Sunday, May 9

kiddy ride dan aktiviti hujung minggu.

korang pernah naik tak kiddy rides masa kecik-kecik? seriously, aku macam tak ada sebarang memori tentang aku menaiki kiddy ride. alah, kiddy ride ni macam motor ke binatang ke yang kita masukkan duit syilling pastu kita boleh tunggang dia, nanti dia gerak-gerak ah. aku macam tak ada naik benda alah tu je masa kecik. aku rasa sebab mak berkira sikit ah dulu. mesti mak rasa membazir. lagipun masa aku kecik, aku berdua dengan idin. mungkin mak fikir, kalau sorang naik yang lagi sorang nak naik gak. kalau naik sekali je tak pe gak. ni sekali naik mau 3,4 kali gak kena. jadi keputusan nya senang aje. tak payah naik langsung.

 kiddy rides

kisahnya tadi the whole family minus idin gi berjalan-jalan cari pasal kat kukup. saje je menghabiskan waktu hujung minggu. selalu aku dengan nurin akan saran kan ayah gi mall. tapi ntah kenapa tadi aku dengan nurin macam tak bagi sebarang mall suggestion. gamak nya aku dengan nurin dah bosan dengan mall kat jb ni. same old thing je.si idin tak ikut sebab konon nya ada reunion sekolah rendah. kelakar je. kitorang duk nganjing nganjing dia sebab dia nak poyo dulu dia headboy masa sekolah rendah. hahaha. kena lantik sebagai headboy sebab badan besar kut.

anyway, setelah lebih kurang 1jam perjalanan, kami pun sampai kat kukup. terus serbu kedai makan yang memang selalu kitorang singgah kalau datang kukup. kat kedai makan tu ada kiddy ride. lama sangat tunggu ikan siakap masam manis siap, aku ralit tengok 2 orang budak yang main kiddy ride kat situ. si akak naik angsa, yang adik naik motor. nurin cakap tengok diorang dah macam aku dengan idin masa kecik. hahaha.

aku heran tengok budak 2 ekor tu seronok sangat main kiddy ride. aku betul-betul wonder apa yang best sangat naik benda alah tu. bukan bergerak ke mana-mana pun. benda alah tu just henjut-henjut kat situ je pon. then aku saje lah tanya nurin.

"weh nurin, kenapa budak-budak tu best sangat naik benda alah tu? tak paham betul lah aku. kau sebagai kanak-kanak, apa yang kau rasa, cuba bagitau aku..." hahahaha. nurin ni kadang-kadang thoughts dia kelakar sikit. saje je aku nak tau.

"ceih, aku lak kanak-kanak. kalau kau, kau rasa kenapa diorang suka naik benda tu? apa yang best?" cis aku tanya dia, dia gi tanya aku balik lak. sengal punya pompuan.

"ntah lah ek. dalam mind aku cuma fikir, maybe sebab benda tu bergerak kut. budak-budak kan suka moving objects. lagipun bila naik benda tu diorang boleh berangan konon-konon naik angsa ke, naik motor ke" nurin sengih je dengar jawapan aku. mesti jawapan dia lain. meh aku nak dengar.

"kau tengok eh. bila kita masukkan duit dalam benda tu kan dia ada keluar muzik. muzik dia kuat. satu kedai boleh dengar. so, orang akan tengok dari mana muzik tu datang. budak-budak suka lah bila orang ramai-ramai tengok dia. diorang cuma nak perhatian je. bukan best sangat punn naik benda tu takat henjut henjut kat situ"

hahaha. boleh lak macam tu. tapi betul gak tu. kenapa lah aku tak terfikir macam tu ek. padahal aku dah belajar dah perkembangan kanak-kanak.

anyway, hari ni hari ibu ek? selamat hari ibu untuk ibu kami Pn Nariha Aziz. meh aku post gambar khas sempena hari ibu. :P


terseksa gila ek muka mak aku. muka macam irritate dengan persekitaran beliau.


bersama nurin yang bakal amik fesyen kat poli walaupun telah di torture oleh ayah kerana keputusan nya itu. dah lah poyo, lepas dapat tau dapat kos fesyen, dan dan tengok project runway. hahahaha. poyo kuasa doblas.


2 makhluk berhalkum yang tampak bosan tunggu makanan- faiz and ayah


3 makhluk tanpa halkum- 2 tak kesah, 1 muka ketat. lapar sangat ke mak? relax ah.


ini the shahruni's yang tak turut serta program sebab konon nya attend reunion sekolah rendah. lauk ah lu! hahaha.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails