senang ke nak lupakan sesuatu? aku tak tau pasal orang lain. tapi kalau aku, benda yang susah bagi aku ialah melupakan. benda yang aku senang lupa cuma nombor. yang lain-lain aku ingat. mungkin aku ni jenis suka mencatat kut.
dulu masa aku sekolah rendah kat sigs jb, guru besar masa tu Pn Hjh Noriah. waktu ucapan assembly setiap isnin, dia selalu sangat cakap satu peribahasa inggeris ni " a short pencil is better than a long memory". of course lah itu literally je. tak kan lah semua benda kau nak catat guna pensil dengan kertas.
tapi zaman aku tak ada laptop, tak ada blog, memang aku banyak diari. aku jenis suka menulis apa yang aku rasa, apa yang aku nampak. asalkan perkara tu bagi impak pada aku. maksudnya, tak semestinya perkara indah je aku tulis.
satu yang aku sedari, memang sejak kecik aku ni emo. kalau menulis mesti pasal perasaan. macam budak yang cuba mencari identiti pun ada. haha. takde lah. life aku sebenarnya tak complicated pun. cuma aku je yang complicated.
so far hidup aku sangat mudah kalau nak compare dengan orang yang aku kenal di sekeliling aku. tapi sebab jalan hidup aku mudah lah aku jadi complicated. aku tak tahu deal dengan kerumitan. sebab aku tak ada experience.
itu lah masalah aku sebenarnya. maybe orang rasa aku exagerate je masalah aku. tapi kadang-kadang orang tak faham situasi aku. contoh macam orang kaya. duit banyak. ada orang gaji berderet. kereta mewah berderet. rumah besar. mewah lengkap dengan segala peralatan yang define luxurious.
sekali bankrupt. duit hilang sekelip mata. nak ke mana-mana kena naik bas atau jalan kaki. rumah panas dah tak ada aircond, tak ada tab mandi. orang gaji lagi lah tak ada. betapa seksa dan menderita sekali hidup orang yang jatuh bankrupt tu.
cuma dia je tahu kesengsaraan nya. orang lain cuma pandang sebelah mata. sebab orang fikir, "alah ada orang lain rumah pun tak ada" "untung boleh naik bas lagi, ada orang kena jalan kaki je" "alah, orang lain pun ada yang tak ada orang gaji gak. hidup je lagi. siap bahagia lagi"
serius. aku tahu orang fikir macam tu. situasi tu sama je macam situasi aku. hidup aku terlalu smooth perjalanan nya. segalanya macam mudah bagi insan bernama Nurulain Hanis ni.
aku hidup taklah mewah. mak ayah aku bukan bisnes. makan gaji je. tapi aku tak pernah lak sampai kena pos duit biasiswa atau duit elaun aku pada mak ayah sebab mak ayah terdesak nak pakai duit.
family aku. tak ada lah loving sangat peluk cium bagai. bila berhentam nak tercabut gak bumbung rumah aku. ayah aku garang gila. panas baran gak orang nya.tapi tak adalah mak ayah aku sampai bercerai berai.
adik beradik aku. 4 orang je semua nya. taklah bijak pandai mana pun walaupun mak ayah aku both graduates. tak adalah macam sesetengah family tu adik beradik berderet kat overseas. sorang amik medic, sorang amik engineering, sorang amik law. kira cukup pakej lah. tapi adik-adik aku semua sambung belajar. tak ada pun yang drop out school ke hape.
aku ni. perangai macam sial gak kadang-kadang. mulut laser macam tak ada insurans. lepas tu certain orang perceive aku as berlagak. memang terkutuk betul pakej perangai aku. sungguh pun camtu, tak pernah lak sampai aku kena pulau dengan member-member. dari dulu lagi. (masa kat sc jhr dulu rasanya dak laki tak bape suka aku. tapi maybe aku tak amik pot sangat)
bila masuk bab bercinta pun sama. tak adalah aku ni bahagia gila dalam percintaan aku. ada lah pasang surutnya. kisah aku pun bukan macam fairy tale bagai. kisah klise cinta monyet. gaduh gaduh gaduh. baik. berkawan. bercinta.
mendatar kan segalanya. aku yang menaip ni pun boleh rasa semuanya sangat mendatar. jadi semua nya mendatar dan mudah. aku tak cakap mudah tu tak bagus. tapi itulah dia. ceruk mana aku nak dapat pengalaman deal dengan kesusahan? kepayahan? tak ada kan.
jadi bila aku ditimba musibah yang kecil, aku jadi kuat melatah. sebab aku cuak. aku tak tahu macam mana nak deal dengan perasaan aku. itu dari segi emosi. apetah lagi nak menyelesaikan nya. lagilah aku tak reti.SEBAB AKU TAK ADA PENGALAMAN ITU.
jadi bila aku break dengan shai haruslah orang faham. aku sedaya upaya nak deal dengan benda tu in a positive way. tapi sebab aku tak ada pengalaman, cakap lah apa je aku tak wat.
aku jeopardize diri aku sendiri dengan nangis siang malam. aku jeopardize hidup mak ayah, adik-adik n kawan-kawan dengan taknak terima bantuan diorang sebaliknya memencilkan diri. aku even jeopardize kerja shai bila aku terminate number dia. (aku tak tahu sejauh mana impak perbuatan aku tu but still, its not a good thing to do)
aku lost tak tahu macam mana nak buat dengan situasi tu. kadang-kadang aku rasa sedih. kadang-kadang aku rasa marah. kadang tu aku rasa kesal lak. semua nya bercampur baur. its a mix of feeling i don't know how to deal with.
tapi ntah pada poin mana. akhirnya aku sedar aku kena move on. itu pun semua atas nasihat dan cadangan yang kawn-kawan berikan. kalau aku nak come out sendiri macam mana cara nak heal. memang aku tak tahu.
ikut hati aku, memang aku nak bersendirian je sampai aku fully heal. masa tempoh painful tu lah baru aku tahu, aku tak boleh berseorangan masa macam tu. sebab aku ni jenis yang berfikir and bila aku sorang, i tend to think bout it again n again. worst, aku salah kan diri sendiri lagi.
sekarang aku dah lost dalam entri aku sendiri. gila eh ain? hurm. apa pun, before kau judge orang, fikir dulu. kau tak tahu apa yang orang tu pernah alami dan tak pernah alami. kadang-kadang orang tu act the way they acted bukan sebab dia ngada-ngada or spoilt brat ke hape.
just ingat balik metafora aku pasal orang kaya bankrupt tadi. ok. aku dah memang dah biol ni. mungkin sebab aku terlalu letih serta emosi tak stabil. mungkin period sudah mahu datang. patut lah aku meroyan semacam je.
4 comments:
org yg merendahkan dirinya~ senyum tanda faham.
kau ni memang misteri. cara komen pun misteri gak.
nice reading it..it opens my eyes that life is differ for each human being..but honestly..from ur writing cik ain..i know u can deal with anything in this world..=)
we'll see zatul..
sometimes its just too much for me...
Post a Comment