bersalah plak eventho bkn la salah die kan?

Hisservant said...

ain, janganlah macam tu..

cuba kalau satu hari ain pula yg terpaksa cancel something sebab ada hal lain. perlukah dia marah? mahukah anda dimarah?

lagipun, marah-marah ni buat sakit hati je kan.. andai raksasa dah musnahkan bangunan di jb, lepas ni anda juga yang marah sebab takde tempat tinggal..

huhu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails