Tuesday, January 11

apa kau nak? -final-

ok, mari sambung entry semalam.

idin suruh aku angkat kucing tu sendiri masuk sangkar. aku macam resah gila. kucing tak bunting pun aku risau nak angkat. ni lak kucing bunting. macam mana kalau aku terbunuh anak dalam kandungan kucing tu? macam mana? macam mana? cuak weh.

dalam lost tu aku dah tak tahu nak buat apa. aku terfikir nak call syada. sebab rumah dia banyak kucing. tapi seingat aku, bonding dia paling kuat dengan ciboy je. kucing lain dia tak layan. humph, lepas tu aku terfikir nak call awi. sebab dia suka kucing and dia macam suka binatang.

but then masa tu dah 11 lebih. awi yang aku kenal, lepas sembahyang isyak memang dah duduk bilik diam-diam. takde  nak tengok TV hingga lewat malam. so batalkan lah niat tu. akhirnya aku decide call syada. takpe, mesti ada tips yang dia boleh bagi aku.

tapi,

aku call dia tak dapat. *hampa* aku pandang kucing tu dengan penuh kesian. haih, kalau korang baca entry ni tau lah korang pasal aku and kucing. malam ni macam Allah nak tunjuk sesuatu je kat aku.

dah tak dapat call syada tu aku try call nurin. ragu-ragu gak sama ada dia dah tidur belum sebab usually dia tidur awal. alhamdullilah dia angkat.

"nurin, kucing ni ngiau-ngiau tak henti-henti dari maghrib tadi. kau dengar tak dia mengiau ni?"

"hahahaha. dengar"

"masalah nya dia ngiau depan setor. idin kata dia nak beranak. camne ni weh?"

"betul ke dia nak beranak dalam setor?"

"hoih, mana aku tau. mana aku faham dia cakap apa. idin yang cakap dia nak beranak"

"perut dia buncit lagi tak?"

"ntah, macam buncit. tapi aku pun tak perati masa dia tak bunting camne perut dia"

" aku takut dia dah beranak"

"haaaa? apesal lak?"

"cuba kau tengok bontot dia ada darah ke tak."

bodoh betul adik aku ni. akusi lurs and tak tahu pekebenda ni ikut kan je try tengok bontot kucing tu. aku kan rabun so macam kena tengok dekat. tapi bila aku nak tengok bontot dia je dia pusing. dia elak. dia macam tak bagi aku tengok bontot dia.

"nurin, kucing ni tak bagi aku tengok bontot dia lah. nape lak kau kata dia dah beranak?"

"ni olet kan? aku takut dia dah beranak sekor anak dia dalam setor pastu belum habis beranak yang lain dia dah gi jalan-jalan. dia kan dah expert beranak. pastu dah jalan-jalan baru teringat anak dia tertinggal dalam setor. tu yang dia meroyan tu"

whatt?? aku tak boleh blah dengan teori adik aku ni. tapi aku tak ada teori sendiri sebab aku sendiri tak kenal si olet tu. bukan aku selalu beramah mesra dengan dia. tiba-tiba aku dapat mesej dari syada, terus aku call dia and cerita pasal kucing tu A to Z.

"aku tak faham nape dia ngiau-ngiau depan setor"

"dia nak beranak lah ain."

"tak boleh kat tempat lain ke?"

"rumah kau ada ke tempat lain yang tersorok? dia taknak public lah"

"aku ada sangkar kucing."

"masukkan lah dia dalam sangkar tu, tapi snagkar tu tersorok tak?"

"erm, tersorok gak lah. boleh je kalau nak buat jadi lagi tersorok..eie, abis tu aku kena angkat ke kucing tu?"

"huhu, kalau aku pun aku taknak angkat. eh, suruh lah idin"

"alah, dia taknak lah, tadi dia suruh aku msukkan"

"isk teruk tul lah adik kau ni"

"alah syada, abes camne ni?"

"maid kau mana? suruh dia!" 

sampai 2 opinion aku dapat. betapa besar effort aku letak terhadap kucing ni. aduilah. then aku tengok kucing tu. yarabbi memang macam dah nak terberanak sangat dah. macam malas lak nak kejut maid aku tu. dia tu slow and bengap sikit (no offense tapi dia memang slow). kang apa-apa je jadi. akhirnya aku berusaha nak masukkan sendiri. aku buka grill tepi and kucing tu ikut aku.

aku bukak sangkar kucing tu and slowly try angkat nak masukkan dalam sangkar. tetiba dia boleh cakar and paut pada tepi sangkar, taknak lepas. aku sampai pujuk kucing tu,

"lepas lah, kau kan nak beranak. tak sejuk lah kat sini. nanti aku bagi selimut"

tapi dia tak lepas gak. akhirnya aku jerit panggil idin.

"din turun ah tolong aku!"

last-last idin turun. aku buka kan cage and idin dukung kucing tu letak dalam cage. aku macam lega sikit. terus masuk rumah. tiba-tiba aku macam terdetik. "eh, kang dia nak beranak nak meneran kang haus lak"

aku pun keluar balik amik air isi dalam bowl and slowly bukak cage masuk dalam cage. last word aku,

"bertahan lah ye. esok kalau kau tak beranak aku lepas kan kau"

esok nya sebelum gi segamat aku tengok, dah selamat beranak dah si olet tu. olet telah memberanakkan 4 ekor kucing kecik. hell aku tak bagi nama pun. im still me. im not that type of person. aku just kesian je kat dia. tunggu ah nurin balik kalau kau nak dapat nama k kucing.


 olet and the 3rd generation

breakfast selepas beranak

2 comments:

redmerah said...

haha, ain kalo ad emergency lagi call la ak..ak mmg tdo lambat n penternak kucing berjaya =) nway, kucing fhm ye kite ckp ape..sbb kucing ak mmg phm bile disuruh, dipanggil.

Unknown said...

hahaha
apo leh wat klakar lak psl nk bg air tuh..mengomlah ain...adoi..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails