aku rasa aku ni busuk hati. aku macam realised benda ni tadi bila aku jeles dengan adik-adik aku sendiri. what kind of sister am i?feel sorry for myself.
tadi, aku ikut mak and ayah beli barang dapur. aku purposely ikut sebab memang aku je ada kat rumah and aku banyak tau apa yang dah habis and apa yg ada lagi. on the way nak ke giant tu, mak call nurin. serasa aku ini kali ketiga dalam minggu ni saja di mana mak call nurin dulu bukan nurin miss call and suruh mak call balik.
lepas tu mak macam berbual dengan dia dengan sangat excited. hard to believe but true, tapi tiba-tiba je air mata aku boleh menitik. tba-tiba je aku rasa sedih. sedih bila kenang balik masa aku di batu pahat dulu, jarang sangat mak nak call aku. seminggu sekali pun susah. kalau dah lama sangat aku yang akan call mak.
mak borak dengan nurin dengan santai. and ayah siap tanya dah makan belum and makan apa. even faiz yang macam cold tu pun, bila ayah call dia ayah akan tanya dah makan belum and makan apa. kekerapan call faiz pun tinggi gak. ok, mungkin orang cakap sebab adik-adik aku tu jauh tahts why lah di treat macam tu. tapi masa idin dulu selalu duduk rumah, berniaga kat bazar and balik malam pun mak ayah constantly call gak. tanya the same thing gak.
seriously, i dun get that. mak akan call aku just untuk inform something. macam nak bagitau minggu ni mak balik batu pahat ke, nak bagitau sepupu ni kahwin ke apa ke. or untuk tanya something like aku cuti ke minggu ni? pointer sem ni aku dapat berapa? semua nya macam serius and straight forward. dan yang penting soalan dah makan ke? and makan apa tu memang aku tak pernah dapat.
macam bodoh je nak upset tentang benda remeh macam ni but i just couldnt help it thinking that they never wonder whether i have eaten and what did i ate. ya, kejam. takkan lah mak ayah aku tak pikir aku langsung. tapi dari apa yang aku nampak. macam tu lah gayanya.
sometimes aku tanya apa salah aku? aku tau aku bitter sikit, tapi aku selalu cuba buat yang terbaik. aku cuba spend duit within budget supaya aku tak perlu mintak duit kat mak ayah aku. cukup lah dengan elaun yang aku dapat. bersyukur lah mak ayah nak bayarkan kereta and minyak kereta. unlike adik-adik aku. dulu aku pikir faiz dengan idin tu tak ada elaun so fine lah kalau diorang nak mintak duit mak ayah pun.
but then bila nurin yang awal-awal masuk lagi elaun dia sah-sah lagi banyak dari aku pun duit asyik tak cukup lepas tu mintak mak ayah, aku rasa macam, yeah i do contribute something untuk ringan kan beban mak ayah aku. yelah, its not like mak ayah aku ni businessman ke atau ada tanam pokok duit belakang rumah.
diorang tetap makan gaji and duit tu sebenarnya banyak lagi nak dimanfaatkan. tapi aku tak rasa mak ayah hargai pun benda tu. malahan aku yang tak mintak duit ni dianggap ego sebab taknak mintak duit. mentang-mentang dah ada 'gaji' lah konon nya.
bila aku dapat 5A UPSR, 8A PMR mak tak heran sebab aku konon nya memang rajin. tapi mak kagum and anggap idin or nurin tu bijak and celik akal bila diorang dapat 3,4 A walaupun hakikatnya diorang malas. tapi bila aku dapat 6A je masa SPM macam kecewa gila. walhal aku sendiri memang target tu je.
its not fair. bila aku berjaya aku tak dihargai pun. bila gagal dikecam gila. diorang tu kalau result tak best pun mak macam redha je sebab diorang tak belajar sangat. hurm. so yeah. im jealous of my own brothers and sister.
memang jalan hidup orang lain-lain. tapi laluan aku terlalu menyakitkan. nak dipuji susah, nak dikeji bukan main mudah. dan sekarang aku plak blur macam mana aku boleh sampai ke isu ni walhal tadi aku just upset sebab mak ayah call aku tak tanya aku dah makan ke belum je.
aku rasa jiwa aku memang kacau ni.
6 comments:
nasib kita sama..tp sbnarnya anak sulung mmg selalunya akan dilayan seperti seorang dewasa..kita menjadi org ketiga paling penting selepas mak ayah kita, mcm adik aku ckp, dia ad sorang je kakak sulung..tu jg la tanggapan mak ayh kita kot...
-sulung to along-
hmMM....okay...i've been there...
i think i know how u feel...
tapi tu laa kan...setiap org ada kehidupan yg harus di tempuhi...cara ALLAH menguji mgkn berbeza..
eeh aku ni memandai nasihat org tapi diri sendiri pun lebey kurang jerk hahahhahah
hmMM..aper2pun...jgn terkejut kalau ur siblings pun ader rasa benda yg sama antara satu sama lain...
u did nothing wrong cn, it's just bcos u're the eldest, they put their trust on u. to them, u're matured enough to take care of urself :)
diff with me, bcos i'm the youngest, to my parents i'm always small. they will observe everything i did, xboleh keluar mlm, xboleh this and that, totally diff with my sis' and bro. yeah, sometime i did compared too. pfttt.
human being, everyone has their own dilemma. everything seems just not enough, eh? but i'm still grateful for what i have. n i believe u're feeling the same :)
why ur parents were upset to see ur result? i guess, bcos they know that u can actually did better. parents, they know their children ability. n bcos u're the eldest. they put high expectation and hope on u. bcos u're the role model to ur siblings.
take care cn! ^^
marina: hurm. even so aku tetap susah nk terima kenyataan.
ween: ure probably right. mmg la sume ada dilema tp tu lah, kita xnmpk perspektif org lain. cuma fikir, susah jd diri kita.
manusia berperasaan: hahah. aku pong sama. klu nsht org lain bkn main lebat. try aku rs br gelabah.
babe..dla pun anak sulung :)
rilex kayh..ive been there too..tp awak dh exaggerate things nih..u've been thnking too much.. takdela parent u nk fkir cmtuh.. its just mayb they see u as a VERY INDEPENDENT daughter..so dat they dont need to call u so many tyms..means they BELIEVE in u 200percent! isnt dat feel so good?? drp asek kne call aje..ish..rimas lah..mcm tak percaya kite jeh mak ayah nk call salu..
period ke ain?
Post a Comment