Monday, December 28

Important Basics In Presentation


aku tak faham kenapa kadang-kadang,orang yang dah dewasa, dah tiap-tiap hari buat pembentangan pun masih tak tahu asas pembentangan. masa aku pergi terengganu, aku ikut ayah kerja. one of the slot, kena jumpa dengan Maidam (majlis agama islam dan adat istiadat melayu) aku tak ingat siapa nama presentor nya (maybe sebab tak bagi impak pada aku) tapi bagi aku teruk sangat cara dia buat presentation. membaca slide, tahap tak boleh dimaafkan. even trainee teachers could have done better than that.seriously, aku bukan lah pandai sangat hal macam ni pun. tapi sebab aku ni bakal cikgu, so part public speaking ni memang banyak sangat pendedahan. kalau pun kau tak superb in public speaking, kalau ikut basics ni, insya Allah ok.


Perkara Asas Dalam Pembentangan (presentation)
  • Paparan dalam setiap slide ringkas dan bukan berjela-jela. (jika menggunakan powerpoint presentation) benda ni nak di tayangkan sepintas lalu saja. kalau dah padat sangat dengan font, macam mana audiens nak baca. bukan sempat. sebaik nya tulis poin penting atau paparkan statistik, imej atau data yang berkaitan saja.

  • jangan membaca slide. sudahlah setiap slide tu padat dengan font, kau baca pulak sepatah-sepatah. memang lah bosan jadinya presentation tu. seeloknya macam aku cakap dalam poin 1 tadi, masukkan poin je. lepas tu kau elaborate sendiri lah poin tu. benda ni akan buat kan presentation lebih spontaneous. takde lah mendatar je sebab membaca slide

  • gunakan numbering. instead of guna perenggan panjang-panjang, gunakan numbering. dengan cara ini, lebih jelas apa yang nak dibentangkan. mula-mula nyatakan tajuk, ada berapa point dan jelas kan satu persatu.

  • persiapan awal. ini sangat penting supaya kau tak baca slide masa present esok. bagi aku, yang penting kau kena spend lebih banyak masa pada perancangan dan persediaan. the rest will come easy kalau kau prepare. dalam part ni, kau kena master keseluruhan topik yang kau nak present. supaya senang kau nak relate. so, kalau masa suntuk kau tau nak sum up kan macam mana.


  • libatkan komunikasi 2 hala. kalau syok sendiri je, siapa-siapa pun bosan. melainkan kau present pada robot yang tak ada perasaan (sekarang robot pun ada perasaan). adakan interaksi dengan audiens. dan bukan hanya dengan tanya, "boleh faham? boleh ikut?" itu macam nak tak nak je. tanya soalan yang membolehkan audiens jawab yes or no, tapi something catchy lah. kalau bagi open ended question, macam mana lak audiens nak jawab on the dot right? contohnya kalau kau bentang pasal ekonomi, politik bla bla bla. cuba tanya, " jika anda seorang pelabur, adakah anda mamhu laburkan wang di negara yang dilanda perang?" jawapan nya whether yes or not saja, tapi audiens kena berfikir juga.

  • guna kan bahasa ringkas. kau kena kenal audiens kau tu. dan bahasa tu kena ikut level audiens. kalau kau membentang pada orang cerdik pandai, then its ok untuk guna those bombastic word yang kau cedok terus dari presentation yang kau cilok dari internet! tapi kalau audiens kau tu budak sekolah menengah ke, tak wajar lah. guna la bahasa yang familiar dengan golongan tu. barulah budak-budak tu found it interesting. kalau tak, kau macam cakap bahasa alien je kut sebab sepatah haram apa yang kau cakap tu tak berjaya diperceive oleh budak-budak.

  • minds-on + hands-on= involvement=attention. bahasa mudahnya kasi presentation kau tu menarik. tapi menarik tu macam mana kan? bagi aku lah, kalau nak menarik, kita kena libatkan audiens, bukan in terms of komunikasi je. buat la aktiviti hands-on ke. kejap-kejap panggil audiens untuk do something in front. dengan cara ni, diorang akan lebih alert. sebab diorang tak tahu bila masa nya diorang akan dipanggil. bila diorang alert ni, maknanya diorang akan bagi perhatian pada kau. masa ni lah kau maximize kan apa yang kau nak sampaikan. jangan lak bila dah berjaya attract their attention, kau bentang asal boleh je. lagi satu kalau nak kasi menarik, kena ada unsur humour. aku tak berapa pandai berlawak jenaka ni. tapi ada orang memang born with talent like that. so, guna kan dalam presentation. kalau kita tengok forum perdana pun, yang menarik mesti speaker yang ada ability relate contents dia dengan unsur humour.
ok, ini apa yang aku ingat. turutan agak berterabur but ini lah semua basics nya.

3 comments:

Sharinginfoz said...

thanks for sharing....

1st time Unique Visitors more than 200

Boleh Buat Duit ke ngan Nuffnang?

Aidi-Safuan said...

hahaha...maybe la diorang x diberi pendedahan tentang camne nak present kot.aidi dulu pon present selamber jer.last2 da masuk U,ade lecturer buat 1 klas khas camne nak present,baru tau camne presentataion sebenar

cik nurulain said...

aidi: kalau student takpe aidi, ni orang yg mmg hari2 ngadap presentation. adoi. camne lah masih x tau basics.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails