Monday, December 21

kerjaya CIKGU vs kerjaya lain.

kerjaya guru zaman sekarang bukan seperti kerjaya guru zaman dolu kala. aku rasa Zack Zuhairi ada cerita dalam blog entry dia, Cikgu dulu VS cikgu sekarang. pergi baca. hehe. jadi tak payah la aku nak ulang point serta evidence yang telah beliau keutarakan.

tapi aku sebagai bakal guru yang dah 3 kali praktikal, aku dah kena la juga tempias dunia keguruan ni.jadi,kat sini aku nak cakap pasal:

KENAPA AKU TAK SUKA BILA ORANG CAKAP JADI CIKGU NI SENANG

ha, siap capitalize gitu tau.
  • eh, memanglah kami kerja 6 ke 7 jam saja. yang kerja opis tu kul 12 baru nak lunch, pastu kena sambung lagi. tapi korang penah dok bayang tak. yang kerja opis tu duduk je kat tempat korang wat kerja sendirik. yang cikgu ni, dah la kat staff room takde air-cond. (sesetengah sekolah menengah dan kebanyakan sekolah rendah) pastu kelas lak jauh-jauh. jap kang 1anggerik kat floor bawah. next period 3 mawar kat tingkat 3 lak. bukan ada lif woi.satu hal lah nak menapak g kelas kan. dah la kena pakai heels (ape kejadah ntah. ikut aku nak sarung kasut getah je. selesa gitu).

  • korang nak cakap kerja korang tu guna otak. otak penat? macam orang kerja designer tu ke? eh korang ingat kitorang cikgu ni tak guna otak ke? siang ngaja, malam nak kena 'design' apa nak ajar. cikgu ni boleh jadi designer, pelakon, doktor, semua lah.pendek kata jadi cikgu kena serba tau.

  • tanggungjawab cikgu ni berat tau. memang lah aku tau kalau jadi doktor pun berat. nyawa pesakit terletak di tangan anda. tapi pernah dengar sayings tak, " if a doctor makes a mistake, it kills a patient but if a teacher makes a mistake, it kills a generation"serius duh. doktor tu, kalau kau salah potong, salah bagi ubat, mati lah pesakit kau. kau jadi cikgu ni, kau salah sikit je. memang rosak lah satu kelas tu. aku ni sampai sekarang takleh terima konsep jisim dan berat tu. ni kerja cikgu aku dulu-dulu la ni.
banyak lagi reason nya yang aku nak bagi. tapi takpelah.despite the fact yang jadi cikgu ni susah,

AKU TETAP SUKA JADI CIKGU SEBAB

  1. dari cikgu lah jadi nya doktor, pensyarah, jurutera, peguam, pereka fesyen. u named it la. kalau cikgu tak ajar kau, kau jadi ke apa yang kau jadi sekarang? tak kan? ha, kan hebat tu cikgu walaupun gaji starting dalam RM 2000 je kut. haha. aura besar beb!
  2. kalau kau jadi cikgu, dan aura cikgu tu dah naik ke muka kau, kau pegi mana pun orang tau kau cikgu. pak din jual ikan pun kenal kau ni cikgu tau. lepas tu kalau pegi kat tempat public, mesti orang gelar kau cikgu. orang respect tau cikgu. kadang-kadang boleh dapat diskaun membeli belah di pasar.haha.
  3. bila dah masuk kubur nanti, antara benda yang kita bawa ialah ilmu yang bermanfaat. jadi cikgu ni, kalau kena gaya, insyaAllah banyak ilmu yang kita sampaikan tu bermanfaat untuk anak-anak murid kita. dan insyaAllah ada murid-murid akan doakan kita. kerjaya ni mulia tau.insyaAllah lah itu pun kalau kita ikhlas dan buat kerja sungguh-sungguh.

emosi betul aku ni. tapi yelah kan. janganlah kutuk cikgu. aku tau lah kerja aku tak duk ofis, pakai suitcase duk dalam aircond bagai. but its quite a great career too!

7 comments:

dinsblog said...

jadi cikgu tu kalau niatnya betul banyak pahala...ajar ilmu murid2 dan dapat dimanfaatkan

afendie said...

aku sokong ko dins, yg penting niat kite, kalau stakat nak gaji je dan pegang pangkat cikgu tu sambil bila2 pon xkemana.. yg penting ikhlas untuk mendidik. gaji dan pangkat cikgu tu ganjaran didunia je.. apa yang penting bekalan untuk kesana.

Cik Chuie said...

betul2...aku sbg bakal cekgu sgt bersetuju.huhu sape ckp senang jadi cikgu meh jumpe aku.aku wat otk korg berasap sket. heh. lagi satu aku xsuke org pelekhkan cekgu. ape barang jad cikgu??? yo la tu...ko tau sebut huruf"a" tu bukan dr cekgu ke. heh

Aini said...

suke entri ni..best,,

cik nurulain said...

adakah semua di atas ini adalah cikgu? jika ya, mari kita buat banner majulah cikgu untuk negara!

AJ said...

Bukan mudah jadi cikgu..Isteri saya guru...lepas waktu pejabat pun masih bekerja di rumah..malam pun,weekend pun..kadang2 kesian tgk isteri...

P/s :Kalau disablekan word verification lagi mudah nak komen

http://eyriqazz.blogspot.com/

Cikgu Dahlia said...

yeahhhh HIDUP CIKGU!!

nak ckp pasal keje cikgu senang?? cuti sek ni, sis xmerasa rehat pun...even a single week...pas jaga SPM, kena kursus, esok stdby utk result PMR...next week dah meeting...then dah bukak sekolah...huhuh...mcm mn laa diorg leh kata senang kan/??

btw, sis kalo gi memana, org xsangka lak cikgu....serabai ngat kut...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails