Wednesday, December 16

hadiah 'PINKY LADY CONTEST"

macam mana nak mulakan blog ek? aku selalu bagi salam ke? whatever lah kan. ni kira dah mula lah ni. (gila caca merba kau ni ain!)

anyways, anak-anak, ibu-ibu, bapa-bapa.. (eh ada ke bapa yang baca blog aku?) ingat tak gambar ini? inilah gambar yang aku pertaruhkan untuk contest blog pertama yang aku sertai, pinky lady contest! untuk check out penyertaan aku yang tidak seberapa itu, sila klik sini.


walaweyh. tak sangka tau percubaan pertama aku membuahkan hasil. i menang u! thanks pada puan penganjur iaitu cik puan ciare (dia dok cakap dia dah kahwin tapi suka gak panggil dia cik puan ciare) untuk pengetahuan semua, cik puan ciare ni memang peminat pink tegar seperti aku jua. (tapi dia lagi tegar seyh)

gila kan? tak sangka betul boleh menang. aku check out gak saingan-saingan aku. mantops weih! ok, kalau nak tengok pengumuman pemenang pinky lady contest oleh cik puan ciare, sila klik sini. (amboi banyaknya link kat entry ni. gila kuasa kau ain!)

dipendekkan cerita, aku sudah pun mendapat hadiah yang dikirim oleh puan penganjur. actually, hadiah tu dia pos pakai pos express, suppose tak perlu lah signature bagai. tapi aku tak ada kat rumah time abang posto hantar parcel, and mailbox rumah kecik lak nak sumbat, jadi aku kena redeem parcel tu dekat pusat pos malaysia kat larkin. (huih, nasib baik kat larkin, dekat je dengan rumah aku)

taraa..inilah hadiah nya. 3 helai shawl. thanks a lot lah cik puan ciare. aku nih dah la tengah kemaruk shawl sekarang ni. sekali dapat 3. hambik kau. pakai lah shawl sampai muntah hijau.


aku paling suka yang polkadot pink tu. apa lagi, balik rumah terus try shawl lah. wow wow. shawl dan polkadot. 2 of my obsession! suka sangat shawl polkadot pink ni. nampak old school seyh!

muka aku pucat gila sebab tengah tak sedap badan. sakit tekak + demam

hooray! ada shawl baru untuk digayakan. sekali lagi diucapkan terima kasih pada puan penganjur. rasa sangat honoured apabila menang ini contest memandangkan puan penganjur kata dia sangat cerewet dalam pemilihan pemenang.

ok lah. aku nak pegi tido. tengkuk sakit gila. tadi gi klinik, doktor cakap aku sakit tekak sampai kelenjar kat tengkuk bengkak. mintak-mintak cepat baik. bila sakit rasa tak bermaya gila. macam zombie dah~

3 comments:

Anonymous said...

demam2 pn sempat post entry.
pi rest sane.jgn dok ngadap lappy lg.
u hv to get enough rest, darl~

ada m0khtar said...

cun seh!!! hehehe.. melaram la ko ek

cik nurulain said...

hahahahah~ melaram lah gaks!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails