Thursday, December 10
perihal shopping complex.
tadi aku pegi jusco bukit indah dengan seluruh family. cuma bob da builder je takde. haha. time dia ada, bukan main nyampah. bila takde rasa gak kehilangan. blah lah lu cik nurulain. tangkap leleh lak dengan adik sendiri.
bukan apa. ayah cakap si oren rosak enjin nya. semalam idin kena pegi kerja naik teksi. serius aku tak dapat bayangkan adik aku tu guna pengangkutan awam waima teksi sekalipun. mesti muka dia sangat menyedihkan. mesti aza tak sampai ati gila. hahah.
ye ain. melalut lah kau lagi. tak habis-habis. sila jangan buat begini dalam kelas nescaya tidak akan tercapai learning outcome untuk sesi itu nanti. wah. cakap cakap perguruan pula? sudah kah aku merindui maktab? oh! tidak mungkin.
anyways, takde motif pun pegi jusco bukit indah nun. bukan favourite spot kami anak beranak pun. kami suka mengunjungi jusco permas jaya saja. kecik. tak crowded. ntah lah. memang tak begitu suka tempat crowded pun terutama ayah. dia paling malas nak berasak-asak ni.
jangan harap lah nak ajak dia pegi kalau ada sale kejadah haram.tempat yang for sure dikerumuni makhluk Tuhan. ada sekali tu masa warehouse sale metrojaya kat persada. itu pun die bawak kitorang sebab benda alah tu buat kat persada.(tempat kerja ayah) kalau kat tempat lain jangan harap lah!
muka ayah macam paiseh gila je masa aku dengan nurin duk berebut handbag masa happy hour. dia macam tak terbayang kepuasan mendapatkan handbag yang bukan free pun cuma dapat dibeli dengan murah, kemudian terpaksa berlanggar bontot dengan orang lain.i guess he will never got it kot. biar lah. let us girl do that thiggy.
disebabkan kunjungan tak bermotif, perjalanan pun tak bermotif juga. yang sorang nak ke sini. yang sorang nak ke sana. fed up dengan ayah ni, dia tak suka gaya aku, nurin dengan mak yang kalau boleh semua kedai kitorang nak masuk. bukan nak beli pun. nak tengok tengok.
ayah cukup tak suka. huh, faiz dengan idin pun ikut perangai ayah. takde maknya nya istilah survey2 tu bagi diorang. nampak, berkenan terus beli. lepas tu dah tak payah nak masuk kedai lain pastu kecewa kecewa sebab yang lain lagi better (aik, itu bunyi macam aku dengan nurin je? heheheh)
tadi macam bengang gila. sebab baru je nak usha usha handbag dengan belt ayah dah cekak pinggang sambil wat muka annoying dia kat pintu kedai. adoi! yang aku tak puas hati tu, aku dengan nurin tak dapat apa-apa hasil langsung. si faiz dengan bahagia nya dapat cekup 2 helai shirt kat giordano (bosan seh faiz ni. lagi-lagi giordano. boooooooring!)
oh ya. bukan faiz je beroleh hasil. mak pun dapat paw ayah belikan dia pokok kristal. dia cakap nak buat perhiasan kat meja dia kat sekolah. perlu kah? biar lah asal kan dia gembira.
masa on the way ke jusco bukit indah tu, aku nampak tesco dalam pembinaan dekat area situ gak. before tu dah nampak giant besar dah sebelum sampai jusco tu. gila membangun kawasan ni. ada jusco, ada giant. bakal ada tesco lagi. wow! heaven siot.
bila pikir-pikir balik. jb ni memang berlambak sangat shopping complex. sampai tak terlarat aku nak pegi. dalam masa start cuti ni je aku dah pegi:
giant southern city
giant plentong
tesco plentong
jusco permas jaya
jusco bukit indah
angsana mall
kotaraya
danga city mall
pelangi mall kerry's
fuh. gila lah. aku nak buat checklist lah camni. by the time habis cuti, aku nak melawati semua shopping complex yang ada di jb. (cewwah guna perkataan melawati macam lah shopping complex tu tempat bersejarah)
meh aku try recall shopping complex apa yang ada di jb. (lain dari di atas)
city square mall
perling mall
leisure mall
sutera mall
skudai parade
jusco tebrau city
tesco tebrau city
jusco taman U
holiday plaza
the Zone
landmark mall
festive street mall
macam ada lagi. tapi aku dah tak boleh recall. takpe. yang ini pun belum tentu habis tawaf. hehe. ok. on you mark, get set... GO!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment