Wednesday, December 30

empat segi: linda, fahrin, scha, awal.

Scha, awal, fahrin, linda.

ha kau. amek semua nama aku senarai kan. tiba-tiba ada rasa macam mau gosip artis lak. wal hal aku bukan tau and mengikuti sangat pun. bukan kira gosip pun kut. ini cuma aku punya thoughts jelah pasal apa yang dah terjadi antara artis-artis di atas ni.


mula nya sibuk desas desus linda onn dengan fahrin bercinta, tapi linda tak nak ngaku. ramai cakap linda yang tak nak mengaku. lepas tu, dalam masa yang agak sama timbul kes pasal linda refused untuk pakai baju yang di berikan pada dia untuk anugerah Oscar . kalau blur, baca sini. sebab aku pun blur blur gak. haha.

bila heboh linda dengan fahrin dah putus, aku menyimpulkan memang fahrin tak tahan dengan linda kut. maybe linda onn ni banyak songeh. cerewet. self-centred. i mean, kenapa beriya nak cakap fahrin tu just friends walhal fahrin siap datang rumah tolong masak ke hape masa kenduri rumah linda. dah nampak macam more than friends dah kut.

so, aku simpulkan la linda onn yang salah. lepas tu kecoh lak fahrin denga scha. aku macam, ouh cepat nya fahrin ni dapat ganti. tapi tak kisah lah kan. pastu buat kesimpulan fahrin ni senang 'sangkut' dengan orang yang sama-sama bekerja dengan dia. lepas tu, bila timbul desas desus dia dengan scha dah tak ada apa-apa, aku macam blur kejap.

nampak macam fahrin lak yang something wrong di sini. sebab dalam 2 kes ni, dia ada. tak kurang juga ada orang cakap sehati berdansa macam ada badi. sebab masa musim first tu, tup tup radhi dengan wife dia Shazlin bercerai. then fahrin dengan linda tak jadi. after that dengan scha pun tak jadi. macam something fishy je kan dalam sehati berdansa tu? aisk. jangan fitnah weih. tiu assumption aku je. bukan betul-betul.


ok, moving on. wujud lak kisah scha dengan awal. haih, masing-masing ek cepat betul dapat pengganti. macam ganti baju je gamak nya. dulu fahrin, ni scha lak. but then, scha dah jadi macam linda onn gak. tak nak mengaku ada pape dengan awal. dah orang nampak kamu berdua kat singapore lah, kat midvalley lah. tengok sini. lagi tak mau ngaku. takut apa? takut saham sekor-sekor jatuh?


kemuncak nya kes kena serbu baru-baru ni. apesal dalam banyak-banyak kawan, kau invite awal sorang je untuk celebrate birthday kawan kau tu scha? siap bagi statement yang mencurigakan. “Saya tidak membantah dan pergi membuat ujian. Saya tidak minum (minuman keras) kerana baru baik dari demam dan tuduhan itu tidak adil..,” (klik sini jika mahu kepoh-kepoh pasal ni) adoi! kalau tak demam kau nak togok ke kencing syaitan tu?

sudah nya, aku tak mencapai apa-apa konklusi pun. semua nya berselirat. tak ada jawapan yang tepat tentang siapa salah. hidup artis ni memang berserabut. yelah, dah nama pun public figure. kalau orang biasa wat benda-benda ni semua tak ada siapa pun kisah.

tapi tu lah, kalau dah tau kau tu public figure, perangai kasi elok la sikit kalau tak nak orang mengata. kalau kau tak kisah orang mengata then buat lah sesuka hati kau.

p/s: masih tak faham nape sesetengah orang cakap politik tu complicated. coz aku rasa dunia artis ni lah yang complicated.

p/s/s : caca merba siot aku bercakap pasal artis. nampak sangat tak meant to be. sori, i bukan huzz atau mama juwie auuw!

8 comments:

..nOj.. said...

oh artis mmg la byk hal... ade2 je mende nk cover padahallll

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY said...

eerr..out of topis skit...i dgr bini radhi tu lesbian..sbb dia bg statement macam tu...hishh...hishh...

cik nurulain said...

ziana: huh? bila dia bg statement die lesbo? adoyai mcm2 lah dunia artis nih

noj: ade je hal diowang ek? kalau x kes cerai, kes khalwat. hahah~

ZIANA ♥ FARREL♥ FAREZKY said...

erm...dh lama kot..mase baru2 kes dia dgn radhi..dlm melodi..tu pn hubby i yg bgtau..hubby i siap assume sure radhi,wife dia dgn another 1 girls pnah buat 3some..erk!!!dh masuk 18SX ni..kekeke

Didi Nadhirah said...

penuh kontreversi

missiesya said...

artis malaysia kn..mcm2 kisah..
kdg2 mcm artis holywood la pulak

cik nurulain said...

aah btul tu. kontroversi tak hengat...

zulaikha said...

dunia artis dan dunia pilotik sama je.. dua2 tak berapa telus (tak semua kot)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails