Saturday, May 15

6 months of torture for him. congratez!

AMARAN!
entri ini penuh dengan gambar. sila bertabah.

entri ni tak jiwang, tapi mood aku sedang jiwang. jadi nah sila dengar lagu jiwang yang menggambarkan mood jiwang aku. *blush blush*



haih. am i a mind reader or what? kan aku dah agak dah dia ada surprise. nasib baik aku stand by. kalau tak. kan ke terkebil-kebil je aku dengan tangan kosong? hehe. bila aku bukan dengan tangan kosong, tak delah segan nak menerima. (padahal yang aku kisah kan? orang bagi aku amikkkk je lah.)




pandai F ni. pandai pilih kotak and wrapper. haha. padahal sah sah mesti amoi kedai hadiah tu yang tolong pilih punya. haha. prejudis betul aku ni. comel betul F ni bagi aku barang-barang comel macam ni. he reminds me of myself, 4 years ago. back then, im a hopeless romantic. gigih siot aku buat kad untuk ex aku. segala kad lah. u named it. valentines? anniversarry? birthday? yang lagi tak boleh blah siap wat klip pakai movie maker tu. pastu guna lagu jiwang-jiwang as backgroud song. fuh..meleleh seh! memang hopeless romantic ek aku dulu. hati basah! but it was then. im changed now.

sekarang aku hati sangat kering sampai aku cakap kat F, "alah, buat apa lah bagi benda macam ni d? mesti mahal kan? baik belikan b handbag, handbag b ni RM35 je tau" sambil tunjuk handbag kuning aku. "alah, takpe lah. handbag b dah banyak. lagipun, handbag b beli la sendiri" tapi betul gak ek? handbag aku boleh beli sendiri. benda alah macam ni kalau aku beli sendiri tak macam buang tebiat pulakkk kan?

tapi aku rasa F ni agak bijak sebab beli benda macam ni untuk aku. kalau dia belikan aku handbag ke, baju ke, mesti hebat gila kritikan yang dia akan terima. sebab aku ni cerewet! aku rasa sebab tu dia prefer bagi aku bunga ke, benda-benda comel macam ni ke. there's nothing to question about it. haha. bijak...bijak.. :)

aku baru tengok iron man tadi. yup. memang aku ketinggalan pun. orang lain dah berjeman tengok. ntah ntah ada yang dah ulang sampai 3 kali dah agaknya. but then, i don't think i missed anything sebab bukan hebat mana pun cerita tu. biasa je. plot cerita dia tak mengujakan. special effect je kut yang lebih. ntah, bagi drama queen macam aku, plot cerita tu number one. yang lain tu accesories tambahan je. so, out of 5, aku boleh bagi 1 setengah bintang je.

tapi lepas tu, aku gi jalan-jalan buang masa kat minyak beku. aku dah bosan jalan-jalan kat mall. so lepas makan memang terus blah. tapi aku dengan F bukan pergi kat pantai minyak beku yang main tu. kitorang gi kat tempat jeti tu. tak ramai orang pun. so, kami pun membuat sesi photo shoot yang keterlaluan. haha. syok sendiri tak boleh blah.

 seriously, i need to stop doing that pose. disturbing ek??

 bukti kerakusan ketika makan tepung pelita.

bukti kedua. aiseh. gejoloh bebenor kau ni ain.

kitorang ingat kan kegiatan kitorang tu tak diperhatikan oleh sebarang insan atau makhluk. tetiba je dari arah jeti tu ada orang menjerit, "bang! amik gambar atas bot lagi cantik bang!" perkh. malu siot. ada orang nampak! tapi tiba-tiba je F ajak aku naik bot. adeih. dahlah malu tak habis lagi dengan abang bot tu. boleh lak dia nak ajak aku naik bot tersebut. tapi ok lah daripada takde buat apa kat jeti tu kan.

fees nak naik bot tu RM8 utnuk dewasa, RM5 untuk kana-kanak. dia akan bawak untuk 25 minutes journey. masa aku naik tu just ada aku dengan F dengan 1 lagi family cina. so best ah, tak payah nak bersesak-sesak. dah kata tadi amik gambar atas bot lagi best kan? apa lagi, tahan jelah abang bot tu tengok aku dengan jakun nya snap gambar.





kenapa? terperanjat banyak sangat gambar aku? gambar F satu je? harusss lah weh. ini blog aku. bukan blog F apekejadah nak tepek gambar dia banyak banyak. satu pun dah cukup baikkk. hahaha. nasib baik aku baik hati tau. kalau tak, jangan harap aku nak bagi dia interframe dalam blog aku ni. sebagai, penutup, terima lah lagi gambar poyo.

poyo ek gaya si F ni? tapi sila lah percaya bahawasanya gambar ni aku candid.


oh no. gambar ni bukan candid. itu pun ntah berapa kali snap, tetap buruk gak gambar nya. adoyai ain, kalau dah model tak cantik macam mana gambar nak jadi cantik? haha. eh, dull ek outfit aku harini? nasib baik ada handbag baru aku yang mencapub tuh. kalau tak, memang dull lah penampilan aku.

perasan tak gambar F semua pakai shades? dia tu memang sengal. suka sangat pakai shades. so kawan-kawan, sekarang korang dah tau kenapa bila main sim aku mesi letak watak F ni pakai shades. haha.nasib baik gambar ni kat pantai. logik lah gak nak pakai shades. tadi masa nak masuk square one pun dia nak pakai shades gak. terusss aku melontarkan kata-kata sinis, " d ingat d joe flizzow ke nak pakai shades dalam bangunan?" sekali dia buka shades tunjuk kat aku, rupanya nak tumbuh ketumbit (betul ke aku sebut ni?). kesian F kena tohmah dengan aku.

ok lah. itu sahaja untuk hari ni ya murid-murid? haha. aku nak gi jenguk marda. tadi dia meroyan masa main sim sebab dapat cucu laki lak. dah lah anak dia 3 3 laki. dapat cucu lak laki. yang aku ni lak, dapat anak kembar pompuan. hah, bagus sangatlah tu kalau nak berbesan. :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails