Wednesday, December 23
GUYS: sedikit yang perlu kamu tahu pasal WANITA.
1.cenderung untuk jatuh cinta dengan lelaki yang punyai ciri-ciri seperti ayahnya (awas jika kamu tak punya ciri-ciri itu, dia berkebarangkalian 'jatuh' ke tangan lain)
2.bila kamu tanya sebarang jenis soalan, dan kami jawab "takde pape" realitinya, ada sesuatu. jangan bodoh-bodoh terima, "oh takde pape" lantas ignore begitu saja. jawapan ini untuk menarik perhatian anda. jadi sila-sila lah tertarik ya.
3.kami tak pernah akan cukup dengan baju. walau ada lapan dozen sekalipun, tak akan pernah cukup. (kalau nak beli kan baju, beli aja tak payah pikir kami dah banyak baju. haha)
4.kami tak perlu kan sebarang sebab untuk membeli-belah. (tak perlu tunggu year end sale pun)
5.kalau kami tanya "hari ni hari apa ek?" sila jangan jawab, "hari rabu/jumaat/selasa." sila perah akal fikiran kamu yang ada 9 tu untuk ingat apa hari istimewa yang jatuh pada tarikh tersebut. urgh. men can be blur sometimes!
6.walaupun sesetengah kami tak suka bunga (konon-konon say out loud tak suka bunga), bila bf/suami bagi bunga tetap suka and excited. lantas jangan fikir, "alah, tak payah lah bagi bunga bagai, dia bukan suka bunga pun"
7.kami mahu dimanja, di ambil berat, di beri perhatian. BUKAN dikongkong. jangan jadikan alasan mengongkong kerana sayang.
8.kami bangga jika kamu bercerita tentang kami (yang baik-baik saja) depan rakan-rakanmu, walaupun sedikit malu-malu kucin
9. mahu diberi kepercayaan walaupun kami sendiri kadang-kadang tak percayakan kamu. haha.
10.kami ada ego juga, bukan lelaki saja yang ada. dan ego kami penting juga, bukan ego kamu saja yang penting.
p/s: ladies apa lagi kamu mahu LELAKI tahu?
p/s/s: guys, apa lagi kamu tak tahu?
p/s/s: tajuknya tertera 'sedikit yang perlu kamu tahu pasal WANITA' sebab bukan semua aku tau. okeh.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Ni kalau aku bagi balak aku baca pun...masuk mata kanan, kuar mata kiri...hakhakhak.
diorang dah tahu sebenarnya. cuma pandang sebelah mata. macam papan tanda halaju kat highway tu. kan kita nampak tapi pandang sebelah mata saja. hahah~
Post ko ni wat aku berenti jd silent reader ko la.. Bende2 ni la yg aku rasa nak wat org faham tp tak faham2. Tapi kalau aku, yang no 7 tu jd 1st. Heheh..
huwah
ada silent reader ka? hahahah~
heheh. mmg pon laki mmg hampesh la weih. lgsg x phm pmpuan.
Post a Comment